Selasa, 11 Ogos 2026

MAT TERAM BUAT ANCAMAN !!!


MAT TERAM

BUAT ANCAMAN

SATU DUNIA 

TERBARAI 

KETAWA

KAH KAH KAH

SATU DUNIA

TAHU AMERIKA

DAH KALAH

DENGAN IRAN

AMIN

MAT TERAM

HANYA BOLEH 

BUAT LAWAK

KAH KAH KAH

KHALAS




Trump tuntut pampasan Iran bagi kematian perang


WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump menuntut Iran membayar pampasan kepada individu yang didakwanya terbunuh dalam peperangan, serangan dan tunjuk perasaan.

Perkembangan mengejutkan itu berkemungkinan merumitkan usaha membuka semula Selat Hormuz.

Cadangan Trump itu, yang belum pernah dikemukakan sebelum ini, adalah sebagai tindak balas terhadap tuntutan Tehran supaya pampasan dibayar serta sekatan terhadapnya ditamatkan.

Tuntutan berkenaan sebahagian besarnya selaras dengan terma perjanjian damai awal yang ditandatangani pada Jun, namun ia kemudiannya gagal dilaksanakan.

Sejak perang bermula pada Februari, Trump berulang kali berubah pendirian antara mengancam peningkatan konflik dan mendakwa perjanjian damai semakin hampir dicapai.

"Saya melihat wakil Republik Islam Iran meminta pampasan atas kerosakan yang dialami mereka sepanjang konflik ketenteraan lima bulan lalu.

"Ia satu idea yang menarik kerana kini saya juga menuntut pampasan daripada Iran," tulis Trump menerusi platform Truth Social.

Bagaimanapun, tidak jelas bagaimana kedua pihak dapat mencapai persetujuan memandangkan masing-masing berkemungkinan menolak tuntutan pihak lawan.

Harga minyak meningkat selepas hantaran Trump itu, dengan minyak mentah Brent diniagakan pada AS$87 (RM356) setong, meningkat 4.6 peratus pada hari berkenaan.

Trump berkata AS akan menuntut pampasan bagi individu yang terbunuh atau cedera dalam konflik terdahulu, selain bayaran kepada keluarga ratusan ribu penunjuk perasaan yang didakwanya dibunuh Iran.

Trump turut menggesa penunjuk perasaan menggulingkan kerajaan Iran ketika perang bermula dengan serangan udara AS dan Israel pada Februari.

Kumpulan hak asasi berkata kerajaan Iran terus memperhebatkan tindakan keras terhadap pihak yang menentangnya sejak itu.

Trump turut berkata Iran perlu membayar pampasan kepada keluarga 17 anggota tentera laut AS yang terbunuh dalam serangan pada Oktober 2000 di Yaman terhadap kapal perang USS Cole.

Bagaimanapun, siasatan sebelum ini merumuskan serangan itu dikaitkan dengan al-Qaeda, bukan Iran.

"Selain itu, berhubung rundingan dengan Iran, Iran perlu bertanggungjawab terhadap kerosakan dan kematian yang menimpa rakyat Lubnan, Syria, Yaman dan Gaza!" tulis Trump dalam hantaran keduanya.

Sebelum ini, Iran berkata pihaknya hampir mencapai perjanjian muktamad dengan Oman bagi menetapkan laluan perkapalan baharu antara kedua-dua negara melalui Selat Hormuz.

Bagaimanapun, Tehran mengulangi pendirian bahawa AS perlu memenuhi beberapa syarat termasuk membayar pampasan, menamatkan sekatan serta ancaman ketenteraan sebelum laluan perairan penting itu dibuka semula. - REUTERS

Tiada ulasan: