RAKYAT DUNIA
NAK AMERIKA
SERANG
AMIN
NAK LIHAT
MAYAT ASKAR USA
DI ATAS PASIR
AMIN
NAK LIHAT
PERANG DUNIA
PECAH
AMIN
NAK WUJUDKAN
DUNIA BARU
TANPA ISRAEL
KHALAS
TEHRAN: Pemimpin tertinggi Iran memberi amaran kepada Amerika Syarikat (AS) dan Israel supaya tidak melancarkan serangan baharu jika mahu mengelakkan pertumpahan darah lebih dahsyat.
Ini susulan ancaman kedua-dua negara itu untuk menyambung semula serangan selepas pilihan raya penting, ketika kebimbangan meningkat terhadap kemungkinan tercetusnya semula pertempuran.
Presiden AS, Donald Trump, memberi bayangan bahawa beliau mungkin melancarkan tindakan ketenteraan baharu selepas AS mengadakan pilihan raya pertengahan penggal pada awal minggu depan.
Bagaimanapun, Setiausaha Negara AS, Marco Rubio, berkata pada Sabtu: "Jika terdapat penyelesaian diplomatik, kami terbuka kepada pilihan itu".
Di Israel, yang baru selesai mengadakan pilihan raya umum, Perdana Menteri Benjamin Netanyahu menyifatkan keadaan ketika ini sebagai 'peluang bersejarah yang hanya muncul sekali' untuk menjatuhkan kerajaan Iran.
Pilihan raya di kedua-dua negara itu berpotensi menentukan hala tuju konflik berkenaan. Israel mengadakan pilihan raya pada Selasa, namun masih belum membentuk kerajaan baharu.
"Sebarang ancaman, tanpa mengira tahap atau bentuknya, mesti dibalas dengan tindakan segera, berkesan dan tanpa batasan geografi," kata Pemimpin Tertinggi Iran, Mojtaba Khamenei, ketika berucap kepada komander kanan tentera, menurut satu kenyataan.
Khamenei turut mengarahkan komander tentera mengemas kini senarai sasaran Iran dengan memasukkan 'semua jenis aset ketara dan tidak ketara milik musuh Amerika-Zionis'.
Iran sebelum ini memberi amaran bahawa negara itu akan mempertimbangkan tindakan memotong kabel dasar laut di Selat Hormuz.
Pertemuan itu adalah yang pertama dilaporkan antara Khamenei dengan pegawai kanan tentera.
Pemimpin tertinggi itu tidak muncul di khalayak ramai sejak sebelum mengambil alih kepimpinan pada Mac lalu, selepas bapanya, Ayatollah Ali Khamenei, terbunuh dalam serangan AS-Israel.
Pihak Iran terus bertegas dengan amaran terhadap sebarang serangan baharu pada Sabtu.
Jurucakap tentera Iran, Mohammad Akaraminia, berkata sebarang penyambungan semula permusuhan hanya akan memperluas skop peperangan.
"Api peperangan sudah pasti akan merebak ke kawasan geografi yang jauh lebih luas," katanya menerusi media sosial.
Menteri Luar Iran, Abbas Araghchi, pula memberi amaran menerusi platform X bahawa selepas ini, tiada lagi 'garis merah'. - AFP


Tiada ulasan:
Catat Ulasan