Sabtu, 22 Ogos 2026

JATUHKAN REJIM ARAB ZIONIS


PEMIMPIN ARAB

HANYA BERCAKAP

AMIN

UAE - MOROKO 

JORDAN SAUDI 

JADI BARUA ISREAL

AMIN

HASUT WARGA

ARAB UNTUK

JATUHKAN  REJIM

PRO ZIONIS

KHALAS


Speaker Parlimen Arab kecam kenyataan Ben-Gvir gesa bunuh rakyat Palestin setiap malam


KAHERAH: Speaker Parlimen Arab, Mohammed Al-Yamahi, mengecam rancangan Israel untuk melaksanakan projek peluasan penempatan di kawasan E1 di Tebing Barat yang diduduki, lapor Agensi Berita dan Maklumat Palestin (WAFA).

Beliau turut mengecam kenyataan Menteri Keselamatan Nasional Israel, Itamar Ben-Gvir, yang menggesa supaya puluhan rakyat Palestin di Semenanjung Gaza dibunuh setiap malam.

Dalam satu kenyataan, Al-Yamahi berkata, langkah itu menunjukkan keazaman Kerajaan Israel untuk meneruskan dasar serangan secara sistematik yang menyasarkan tanah dan rakyat Palestin.

Beliau memberi amaran bahawa pelan E1 merupakan peningkatan berbahaya dalam projek penempatan dan pengilhakan haram Israel yang bertujuan memecahbelahkan Tebing Barat serta memisahkan bahagian utara dan selatannya.

Katanya, ia sekali gus menjejaskan kesatuan wilayah Palestin dan secara berkesan menghapuskan prospek penubuhan sebuah negara Palestin yang merdeka serta berdaulat.

Al-Yamahi menegaskan tindakan Israel meneruskan pelaksanaan projek itu meskipun terdapat amaran antarabangsa, merupakan cabaran terang-terangan terhadap undang-undang antarabangsa dan resolusi yang mempunyai keabsahan antarabangsa.

Beliau sekali gus menggesa masyarakat antarabangsa mengambil langkah praktikal dan tegas untuk menghentikan aktiviti penempatan serta pengilhakan, selain memastikan mereka yang bertanggungjawab dikenakan tindakan.

Al-Yamahi turut menyifatkan kenyataan Ben-Gvir itu sebagai hasutan secara terang-terangan dan berbahaya untuk membunuh rakyat Palestin, selain mencerminkan ucapan kebencian dan perkauman serta tindakan menafikan nilai kemanusiaan.

Beliau menegaskan kenyataan sedemikian oleh seorang pegawai kerajaan adalah peningkatan serius yang tidak boleh dianggap sekadar retorik politik.


Tiada ulasan: