INI BERITA BAIK
PERANG MAKIN
MEREBAK
AMIN
HARGA MINYAK
NAIK LAGI
AMIN
MUDAH UNTUK
MENGHASUT
KHALAS
Konflik Asia barat: Houthi serang bandar Arab Saudi, AS serang kapal Iran
DUBAI: Perang di Asia Barat semakin meruncing selepas kumpulan Houthi yang disokong Iran melancarkan serangan peluru berpandu dan dron ke atas empat bandar di selatan Arab Saudi.
Ia secara langsung mengheret sekutu Amerika Syarikat (AS) itu secara lebih mendalam ke dalam kancah konflik itu.
Serangan besar-besaran menyasar bandar Khamis Mushait, Abha, Najran dan Jazan itu memusnahkan fasiliti minyak serta membedil pangkalan udara tentera, selain mencederakan sekurang-kurangnya 73 orang termasuk wanita dan kanak-kanak.
Pihak Berkuasa Penerbangan dan Angkasa Lepas (NASA) menerusi imej satelit merakam kepulan asap hitam tebal melitupi kilang penapis minyak di Jazan serta tiupan asap putih dari pusat pengagihan minyak di Abha berikutan kebakaran besar yang tercetus.
AS balas serangan, musnahkan 5 kapal tangki minyak Iran
WASHINGTON: Tentera Amerika Syarikat (AS) musnahkan lima kapal tangki minyak milik Iran pada Selasa, membalas tindakan Tehran melancarkan dua serangan peluru berpandu balistik ke atas kapal perang AS.
Siri serangan udara itu menandakan kali kedua tentera Washington menyasar kapal tangki Iran dalam tempoh kurang seminggu, sekali gus mencetuskan ikrar daripada Tehran untuk membalas serangan dengan menyasarkan kapal pengangkut minyak berhampiran negara sekutu AS di Teluk Parsi.
Markah Pusat Tentera AS (CENTCOM) mengesahkan operasi berkenaan dijalankan susulan tindakan Kor Pengawal Revolusi Iran (IRGC) yang melancarkan serangan peluru berpandu balistik ke atas kapal perang Tentera Laut AS.
"Tentera AS mengarahkan kesemua anak kapal untuk meninggalkan kapal sebelum serangan dilancarkan sehingga menyebabkan kapal berkenaan tidak lagi dapat beroperasi," kata CENTCOM dalam satu kenyataan rasmi.
%20(1).jpeg)

Tiada ulasan:
Catat Ulasan