Sabtu, 21 November 2026

ASKAR SULUDUP DADAH?

APA JADI

PADA MALAYSIA?

AMIN

ASKAR SELUDUP

DADAH?

AMIN

DAH MACAM

COLOMBIA

AMIN

PARTI POLITIK

DI KAWAL

MAFIA

AMIN

INI KIMIA BAHAYA

UNTUK SEMUA

KHALAS



Seludup dadah guna aset TUDM: Perketat imbasan bagasi penerbangan tentera, jet peribadi - Penganalisis


KUALA LUMPUR: Pemeriksaan keselamatan terhadap bagasi yang dibawa menggunakan penerbangan tentera dan jet peribadi perlu diperketat susulan penemuan dadah yang disyaki cuba diseludup menggunakan kemudahan pengangkutan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

Penganalisis jenayah dan pakar kriminologi bebas, Datuk Shahul Hamid Abd Rahim, berkata pemeriksaan terhadap bagasi yang dibawa masuk dan keluar daripada pesawat itu wajar dilaksanakan dengan lebih ketat bagi mengelakkan kemudahan terbabit disalahgunakan pihak tidak bertanggungjawab.

"Kes ini amat serius kerana kita tidak tahu sudah berapa lama kegiatan seperti ini berlaku.

"Justeru, penerbangan tentera sama ada dalam atau luar negara perlu menjalani pemeriksaan bagasi yang ketat, termasuk melalui proses imbasan seperti dikenakan terhadap penumpang penerbangan lain," katanya ketika dihubungi hari ini.


Shahul Hamid berkata, pemeriksaan itu juga wajar membabitkan agensi penguat kuasa lain seperti Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) atau Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS).

Katanya, pembabitan agensi berkenaan dapat membantu memperkukuh pemeriksaan terhadap barangan yang dibawa masuk dan keluar daripada pesawat, selain mengurangkan risiko penyalahgunaan kemudahan penerbangan.

"Pada pandangan saya, pemeriksaan tidak sepatutnya bergantung kepada anggota tentera semata-mata, sebaliknya boleh turut membabitkan agensi penguat kuasa lain.

"Sekurang-kurangnya, setiap bagasi yang dibawa masuk atau keluar daripada pesawat perlu melalui pemeriksaan dan imbasan keselamatan," katanya.

Beliau berkata, langkah sama wajar dipertimbangkan terhadap jet peribadi tanpa mengira pemilik atau individu yang menggunakan kemudahan penerbangan itu.

Katanya, status seseorang sebagai individu berpengaruh atau pemilik jet peribadi tidak sepatutnya menjadi alasan untuk pengecualian daripada pemeriksaan keselamatan yang sewajarnya.

Dalam pada itu, Shahul Hamid menyifatkan kes berkenaan sebagai sesuatu yang amat memalukan TUDM dan boleh menjejaskan imej pasukan itu.

"Siasatan terperinci perlu dijalankan bagi mengenal pasti sejauh mana kemudahan penerbangan tentera disyaki dieksploitasi bagi kegiatan penyeludupan dadah," katanya.

Pada Selasa lalu, petugas TUDM sendiri mengesan lima bagasi dan sebuah kotak mencurigakan tanpa pelekat pengesahan pemeriksaan keselamatan di Bangunan Pergerakan Udara, Pangkalan Udara Subang.

Pemeriksaan lanjut oleh anggota Pasukan Pertahanan Darat TUDM (HANDAU) menggunakan mesin pengimbas menemukan beberapa bungkusan mencurigakan sebelum kejadian dilaporkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Polis yang tiba di lokasi pada petang hari sama kemudian menjalankan pemeriksaan lanjut terhadap bahan berkenaan.

Pemeriksaan mengesahkan penemuan dadah seberat 96.64 kilogram bernilai kira-kira RM4.83 juta, selain 6.98 kilogram cecair bahan kimia.

Panglima Tentera Udara, Jeneral Muhamad Norazlan Aris, dalam kenyataan semalam mengesahkan lima pegawai dan dua anggota TUDM ditahan bagi membantu siasatan.

TUDM turut menegaskan pihaknya tidak akan berkompromi terhadap sebarang salah laku warga pasukan itu, selain memberikan kerjasama penuh kepada polis dalam siasatan berkenaan.

Tiada ulasan: