Ahad, 30 Ogos 2026

UMNO KERJA SAMA DENGAN PKR ?


JIKA UMNO 

KERJASAMA

DENGAN PN

MAKNANYA JALA

BELUM MENJERUT

KAH KAH KAH

JIKA UMNO

 KERJASAMA

DENGAN PH

MAKNANYA JALA

DAH MENGIKAT

KHALAS


Umno mulakan rundingan rasmi kerjasama PRN Melaka lepas DUN bubar

UMNO akan memulakan rundingan rasmi berhubung kemungkinan kerjasama dengan mana-mana parti bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, selepas Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka dibubarkan.

Presiden UMNO  Ahmad Zahid Hamidi berkata perkara itu, telah diserahkan kepada Ketua Menteri Melaka Ab Rauf Yusoh untuk mengetuai perbincangan berkenaan selepas pembubaran DUN.

“Kita telah menyerahkan kepada Yang Berhormat Ketua Menteri Ab Rauf Yusoh dan saya fikir dia akan adakan perbincangan rasmi, setelah DUN Melaka dibubarkan.

“Sekarang mungkin (ada) perbincangan secara tidak rasmi tetapi, rundingan rasmi itu selepas bubar (DUN),” katanya.

Timbalan Perdana Menteri berkata demikian ketika ditanya mengenai pendirian UMNO berhubung kemungkinan kerjasama dengan Perikatan Nasional (PN) bagi menghadapi PRN Melaka.

Ahmad Zahid berkata beliau sebelum ini turut mengadakan perbincangan dengan keseluruhan Biro Politik UMNO Melaka, yang membentangkan persediaan parti menghadapi pilihan raya negeri berkenaan.

Beliau berkata pembentangan itu turut dibawa ke peringkat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, untuk membincangkan secara terperinci pembentangan data yang diperoleh menerusi war room UMNO Melaka.- Bernama

Tiada ulasan: