Khamis, 1 Oktober 2026

PAGI INI


PAGI INI






PAGI INI

KHAMIS 1 OKTOBER 2026

SELAT HORMUZ TUTUP


MAT TERAM DAN MINYAK SIMPANAN
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH

Mat Teram klim Selat  Hormuz telah di buka – minyak mencurah keluar – kah kah kah 

TAPI MAT TERAM TERPAKSA  keluarkan minyak dari SIMPANAN STRATEJIK – minyak simpanan ini dah susut – dah tinggal 40 bilion  tong – kah kah kah.

IRAN PELAWA MAT TERAM LAWAT SELAT HORMUZ
Kerajaan Iran akan keluar belanja makan minum  untuk delegasi Teram melawat dan melihat sendiri SELAT HORMUZ – kah kah kah – TUTUP atau BUKA ?

ANSARALLAH DAN SAUDI
Saudi serang pakai pesawat canggih dari Amerika untuk bom Yaman.

Yaman guna drone dan peluru berpandu serang loji minyak Saudi. Riyadh juga kena serang.

GADUH DALAM KAPAL TERBANG
Air Zionis mendarat di Saudi bila Pilot dan Co Pilot pesawat yang bawa penumpang ini gaduh – tikam menikam. 

KES APA ? Belum jelas.

PRN MELAKA
Kini makin jelas bahawa UMNO tak mahu kerja sama dengan PKR -  kah kah kah – Pasti UMNO akan kerja sama dengan PAS?

Paling sedih Parti BERSATU tak ada sapa nak bekerja sama – BAKAL HILANG WANG PETARUHAN kah kah kah.

TONY LOKE  dan TEATER DAP
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH

Mula-mula Toni Loke akan letak jawatan bila hantar surat ke kepada Mat Burut.

Kemudian Toni kata Mat Burut di China tunggu balik baru beri surat.

Kemudian Toni kata dia  akan letak jawatan bila Najib  bebas dari Kajang dan di tahan di rumah.
SAMBUNGAN :  Toni Loke akan letak jawatan bila Najib ditahan di rumah DAN ceraikan Rosmah – kah kah kah

HOKKIEN
Pagi ini berjerebu – KL & KL Sentral hodoh berjerebu – tapi arah Shah Alam kelihatan awan dan langit yang agak cerah.

Awalnya jalan kosong – kemudian Tim Mak berkejar – Siti Solo muncul sama – ramai datang makan  gua gumbira.

Bila gua bergerak satu Kumpulan Gagak berlabuh – memungut remah nasi – bila Gagak datang Tiong hilangkan diri.

Dah dua hari gua tak nampak Putih Baik – mana dia menghilang. Tapi geng dia muncul  untuk makan.

Pulang ke Wakaf Satu hanya Siti Solo menunggu –  Siti  dapat hati ayam dan keropok – Siti makan dari tapak tangan gua.

Tiong Laki Bini menunggu atas atap – gua tabur jagung dan beras – bila gua berundur baru mereka berlabuh.

Jap lagi nak balik kampung – nak nengok pokok ketum kah kah kah.

Oh ! Hujan datang laa...Amin.

BRO
SENYUM
SENYUM DAN SAMBUT
PAGI KHAMIS

Kupu-kupu rama-rama,
Buat rumah atas sabut
Jangan tunggu lama-lama.
Nanti Minah cun akan cabut

Pen merah pen biru,
Mari tangkap rama-rama
PKR parah Mat Burut malu
UMNO tak mahu kerjasama

LAKUKAN HARI INI
LAKUKAN SEKARANG
SELAMAT BERBAJU BATIK



Tiada ulasan: