Ahad, 2 Ogos 2026

WUJUD POLITIK BARU


POLITIK BARU

PENYATUAN 

MELAYU

AMIN

PULANG KE BUMI

ASAL

TANAH MELAYU

KHALAS


Kejayaan bentuk kerajaan negeri baharu bukan penamat – Asyraf Wajdi


KUALA LUMPUR – Kejayaan Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) membentuk kerajaan baharu di Negeri Sembilan bukan penamat, sebaliknya permulaan kepada amanah yang lebih besar.

Setiausaha Agung UMNO, Dr. Asyraf Wajdi Dusuki bertekad, amanah itu akan dipikul dengan penuh rasa tanggungjawab melalui sebuah pentadbiran yang stabil, bersih, berintegriti dan sentiasa mengutamakan kebajikan rakyat.

“Kemenangan ini membuktikan bahawa dua parti terbesar orang Melayu memilih jalan muafakat serta meletakkan kepentingan rakyat mengatasi segala-galanya.

“Insya-Allah lahirlah sebuah kekuatan yang membawa rahmat dan keberkatan,” ujarnya hantaran menerusi laman sosial Facebook hari ini.

Beliau mengulas kemenangan BN dan PN memperoleh majoriti 25 dari 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan semalam.

Asyaf Wajdi selanjutnya menyatakan, kemenangan itu bukanlah kerana kekuatan, kebijaksanaan atau usaha kita semata-mata tetapi semuanya berlaku dengan izin, rahmat dan pertolongan Allah SWT.

Ujarnya, segala perbezaan berjaya dirapatkan di Negeri Sembilan demi satu tekad yang sama iaitu mengembalikan kestabilan politik, memacu kemajuan negeri dan mengutamakan kebajikan rakyat.

“Terima kasih kepada seluruh rakyat Negeri Sembilan atas mandat dan kepercayaan yang diberikan BN dan PN.

“Kemenangan ini bukan penamat, sebaliknya permulaan kepada amanah yang lebih besar. Semoga Allah SWT terus memelihara permuafakatan ini dan mengurniakan Negeri Sembilan sebuah masa depan yang lebih maju, sejahtera dan diberkati. – MalaysiaGazette

 




Tiada ulasan: