Selasa, 15 September 2026

SAMAN KELOMPOK

SAPA TAHU

SYARIKAT SAWIT

YANG DI BAKAR

AMIN

PARU ROSAK

BERNAFAS SUSAH

AMIN

HUBUNG PEGUAM

BUAT SAMAN

KELOMPOK ATAU

CLASS ACTION

KHALAS


Jumlah titik panas di Kalimantan melonjak, tingkat potensi jerebu rentas sempadan


KUALA LUMPUR: Jumlah titik panas dikesan di Kalimantan melonjak kepada 808 semalam, sekali gus meningkatkan potensi berlakunya jerebu rentas sempadan sekiranya kebakaran terbuka di Indonesia berterusan.

Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), Dr Mohd Hisham Mohd Anip, berkata keadaan jerebu bergantung kepada situasi kebakaran terbuka yang berlaku di Indonesia, selain keadaan angin yang boleh membawa asap ke negara berhampiran.

"Selagi kebakaran tidak dipadamkan, selagi itu ia akan memberi kesan kepada negara berdekatan. Kita masih berada di musim Monsun Barat Daya, di mana angin bergerak dari Indonesia ke arah negara kita yang dijangka berakhir pada Oktober ini," katanya kepada BH.

Berdasarkan data ASEAN Specialised Meteorological Centre (ASMC), jumlah titik panas di Kalimantan meningkat daripada 301 pada 12 September kepada 461 pada 13 September, sebelum melonjak kepada 808 semalam.

Dalam tempoh sama, ASMC turut merekodkan 87 titik panas di Sumatera, 15 di Sabah dan Sarawak serta satu di Semenanjung.

Data itu menunjukkan peningkatan ketara titik panas di Kalimantan dalam tempoh dua hari berkenaan, selepas jumlahnya berada pada paras lebih rendah pada awal tempoh pemantauan.

Bagaimanapun, keadaan cuaca di bahagian barat Sarawak dijangka lembap sepanjang minggu ini, yang boleh mengurangkan kesan jerebu rentas sempadan berikutan keadaan atmosfera yang lebih sesuai untuk membantu membersihkan udara.

Mengulas keadaan cuaca selepas berakhirnya Monsun Barat Daya, Mohd Hisham berkata, kualiti udara dijangka kembali pulih berikutan perubahan arah tiupan angin apabila Monsun Timur Laut bermula.

"Cuaca kering dan panas dijangka lebih ekstrem tahun depan di hujung musim Monsun Timur Laut, bermula Januari hingga Mei," katanya.

ASMC dalam maklumat titik panasnya menjelaskan, titik panas diperoleh melalui pengesanan satelit NOAA dan mewakili lokasi yang berkemungkinan berlaku kebakaran.

Bagaimanapun, titik panas mungkin tidak dikesan sekiranya keadaan berawan atau berlaku liputan satelit yang tidak lengkap.

Tiada ulasan: