KERAJAAN BARU
PERLU YAM TUAN
BARU
AMIN
ADUN Juasseh, Ismail Lasim MB Negeri Sembilan ke-12
SEREMBAN: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Juasseh, Ismail Lasim sah mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan ke-12.
Istiadat pelantikan dan mengangkat sumpah jawatan itu berlangsung di Balairung Seri, Istana Besar Seri Menanti, di hadapan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir.
Berangkat sama ke istiadat itu ialah Tunku Ampuan Besar, Tuanku Aishah Rohani Tengku Besar Mahmud dan Tunku Besar Seri Menanti, Tunku Ali Redhauddin Tuanku Muhriz serta Tunku Panglima Besar, Tunku Zain Al-'Abidin Tuanku Muhriz.
Yang turut hadir Undang Luak Sungai Ujong, Datuk Klana Petra Muhammad Faris Johari dan Undang Luak Rembau, Datuk Sedia Raja Hassan Ab Hamid.
Majlis berkenaan turut dihadiri Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Mohamad Hasan serta wakil-wakil rakyat Negeri Sembilan.
Istiadat turut disiarkan secara langsung melalui RTM.
Ismail yang kembali bertanding di DUN Juasseh, diumum menang dengan majoriti 4,323 undi menewaskan Mohd Zuhaimi Md Yusof (BERSATU) dan Mohd Aidil Abdullah (PH).
Beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Kuala Pilah, menjadi ADUN Juasseh antara 2018 hingga Ogos 2023.
Selain Juasseh, beliau juga pernah menerajui DUN Senaling antara November 1999 hingga Mei 2018 dan sekali lagi sejak Ogos 2023.


Tiada ulasan:
Catat Ulasan