DULU AMERIKA
BERI ANCAMAN
KAH KAH KAH
KINI TERBALIK
IRAN DAH BERANI
BERI ANCAMAN
AMIN
JIKA BERADA
DI TELUK PARSI
AMERIKA AKAN
DISERANG
KHALAS
Iran ancam serangan baharu, AS tolak lanjutan gencatan senjata
DUBAI: Iran ancam akan lancar serangan tentera sepenuhnya susulan kegagalan rundingan bagi menamatkan perang dengan Amerika Syarikat (AS) secara kekal,
Tehran mengeluarkan kenyataan ini berikutan keputusan Washington menolak cadangan melanjutkan perjanjian gencatan senjata sementara.
Seorang pegawai kanan Iran berkata, usaha diplomasi bagi mencapai persetujuan damai serta menyambung semula pergerakan kapal tangki minyak melalui Selat Hormuz kini terhenti, sekali gus meningkatkan risiko konflik berlanjutan.
Konflik tercetus selepas AS dan Israel melancarkan serangan ke atas Iran pada 28 Februari lalu.
"Entiti Iran mesti bersedia meningkatkan ketegangan di Selat Hormuz dan rantau lebih luas, kerana Iran sudah bersedia membuat keputusan serta mengambil tindakan terhadap keputusan sukar," katanya kepada Reuters.
Beliau berkata, Tehran akan melancarkan serangan ketenteraan tepat pada masanya terhadap sasaran yang sudah dikenal pasti bagi memecahkan sekatan laut AS sekiranya usaha diplomasi gagal.
Memorandum persefahaman yang ditandatangani pada 17 Jun lalu menetapkan tempoh 60 hari untuk Iran dan AS mencapai perjanjian lebih menyeluruh berhubung program nuklear Tehran serta sekatan dikenakan Washington.
Tempoh itu berakhir Isnin lalu, namun ketika ditanya sama ada AS berhasrat melanjutkan perjanjian sementara berkenaan, Presiden AS, Donald Trump, berkata "tidak".
Dalam perkembangan berkaitan usaha diplomasi, laporan media mendakwa Trump membuka saluran rundingan sulit dengan Kor Pengawal Revolusi Iran (IRGC), yang semakin berpengaruh sepanjang konflik dan menguasai sebahagian besar angkatan tentera serta ekonomi Iran.
Axios, memetik dua sumber yang mengetahui perkara itu, melaporkan bekas Pengarah Perisikan Kebangsaan, Tulsi Gabbard, mengadakan perbincangan dengan seorang pemimpin Kurdish Iraq yang mempunyai hubungan rapat dengan IRGC.
Melalui orang tengah berkenaan, AS dilaporkan menyampaikan mesej kepada komander IRGC, Jeneral Ahmad Vahidi.
Fox News kemudian melaporkan Trump mengesahkan perkembangan itu dalam temu bual telefon.
Menurut Axios, pentadbiran Trump bimbang sama ada perunding Iran yang terbabit dalam rundingan benar-benar mempunyai mandat daripada IRGC, ketika Reuters melaporkan Vahidi muncul sebagai tokoh penting dalam rundingan berkenaan.
Vahidi dilaporkan memberi jaminan bahawa beliau sehaluan dengan perunding Iran.
Menantu Trump merangkap utusan khasnya, Jared Kushner, perbualan antara kerajaan AS dengan pelbagai pihak dalam kerajaan Iran pada semua peringkat kini lebih rancak berbanding sebelumnya.
"Saya tidak boleh mendedahkan butirannya, tetapi saya boleh katakan bahawa perbualan antara kerajaan AS dengan pelbagai pihak dalam kerajaan Iran," katanya dalam temu bual dengan Ketua Koresponden Asing Fox News, Trey Yingst, pada Isnin.
Sementara itu, Iran turut berunding secara berasingan dengan Oman berhubung pengurusan Selat Hormuz dan mendakwa kedua-dua pihak hampir mencapai persetujuan.
Namun, rundingan itu mengundang reaksi keras Trump yang mengancam Oman, sekutu keselamatan AS di rantau Teluk.
"Jika Oman menghalang, kami akan mengebom mereka habis-habisan," kata Trump kepada Fox News. - REUTERS


Tiada ulasan:
Catat Ulasan