Ahad, 30 Ogos 2026

KERJASAMA UMNO DAN PAS MAKIN MEYAKINKAN


KERJASAMA UMNO

DENGAN PAS MAKIN

INTIM & KUKUH

AMIN

JIKA TERUS 

KE PRU16

GABUNGAN INI

PASTI BOLEH

BENTUK KERAJAAN

KHALAS


Asyraf Wajdi, Dr Akmal sah hadir Muktamar PAS kali ini - Takiyuddin


KOTA BHARU: Setiausaha Agung UMNO,  Dr Asyraf Wajdi Dusuki dan pemimpin UMNO Kelantan termasuk Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri serta ketua bahagian, mengesahkan kehadiran mereka pada Muktamar PAS kali ini.

Setiausaha Agung PAS,  Takiyuddin Hassan, berkata jemputan turut diberikan kepada pemimpin UMNO lain termasuk ketua sayap Pemuda dan Wanita parti itu.

"Mereka yang sudah mengesahkan kehadiran ialah Setiausaha Agung UMNO dan pemimpin UMNO Kelantan, termasuk Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri serta ketua-ketua bahagian.

"Ketua Pemuda UMNO,  Dr Muhamad Akmal Saleh pula akan hadir pada Muktamar Pemuda.

"Saya difahamkan Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad, turut dijemput, tetapi saya tidak pasti sama ada beliau akan hadir, tetapi akan ada wakil daripada Wanita UMNO," katanya selepas meninjau lokasi Muktamar PAS di sini, hari ini.

Takiyuddin yang juga Setiausaha Agung Perikatan Nasional (PN) berkata, PN turut menjemput pemimpin parti komponennya termasuk Parti Wawasan Rakyat (WAWASAN), GERAKAN dan Parti Makkal Sakti Malaysia (MIPP) menghadiri muktamar itu, selain pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta tetamu luar negara.

"Antaranya gerakan Islam dari Bangladesh, Pakistan, Turkiye, Indonesia dan Thailand, selain beberapa negara lain," katanya.

Mengulas laporan UMNO menjemput PAS ke Perhimpunan Agung UMNO yang akan datang, Takiyuddin berkata, PAS masih belum menerima jemputan rasmi.

"Kita sudah dimaklumkan mengenainya, tetapi belum menerima jemputan itu.

"Jika menerima jemputan, saya yakin PAS akan menghantar wakil ke sana, tetapi setakat ini, tiada jemputan rasmi.

"Secara peribadi, saya belum menerimanya dan pejabat saya di Kuala Lumpur juga belum memaklumkan menerima jemputan berkenaan.

"Bagaimanapun, secara lisan, ada laporan mengenainya menerusi media," katanya.




Tiada ulasan: