PARTI BURUT
SEDANG
BERGADUH
KAH KAH KAH
AYAH KENA BURUT
ANAK LARI CABUT
KAH KAH KAH
TAK TAHAN
KENA BALUT
KAH KAH KAH
KHALAS
'Izzah tak setuju cara Madani urus basmi rasuah'
Keputusan Nurul Izzah untuk melepaskan jawatan Timbalan Presiden PKR didakwa berkait rapat dengan rasa tidak puas hatinya terhadap pendekatan kerajaan dalam usaha membanteras rasuah.
Ahli Parlimen Pasir Gudang Hassan Abdul Karim dilaporkan berkata anak sulung kepada Presiden PKR Anwar Ibrahim yang digelar “Puteri Reformasi” itu dipercayai mempunyai pandangan tersendiri mengenai isu rasuah serta keadaan semasa dalam parti dan kerajaan.
“Satu perkara yang saya boleh berani cakap, Nurul Izzah tidak senang tentang bagaimana kerajaan menguruskan soal membasmi rasuah ini.
“Dia ada pandangan sendiri dan ramai orang berkongsi pandangan itu. Dalam keadaan parti PKR sekarang ini dan kerajaan sekarang ini, saya rasa dia kurang selesa dan kurang bersetuju.
“Tapi sebagai anggota parti yang setia, seorang anak pejuang, pilihan dia berundur dahulu.
“Kalau satu masa sampai pada waktunya, dia akan kembali, Insya-Allah,” katanya kepada Mingguan Malaysia.
Tandus pemimpin baru?
Dalam pada itu, Hassan yang juga bekas Pengerusi PKR Johor dipetik berkata terdapat kebimbangan mengenai masa depan kepimpinan parti, khususnya keupayaannya melahirkan generasi baru pemimpin muda.
Menurutnya, keadaan tersebut berlaku ketika PKR berdepan kehilangan beberapa tokoh yang sebelum ini memainkan peranan penting dalam memperkukuh parti.
“Sebab kita tengok ramai pemimpin-pemimpin sudah keluar PKR.
“Lepas itu, Nurul Izzah ini adalah satu-satunya pemimpin muda yang boleh ke depan lagi, tetapi dia pula letak jawatan.
“Ini yang saya sebut dulu, reformasi jangan mati. Sekarang PKR sudah ketandusan pemimpin.
“Satu demi satu berundur malah ada yang sudah keluar parti.
“Tidak mengapa, benda sudah berlaku. Nurul Izzah tetap setia dengan parti,” katanya.
'Pelik kalau Hassan lebih faham dari ayah Izzah'
Diterbitkan: Aug 10, 2026 8:48 PM
⋅
Dikemaskini: 8:48 PM


Tiada ulasan:
Catat Ulasan