Selasa, 17 November 2026

BANJIR DATANG LAGI


LEPAS JEREBU

BANJIR

 MENYERBU

AMIN

MALAPETAKA KITA

HADAPI SABAN

TAHUN

AMIN

INI BUKAN

LAGI HUJAN

 BAWA RAHMAT

TAPI UJAN 

BAWA BALA

KHALAS



Hujan lebat, kawasan di Shah Alam, Klang dilanda banjir

SHAH ALAM: Beberapa kawasan di Shah Alam dan Klang dinaiki air susulan hujan lebat petang ini.

Menerusi perkongsian pengguna di aplikasi Threads dan TikTok, kawasan yang terjejas di sekitar i-City, Shah Alam; Jalan Meru ke Pasar Klang; Jalan Kebun Tambahan (Seksyen 30) serta Plaza Tol Kota Kemuning menuju ke Klang.

Kawasan lain turut dilanda banjir adalah Taman Sri Muda, Shah Alam; Sungai Undang, Klang; Sementa, Kapar serta Taman Bayu Perdana.

Paras air yang agak tinggi turut menjejaskan pergerakan sehingga menyebabkan berlaku kesesakan di beberapa kawasan terjejas.

Pengguna media sosial turut meluahkan rasa kecewa dengan kekerapan berlaku kejadian banjir di beberapa kawasan di Selangor.

Sejak awal bulan ini, beberapa kawasan di Selangor sering dilanda banjir kilat apabila berlaku hujan lebat melebihi satu jam.

Media sebelum ini melaporkan, taburan hujan melebihi paras normal bulanan, selain fenomena air pasang besar antara faktor banjir berulang di beberapa kawasan di Selangor awal bulan ini.

Timbalan Pengarah Kanan Pusat Operasi Cuaca dan Gempa Bumi Nasional Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia), Ramlan Ab Rahmat, dilaporkan berkata taburan hujan yang direkodkan di stesen Meteorologi Subang sehingga 10 November lalu melebihi purata bulanan bagi kawasan berkenaan.

Beliau berkata, taburan hujan normal di Selangor bagi November dianggar 400 milimeter (mm), namun jumlah yang direkodkan di Subang mencecah kira-kira 500mm dalam tempoh 10 hari.

Katanya, keadaan itu menunjukkan jumlah hujan diterima dalam tempoh singkat melebihi paras normal bagi keseluruhan bulan berkenaan.

Tiada ulasan: