UNTUK
PENCERAHAN
SILA BACA
BERITA DI BAWAH
AMIN
SEORANG LAGI
PENYAMUN INDIA
MASUK PKR
KHALAS
Unknown commented on
"SATU LAGI PENYAMUN
MASUK PKR"
dia samun apa? telur bapak kau ke? atau burit mak kau dah kena tenyih? kah kah kah!
Apa jadi dengan siasatan rasuah terhadap Xavier, soal Kua
PETALING JAYA: Bekas Ahli Parlimen Kua Kia Soong mempersoalkan status siasatan rasuah terhadap bekas Ahli Parlimen Kuala Langat Xavier Jayakumar memandangkan tiada pengesahan sama ada beliau didakwa, disabitkan kesalahan atau dibebaskan daripada sebarang salah laku.
Kua, yang merupakan Ahli Parlimen Petaling Jaya dari 1990 hingga 1995, berkata ketiadaan penjelasan telah mewujudkan jurang akauntabiliti serta menimbulkan persoalan mengenai kredibiliti institusi yang bertanggungjawab menyiasat rasuah.
“Jika siasatan menghasilkan bukti salah laku jenayah, mengapa tiada pendakwaan?” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Ketika meletakkan jawatan daripada PKR, Xavier sedang disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) susulan penahanan rakan karibnya, M A Thinagaran.
Thinagaran ditahan SPRM kerana disyaki menerima rasuah daripada beberapa syarikat bagi projek yang dianugerahkan kepada mereka oleh Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli pada 2019, ketika Xavier mengetuai kementerian itu sebagai menteri di bawah pentadbiran Pakatan Harapan (PH).
Laporan awam terakhir pada Mac 2022 menyebut bahawa siasatan SPRM terhadap Xavier masih berjalan.
Kua mengakui siasatan itu bermula di bawah pentadbiran Muhyiddin dan kerajaan Anwar bin Ibrahim bukan pihak yang memulakannya, namun katanya perkara itu tidak melepaskan kerajaan daripada tanggungjawab memastikan kejelasan institusi.
“Agensi antirasuah yang bebas sepatutnya dapat menyatakan, jika dibenarkan undang-undang, sama ada sesuatu siasatan masih aktif, telah ditutup atau membawa kepada pendakwaan,” katanya.
“Membiarkan siasatan rasuah yang sensitif dari segi politik berada dalam keadaan tidak jelas tanpa tempoh tertentu tidak banyak membantu meningkatkan keyakinan awam.”
Kua turut menggesa Xavier menjelaskan keadaan di sebalik keputusannya meninggalkan PKR, dengan merujuk kepada dakwaan sebelum ini oleh bekas pemimpin PKR bahawa tekanan SPRM menyumbang kepada keputusannya itu.
“Justeru, isu Xavier mewakili sesuatu yang lebih besar daripada sekadar seorang bekas ahli politik,” katanya.


Tiada ulasan:
Catat Ulasan