Selasa, 17 November 2026

ROMPAKAN 6.95 BILION RINGGIT - PALING BESAR DI MALAYSIA


ROMPAKAN 

6.95 BILION 

RINGGIT

AMIN

SATU KERJA

AMAT LUMAYAN

AMIN

TIADA TANGKAPAN

SEMUA SELAMAT

AMIN



181,750 kes tipu dalam talian, rugi RM6.95 bilion

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) merekodkan sebanyak 181,750 kes penipuan dalam talian membabitkan kerugian RM6.95 bilion dengan jenayah telekomunikasi mencatat jumlah kes tertinggi bagi tempoh 2023 hingga Ogos lalu.

Menteri Dalam Negeri, Saifuddin Nasution Ismail, berkata daripada jumlah berkenaan, sebanyak 34,495 kes direkodkan pada 2023, manakala 35,368 kes pada 2024, 66,204 kes pada 2025 dan 45,683 kes lagi bagi tempoh Januari hingga Ogos lalu.

Beliau berkata, secara keseluruhan bagi tempoh berkenaan, jenayah telekomunikasi mencatatkan jumlah kes tertinggi iaitu 69,195 kes, diikuti jenayah e-Dagang, 47,221 kes, manakala love scam merekodkan jumlah kes paling rendah iaitu 3,540 kes.

"Jumlah keseluruhan kerugian yang direkodkan bagi tempoh 2023 hingga Ogos lalu adalah sebanyak RM6.95 bilion.

"Kerugian pada 2023 berjumlah RM1.22 bilion, meningkat kepada RM1.57 bilion pada 2024 dan RM2.97 bilion pada 2025. Bagi tempoh Januari hingga Ogos 2026, kerugian yang direkodkan sebanyak RM1.18 bilion," katanya dalam jawapan bertulis disiarkan di laman sesawang Parlimen.

Beliau menjawab soalan Mohd Hasnizan Harun (PN-Hulu Selangor) mengenai jumlah kes penipuan dalam talian dan kerugian direkodkan setakat tahun ini dan perancangan kementerian untuk memperkenalkan prinsip liabiliti bagi memastikan pihak bank, syarikat telekomunikasi dan platform digital turut bertanggungjawab sekiranya kelemahan sistem mereka menyebabkan penipuan berlaku.

Mengulas lanjut, Saifuddin berkata, berdasarkan modus operandi, pelaburan tidak wujud merekodkan kerugian tertinggi sepanjang tempoh berkenaan iaitu sebanyak RM3.28 bilion, diikuti jenayah telekomunikasi sebanyak RM2.03 bilion, manakala love scam pula mencatatkan kerugian paling rendah iaitu sebanyak RM169.72 juta," katanya.

Beliau berkata, pihaknya melalui PDRM sentiasa memandang serius perkembangan jenayah penipuan dalam talian yang terus menjadi antara cabaran utama jenayah komersial terutama daripada aspek peningkatan bilangan kes dan kerugian kewangan yang ditanggung mangsa.


Tiada ulasan: