DUNIA TUNGGU
APA JAWAPAN
IRAN
AMIN
Amerika serang pinggir Pulau Qeshm di selatan Iran
ISTANBUL: Satu peluru berpandu yang dilancarkan oleh Amerika Syarikat (AS) mengenai kawasan di pinggir Pulau Qeshm di selatan Iran pada petang Jumaat, lapor Anadolu Ajansi yang memetik agensi berita separa rasmi Iran, Tasnim.
Peluru berpandu itu mengenai kawasan berhampiran bandar Qeshm kira-kira 6.50 petang waktu tempatan, menurut laporan berkenaan.iada laporan segera mengenai kemalangan jiwa atau pengesahan tentang sasaran sebenar peluru berpandu itu.
AS masih belum mengulas mengenai serangan berkenaan.
Insiden itu berlaku ketika AS memperbaharui serangan ketenteraan terhadap Pulau Qeshm di Teluk berhampiran Selat Hormuz yang mempunyai kepentingan strategik.
Penyiar Iran, IRIB, pada Selasa melaporkan tentera AS menyerang beberapa tempat di pulau itu.
AS dan Israel melancarkan perang terhadap Iran pada 28 Februari, manakala Tehran bertindak balas dengan menyerang Israel serta kemudahan ketenteraan AS di negara-negara Arab.
AS dan Iran menandatangani memorandum persefahaman (MoU) pada Jun dan memulakan rundingan, namun rundingan itu kemudiannya tergendala akibat perselisihan mengenai kaedah memastikan pelayaran yang selamat dan bebas melalui Selat Hormuz.
Pertempuran di antara AS dan Iran berlaku dari semasa ke semasa sejak Julai di tengah-tengah usaha berterusan untuk menamatkan peperangan itu. – BERNAMA-ANADOLU


Tiada ulasan:
Catat Ulasan