BUATLAH KERJA
YANG BERFAEDAH
UNTUK MASYARAKAT
AMIN
SEPERTI
KUMPUL DANA
UNTUK OKU
ATAU BUKA
KELAS MEMBACA
PERCUMA
AMIN
DI BERI GAJI
BUKAN UNTUK
JAGA BURIT
JAGA KOTE
ORANG RAMAI
AMIN
JANGAN ROSAKKAN
PERANAN AGAMA
KHALAS
KLUANG: Seorang lelaki hanya berseluar dalam ketika ditahan kerana disyaki berkhalwat dengan seorang wanita yang masih berstatus isteri orang di sebuah rumah kampung di Simpang Renggam, dekat sini, semalam.
Lelaki berusia 29 tahun bersama wanita berusia 44 tahun itu ditahan, jam 1.40 pagi selepas penguat kuasa Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) menerima aduan, dua jam sebelum tangkapan.
Lebih mengejutkan, dua anak wanita terbabit turut berada di rumah berkenaan.
Menurut JAINJ, sebaik tiba di rumah itu, penguat kuasa mendapati, keadaan rumah terang seorang wanita berseluar panjang serta berbaju-T berada di luar rumah sambil bermain permainan di telefon bimbit.
"Penguat kuasa kemudian memperkenalkan diri dan meminta izin untuk masuk ke rumah bagi melakukan pemeriksaan.
"Ketika memasuki rumah, penguat kuasa mendapati seorang wanita sedang berbaring di tilam sambil bermain telefon bimbit. Wanita itu memakai kain batik dan baju berlengan panjang.
"Di sebelah wanita itu terdapat sebuah bilik yang tertutup dan berkunci daripada dalam. Penguat kuasa bertanya siapa di dalam bilik dan wanita itu memaklumkan, ibunya sedang tidur," katanya.
Pintu bilik diketuk dan lima minit kemudian, seorang wanita berbaju tidur membukanya.
Tambahnya, keadaan dalam bilik gelap dan penguat kuasa menggunakan lampu suluh untuk membuat pemeriksaan.
"Suluhan lampu diarahkan kepada seorang lelaki yang sedang duduk di atas katil dan hanya memakai seluar dalam. Apabila suis lampu dibuka, lelaki itu bangun dan mengambil tuala lalu memakainya.
"Hasil soal siasat mendapati, pasangan terbabit bukan suami isteri dan kedua-duanya kelihatan cemas selepas ditahan.
"Lelaki terbabit berstatus bujang, berasal dari negeri lain dan bekerja di sini. Wanita pula masih berstatus isteri orang dan bekerja di Simpang Renggam.
"Apabila ditanya mengenai suaminya, wanita itu memaklumkan mereka tidak lagi tinggal sebumbung sejak lebih setahun lalu. Bagaimanapun, hasil semakan mengesahkan wanita berkenaan masih belum bercerai.
"Daripada maklumat yang diperoleh, rumah lelaki terbabit terletak kira-kira 10 kilometer dari kediaman wanita itu dan dia datang dengan menunggang motosikal," katanya.
JAINJ berkata, pihaknya turut hairan apabila anak-anak wanita terbabit yang tinggal bersama di rumah berkenaan tidak menunjukkan reaksi terkejut apabila ibu mereka ditangkap bersama lelaki lain.


Tiada ulasan:
Catat Ulasan