Rabu, 28 Oktober 2026

BUAT KERJA BERFAEDAH



BUAT KERJA

BERFAEDAH

UNTUK

ORANG RAMAI

AMIN

JANGAN 

ROSAKKAN IMEJ

AGAMA ISLAM

AMIN

ISLAM AGAMA

ILMU DAN SAINS

BUKAN AGAMA

JAGA BURIT & KOTE

KHALAS


Lima termasuk remaja ditangkap khalwat di kondominium mewah


JOHOR BAHRU – Tiga lelaki dan dua wanita yang sedang ‘berpesta’ dalam sebuah kondominium mewah di daerah ini terkejut apabila diserbu Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) dalam satu operasi cegah maksiat semalam.

Operasi penguatkuasaan tersebut dilakukan pukul 9.35 pagi dan serbuan berjalan lancar selepas pihak JAINJ menunjukkan waran sebelum pengawal keselamatan memberi kerjasama penuh.

Menurut JAINJ, rumah terbabit berada di tingkat 11 dan pintu dibuka seorang lelaki yang memakai seluar jean panjang dan t-shirt selepas lima minit diketuk.

Penguat kuasa memperkenalkan diri dan menunjukkan kad kuasa tetapi lelaki berkenaan cuba menutup semula pintu.

“Penguat kuasa berjaya menghalang dan masuk ke dalam dan menemui seorang wanita yang memakai skirt labuh dan baju ketat sedang baring di sofa sambil menonton televisyen.

“Penguat kuasa juga menemui seorang lelaki memakai seluar pendek dan tidak memakai baju berdiri bersebelahan wanita itu,” menurut JAINJ dalam kenyataan.


Ketiga-tiganya diminta penguat kuasa menunjukkan pengenalan diri sebelum semua mereka mengaku bukan adik beradik dan tiada hubungan mahram.

“Lelaki pertama berumur 23 tahun dan bekerja sebagai penghantar makanan. Lelaki kedua berumur 16 dan bekerja di sebuah bengkel manakala wanita pula berumur 18 tahun dan belum bekerja.

“Rumah itu mempunyai sebuah bilik dan didapati berkunci dari dalam. Penguat kuasa ketuk pintu dan minta seorang daripada dua lelaki tersebut memanggil rakannya yang berada di dalam,” katanya.

Tujuannya supaya rakannya dalam bilik kenal suara rakannya tanpa mengesyaki kehadiran penguat kuasa.

“Kemuadian penguat kuasa dengar suara seorang lelaki sebut perkataan ‘kejap-kejap’. Pintu bilik dibuka lima minit kemudian oleh seorang lelaki yang memakai seluar pendek dan tidak memakai baju.

“Penguat kuasa menemui seorang wanita sedang baring atas katil dan berselimut. Setelah diminta bangun, wanita itu didapati memakai baju nipis bahu bertali dan berseluar pendek,” katanya.

Hasil soal siasat JAINJ, pasangan berkenaan yang kelihatan takut mengaku hanya berdua-duaan dan bukan suami isteri serta bukan adik beradik tiri.

“Pemeriksaan lanjut oleh penguat kuasa wanita, terdapat kesan gigitan ‘semut’ di leher kanan wanita. Lelaki juga ada gigitan ‘kerengga’ di lehernya,” ujar JAINJ.

Lelaki berkenaan berumur 23 tahun, berstatus bujang dan bekerja sebagai penghantar barang, remaja perempuan itu pula berumur 16 tahun dan tidak bekerja.

JAINJ memberitahu, tiga lelaki berkenaan berkongsi wang menyewa kondominium tersebut dan tempahan dibuat secara dalam talian dan diberikan kata laluan untuk mengambil kad dalam peti surat tanpa bertemu sesiapa di kaunter.

“Mereka kata hanya berseronok untuk mencari ketenangan setelah penat bekerja. Mereka juga mengaku bukan menyewa kondominium kali pertama tetapi sudah beberapa kali di lokasi yang berbeza sekitar Johor Bahru,” katanya.

Pasangan terbabit ditahan atas kesalahan khalwat mengikut Seksyen 27 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Johor 1997 dan akan didakwa di mahkamah. – 


2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Banyak lagi kementerian banyak lagi jabatan habiskan beras tanpa kerja-kerja yang dilakukan untuk kepentingan negara mahupun rakyat, sekadar wujud atas nama atau tidak berfungsi sebaik mungkin, maka sampai penjawat awam seramai 1.6 juta dan 1 juta pencen ditanggung oleh rakyat, bukan duit bapa bukan duit emak tetapi duit rakyat kah kah kah kah majoriti dah tahu kan

Tanpa Nama berkata...

Indahnya isle...you asked for it now live with it...