Isnin, 9 November 2026

JIKA MALAON INI YB PAS APA AKAN BERLAKU


JIKA MALAON INI

YB PAS APA

AKAN BERLAKU?

AMIN

NAMA GAMBAR

ALAMAT RUMAH

PASTI DISIAR

AMIN

TAPI MALAOAN IN

PARTI APA?

PKR ATAU DAP?

JENG JENG JENG

KHALAS


ADUN pukul isteri: Kertas siasatan dihantar kepada DPP


GEORGE TOWN – Kertas siasatan berhubung dakwaan seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di negeri ini memukul isterinya telah diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya (DPP) untuk arahan lanjut.

Ketua Polis Pulau Pinang, Dennis Lim Kwang Keng berkata, pihaknya kini sedang menunggu arahan untuk tindakan selanjutnya berhubung kes berkenaan.

“Kertas siasatan sudah dirujuk kepada DPP,” katanya ringkas.

Media sebelum ini melaporkan polis telah merekodkan keterangan empat termasuk ADUN berkenaan dan isterinya bagi membantu siasatan kes tersebut.

Dennis Lim berkata, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan.

Insiden itu merupakan kes kedua membabitkan dakwaan keganasan rumah tangga melibatkan ADUN di Pulau Pinang.

Pada 27 Februari lalu, ADUN Pantai Jerejak, Fahmi Zainol mengaku tidak bersalah atas pertuduhan dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap isterinya, Nur Hidayah Abd Jabar mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 326A kanun sama. – 

Tiada ulasan: