MODI
KAWAN BAIK
ANWAR
BIN IBRAHIMAN
PADAMKAN NAMA
PENGUNDI ISLAM
AMIN
UNTUK PASTIKAN
MODI TERUS
BERKUASA
KHALAS
NEW DELHI: Parti-parti pembangkang India mengadakan perhimpunan di New Delhi, semalam, bagi membantah tindakan berkaitan dakwaan nama pengundi digugurkan daripada daftar pemilih di seluruh negara, lapor Anadolu Ajansi (AA).
Protes besar-besaran tercetus susulan laporan pada September lalu bahawa dua pesuruhjaya pilihan raya telah menyuarakan kebimbangan kepada Ketua Pesuruhjaya Pilihan Raya, Gyanesh Kumar, berhubung keputusan berkait penyemakan daftar pemilih di beberapa negeri dan wilayah persekutuan.
Penunjuk perasaan mendesak Kumar untuk meletak jawatan.
Semalam, ribuan orang menghadiri perhimpunan protes di Ramlila Maidan, New Delhi, dengan parti pembangkang utama, Kongres, menegaskan 'apabila demokrasi diserang, berdiam diri bukan satu pilihan.'
Pemimpin daripada blok pembangkang, INDIA, turut menyertai protes semalam.
Pakatan INDIA yang dianggotai lebih sedozen parti pembangkang, mengumumkan akan mengadakan lebih banyak bantahan berhubung isu itu.
Suruhanjaya Pilihan Raya telah melaksanakan proses penyemakan intensif khas (SIR) terhadap daftar pemilih di beberapa negeri.
Pembangkang mendakwa bahawa sejumlah besar nama pengundi telah digugurkan daripada daftar pemilih, namun dakwaan itu dinafikan pihak berkuasa.
Mengulas perhimpunan berkenaan, parti pemerintah Bharatiya Janata Party (BJP) menyifatkannya sebagai 'konspirasi yang disengajakan untuk menjerumuskan negara ke dalam keadaan anarki atas nama demokrasi.'
"Ini merupakan sandiwara bodoh yang dirancang dengan teliti oleh mereka yang telah kalah dan berulang kali ditolak oleh rakyat, sesuatu yang difahami dengan jelas oleh orang ramai," kata menteri India yang juga pemimpin kanan BJP, Jagat Prakash Nadda, semalam.


Tiada ulasan:
Catat Ulasan