Sabtu, 17 Oktober 2026

OMBAK BARU MELANDA ISRAEL


OMBAK BARU

MELANDA ISRAEL


Dunia tahu dan sedar bahawa wujudiah Israel bergantung  dengan Amerika. Tanpa sokong Amerika dari segi politik,  senjata dan diplomasi Israel tidak akan wujud.  Dunia tahu projek  mendirikan Israel adalah projek kolonial pasca Perang Dunia Kedua.

Tanpa kuasa imperialis Amerika mustahil Isreal boleh  wujud dan melakukan apa yang dilakukan selama ini.

Isreal diwujudkan pada tahun 1948 untuk membasuh dosa kejahatan Nazi German yang telah melakukan genosid terhadap Bani Yahudi.  Negara Eropah seperti Peranchis dan Itali juga merasa bersalah kerana bekerjasama dengan Hitler untuk membantai Bani Yahudi di Eropah.

Sikap anti-Semitik Eropah telah dieksploitasi oleh Bani Yahudi untuk memastikan warga Eropah terus merasa bersalah kerana membenarkan Hitler membunuh, membakar dan meracun lebih dari 6 juta Bani Yahudi di Eropah.

Genosid – pembunuhan beramai-ramai - terhadap Bani Yahudi dalam Perang Dunia Ke Dua di kenali sebagai Holocaust. Ini hasil dari kebencian  warga Eropah terhadap  Bani Yahudi yang berbangsa Semitik.

Justeru hari ini kita akan terus  membaca kritikan terhadap  Isreal akan di tuduh sebagai sikap  rasis, perkauman dan   anti Semitik. Bani Yahudi klim mereka berasal dari bangsa dan ras Semitik yang berpangkalan di Palestin.

Sesiapa yang mengajukan dasar  anti Isreal atau mengkritik dasar  Israel  akan di tuduh  sebagai  anti-Semitik.

Inilah bangkai biawak  yang di jual sebagai daging kijang oleh Israel selama ini.

Wajib juga dinyatakan disini  bahawa Palestinian dan  Arab juga adalah dari jalur ras dan bangsa yang sama – jalur Semitik.

Di belakang semua ini ialah Zionisme. Ini  ialah gerakan nasionalis dan politik moden yang bersifat sekular, yang muncul di Eropah pada akhir abad ke-19 untuk menubuhkan dan menyokong sebuah negara Yahudi yang berdaulat di wilayah bersejarah Palestin.

Penganut  ideologi  Zionis percaya bahawa orang Yahudi, yang berkongsi warisan sejarah, budaya, dan agama yang berkait rapat dengan Tanah Israel, mempunyai hak untuk memiliki tanah air yang berdaulat di wilayah tersebut.

Hari ini seorang Zionis ialah individu yang  tidak semestinya Yahudi. Sosok Zionis ini mungkin Inggeris, mungkin  Itali, mungkin Arab dan mungkin Melayu.  Jika sosok ini  menyokong   dasar Israel, menyokong tindak tanduk Israel maka sosok ini adalah Zionis.

Awalnya hubungan Israel dengan Amerika ini tidak intim. Perang Dingin  - perang pengaruh antara  Kapitalis Amerika dengan Sosialis Rusia – merapatkan Israel dengan Amerika.

Rusia mengembangkan  pengaruh di Timur Tengah. Rusia membekal senjata kepada  Presiden Nasser di Mesir. Syria dan Iraq di bawah pengaruh  rejim nasionalis sosialis  Parti Baath.

Keadaan ini dilihat membawa bahaya terhadap kepentingan  Amerika. Dalam masa yang sama wilayah ini menjadi amat penting  kerana wilayah ini menjadi negara  utama pengeluar  bahan bakar minyak.

Pertembungan Perang Dingin ini memuncak bila berlaku Perang Arab-Israel 1967. Perang Enam Hari ini  - 5–10 Jun 1967-  merupakan konflik yang berlaku antara Israel dengan gabungan negara-negara Arab—terutamanya Mesir, Syria, dan Jordan

Israel telah  menawan dan menduduki Tebing Barat  - termasuk Baitulmaqdis Timur - daripada Jordan, Semenanjung Gaza dan Semenanjung Sinai daripada Mesir, serta Bukit Golan daripada Syria. 

Amerika melihat Israel kini  sebagai satu kuasa yang penting di Timur Tengah. Semenjak ini Israel terus menjadi pangkalan tentera Amerika yang padu untuk menjaga kepentingan Amerika di Timur Tengah.

Dalam masa yang sama pengaruh Zionis dan pro-Israel dalam politik Amerika  semakin diperkuat. Pengaruh Zionis Israel  ini beroperasi melalui gabungan jawatankuasa tindakan politik (PAC) yang teratur, kumpulan pelobi dan gerakan Zionis Kristian.

Lobi dan  dana untuk pilihan raya cukup penting. Yahudi dan Zionis yang kaya akan memberi dana kepada para politikus yang akan membawa dasar Pro-Israel ke dalam badan politik Amerika.

Lembaga seperti American Israel Public Affairs Committee  - AIPAC -  akan membiayai kempen, menggerakkan tekanan akar umbi, serta menggalakkan sokongan dari Parti Demokrat dan Republikan dalam  Kongres untuk membuat  dasar Pro Israel.

Satu lagi kelompok yang besar dan berpengaruh ialah Kristian Zionis.  Kelompok  penganut Kristian evangelikal dan Pentakosta menyokong dasar pro-Israel atas alasan teologi Kristian  yang menjanjikan kedatangan Nabi Isa kali Kedua di Baitulmuqadis Palestin.

Gerakan Kristian Zionis ini membentuk tonggak utama konsensus politik konservatif, khususnya dalam kalangan Parti Republikan.

Tidak ada calon Presiden yang akan berani mengajukan dasar yang kritikal terhadap Isreal. Semua  Presiden Amerika dari Parti Demokrat atau Republikan akan menyokong wujudiah Zionis Israel.

Pada 25 Julai 2026 akhbar Juruselam Post  telah melaporkan: Perdana Menteri Benjamin Netanyahu menegaskan bahawa tiada sekutu yang lebih akrab bagi Amerika Syarikat selain Israel, dan begitu juga sebaliknya bagi Israel.

Netanyahu berkata Presiden Trump adalah sahabat paling  terbaik untuk Israel.

Tetapi semua ini sudah dan sedang  berubah.  Taufan Al-Aqsa pada 7 Oktober 2023 telah mengubah semua ini.   Ada perubahan yang hakiki sedang berlaku antara  hubungan Amerika dengan Israel. Malah hubungan Zionis Israel dengan negara  Eropah juga mula berganjak.

Apa yang di lakukan oleh Zionis Israel terhadap Gaza mengubah  pandangan dunia terhadap Israel. Dulu Bani Yahudi menjadi mangsa  genosid  Nazi.  Hari ini  Bani Yahudi sedang melakukan genosid terhadap Palestin.

Dulu Yahudi menjadi mangsa pembunuhan beramai-ramai oleh Hitler. Hari ini  Netanyahu  sedang melakukan perkara yang sama  terhadap warga Palestin di Gaza.

Masyarakat dunia tidak dapat menerima perkara ini.

Hari ini menurut Pew Research Center, kira-kira 75% rakyat Amerika yang berumur 18–29 tahun mempunyai pandangan negatif terhadap Israel. Sebanyak  33% golongan dewasa muda menyebelahi rakyat Palestin berbanding 14% yang menyebelahi rakyat Israel

Golongan muda Amerika -berumur 18–29 tahun - mempunyai pandangan yang jauh lebih kritis dan negatif terhadap Israel berbanding generasi yang lebih tua.

Yang muda merasa simpati serta tentangan meluas terhadap tindakan ketenteraan  Zionis Israel di  Gaza.

Jika dulu hanya  siswa, pelajar dan   anak muda dari pemikiran garis kiri yang menentang Zionis Israel. Bila genosid berlaku di Gaza  generasi muda – siswa dan pelajar  yang berhaluan garis kanan dan konservatif juga telah mengubah pandangan  politik mereka terhadap Israel.

Ketika gulungan kiri mengambil dasar anti Israel  adalah mudah untuk mematahkan gelombang mereka. Garis kiri akan di tuduh anti Semitik. Komunis atau  Pro Rusia.

Sesiapa  di Amerika atau di Eropah  satu ketika dulu jika  bersimpati terhadap Gaza dan Palestin  dengan mudah akan di tuduh penyokong Hamas, penyokong Hizbullah atau  penyokong Al- Qaeda.  Di cap sebagai penyokong terroris.  

Hari ini semua sudah berubah. Telah muncul penyokong perjuangan adil warga Palestin  dari garis kanan.

Satu contoh untuk memahami perubahan ini ialah melihat sosok yang bernama Tucker Carlson. Sosok  ini  paling berpengaruh di Amerika ialah Tucker Carlson.   Bekas  personaliti media  dari Fox  News ini adalah penyokong  tegar Presiden Trump. Bila Tucker  membaca atau memberi komen tentang berita dalam Fox News berjuta warga Amerika akan mengikuti  pandangan sosok ini.

Carlson pemuka penting dalam mempromosi gerakan  MAGA – Make America Great Again. Carlson, yang berkempen untuk Trump pada tahun 2024, telah menjadi antara pengkritik Trump  paling lantang  hari ini.

Carlson melihat peranan Isreal dalam membawa Amerika masuk kancah  perang  di  Iran.

Carlson terus bersuara lantang mengenai Netanyahu dan usaha  pelobi  Zionis di Amerika. Carlson menegaskan bahawa tindakan ketenteraan Amerika terhadap Iran dilakukan demi mencapai perubahan rejim atas permintaan Israel.

Carlson berhujah bahawa Presiden Donald Trump tunduk kepada tekanan daripada Netanyahu, penyumbang dana dalam negara, serta sekutu pro-Israel dalam kalangan pengamal media AS.

Amerika berperang dengan Iran  dan bukannya bertindak demi kepentingan nasional Amerika sendiri.

Pandangan personaliti media yang paling berpengaruh di Amerika ini   telah berjaya mengubah   lanskap politik Amerika terhadap Isreal.

Paling  menakutkan Zionis Israel ialah pandangan ini bukan dari sosok kiri tapi dari sosok kanan.  

Kritikan  terhadap Zionis  Israel  dari garis kanan kini sedang membawa bahaya kepada wujudiah Israel.  Justeru untuk menghalang ombak perubahan ini Zionis Israel sanggup melakukan apa saja   Termasuk menembak mati ?

Pada 10 September 2025, Charlie Kirk, seorang aktivis politik haluan kanan Amerika, telah dibunuh ketika sedang berucap  di Utah Valley University di Orem, Utah.

Sama seperti Carlson , Kirk merupakan sekutu rapat Presiden Donald Trump dan tokoh yang sangat berpengaruh dalam gerakan MAGA.

Kenapa di  Charlie Kirk di tembak mati ?  Tunggu minggu hadapan. (TT)
 

TULISAN INI DISIARKAN JUGA
DALAM PORTAL
MALAYSIA KINI. COM
malaysiakini.com/columns/887137-kolum-ketakutan-israel-pada-sosok-jalur-kanan-as






Tiada ulasan: