Sabtu, 17 Oktober 2026

JANGAN JADIKAN ISLAM AGAMA JAGA BURIT


WAHAI !

ORANG MELAYU

JANGAN JADIKAN

AGAMA ISLAM

AGAMA JAGA

BURIT 

AGAMA 

MENGHUKUM

AMIN

ISLAM ADALAH

AGAMA ILMU

AGAMA SAINS

AGAMA FALSAFAH

KHALAS


'Saya akui itu adalah suatu kesalahan...' - Nik Nazmi sahkan beliau dan seorang wanita ditahan JAIS


KUALA LUMPUR: Bekas Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Nik Nazmi Nik Ahmad mengesahkan beliau antara dua individu yang ditahan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), kelmarin.

Dalam kenyataan dimuat naik menerusi Instagram hari ini, bekas Naib Presiden PKR itu yang kini menerajui parti BERSAMA, berkata kejadian itu ketika beliau bersama rakan-rakan mengadakan perbincangan di sebuah studio di Brickfields, Kuala Lumpur.

Mereka kemudian memutuskan untuk meneruskan perbincangan di Petaling Jaya bagi melihat beberapa bahan berkaitan projek yang dibincangkan.

Beliau berkata, ketika pegawai JAIS tiba, hanya beliau dan wanita yang ditahan bersamanya berada di lokasi berkenaan.

"Saya mengakui itu adalah suatu kesalahan. Seperti yang saya maklumkan juga kepada pegawai JAIS, kami sememangnya tidak melakukan apa-apa tindakan sumbang yang menimbulkan syak wasangka," katanya.

Nik Nazmi berkata, beliau tidak mahu memanjangkan isu berkenaan dan memohon maaf kepada keluarganya dan keluarga wanita berkenaan serta semua pihak yang terkesan berikutan kejadian itu.

Beliau turut memohon maaf kepada parti BERSAMA kerana mengecewakan ahli dan penyokong parti, selain menyatakan kesediaan menerima apa juga keputusan yang bakal dibuat parti berhubung insiden berkenaan.

"Saya juga memohon maaf kepada parti BERSAMA kerana mengecewakan ahli-ahli dan penyokong BERSAMA, memandangkan perkara ini menjejaskan parti dan akan menerima apa juga keputusan parti," katanya.

Nik Nazmi turut memberi jaminan akan memberikan kerjasama bagi sebarang proses perundangan yang berkaitan dan pada masa sama berharap semua pihak menghormati proses perundangan dan tidak memanjangkan perbincangan mengenai insiden itu menerusi media.

Semalam, Pengarah JAIS, Mohd Shahzihan Ahmad mengesahkan dua individu ditahan kira-kira jam 6 petang Khamis bagi membantu siasatan berhubung kesalahan yang disyaki dilakukan mengikut Seksyen 29 Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995.

Menurut kenyataan JAIS, jika disabitkan kesalahan, pesalah boleh dikenakan denda tidak melebihi RM3,000 atau penjara maksimum dua tahun atau kedua-duanya sekali.

Tiada ulasan: