Selasa, 15 September 2026

PAGI INI


PAGI INI




PAGI INI

SELASA   SEPTEMBER 2026

HARGA MINYAK NAIK

 KINI 108 $$$ DOLAR SATU TONG


SAUDI ARABIA 
Negara barua Amerika ini sedang di serang dari dua penjuru. Dari Selatan Houthi MENYERANG. Dari Timur Gerila Perlawanan Iraq MENYERANG.

MBS minta bantun dari Teram – tapi Mat Teram tak mahu tolong  - kah kah  kah.

YAMAN
Perang berterusan – bila soldadu Geng Saudi  kalah dan cabut lari bertan-tan senjata tinggal – Ini sama seperti apa yang berlaku di Afghanistan bila Amerika cabut lari.

AMERIKA  UMUM SENJATA DI UDARA
Pertama kali Amerika akui ada letak SENJATA di RUANG UDARA – senjata jenis apa? Tak di diumum. Senjata ini mungkin untuk tembak satelit.

CHINA & AMERIKA
Minggu depan SI JIN PING – KAN datang jumpa Mat Teram. Apa nak di bincang ? Masih belum di ketahui. Amin

HOKKIEN
Pagi ini kering.  Jerebu masih  memenjara Kuala Lumpur – Matahari dah muncul – kelihatan seperti bola api MERAH di atas langit. KL & KL Sentral berjerebu. KL & KL SENTRAL HODOH. 

KEMARIN UDARA DI KL bacaan  IPU – 190 – ini tahap bahaya – Kita wajib saman!!!

Wow – Siti Solo muncul – dekat pintu masuk – sedikit tempang – mungkin bergaduh – gua beri friskies, hati ayam dan keropok.

Di Jalan Besar Tim Mak Tetek Lanjut dah sedia menunggu – gua  beri nasi  dan juga gua tabur friskies – ha ha – kali ini Tiong Laki  Bini datang makan sama.

Berjalan  ke Wakaf Tiga  Jantan Putih Baik ikut gua -   ada yang lain mengekor – gua  beri friskies – kini  jadi kawan dengan  Tak Tak.

Di Wakaf Satu hanya saekor Tiong menunggu di atas atap – gua tabur friskies – tapi enggan turun.

Hari ini akan panas. Wahai hujan di mana kamu ? Kami dah lama menunggu. Amin

BRO
SENYUM
SENYUM SAMBUT
PAGI SELASA SEPERTI BIASA

Api terang banyak kelekatu
Masuk ke kamar bersama kucing
Pasti geli  rasa hati lu
Melihat Mat Burut kena kencing 

Ambil sepinggan limau purut
Anak kucing  milik Mat  Indon
Nandek enggan jumpa Mat Burut
Lepas kencing terbang ke London

LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI
SELAMAT BEKERJA

Tiada ulasan: