PAK TANI
KUMPUL SUSUN
ATUR
AMIN
JANGAN MERAYU
TUNTUT HAK
AMIN
PADI MILIK
PAK TANI
AMIN
ULANGI BALING 74
SEMUA TUNTUTAN
BAWA KE JALAN
RAYA
KHALAS
Pesawah rayu kerajaan naikkan harga lantai padi kepada RM1,800 satu tan
KANGAR: Seramai 150 pesawah dari Kelompok Kampung Ujung Bukit, Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Bintong di sini, merayu kerajaan menyemak semula harga lantai belian padi daripada RM1,500 kepada RM1,800 satu tan bagi meringankan beban hutang mereka.
Wakil pesawah, Kamarul Nizam Kassim, 44, berkata kos pengurusan sawah bagi kawasan seluas 82 hektar (285 relung) di situ, meningkat mendadak berikutan kenaikan harga racun dan caj perkhidmatan jentera, sedangkan hasil tuaian musim ini merosot teruk.
Katanya, faktor cuaca dan masalah bekalan air menyebabkan jadual penanaman lewat sehingga sebahagian pesawah hanya memperoleh hasil kira-kira 500 kilogram (kg) serelung dengan pulangan tidak sampai RM1,000, berbanding purata dua tan pada musim kebiasaan.
"Selain merayu kenaikan harga lantai dan subsidi diesel untuk jentera pertanian, kami amat tertekan dengan kadar potongan pemutuan padi di kilang yang terlalu tinggi sehingga mencecah 26 hingga 50 peratus, berbanding kadar biasa sekitar 20 peratus.
Disyorkan
SRG juara MPL Malaysia kali keenam berturut-turut
Selangor catat kemenangan keenam
Iran serah bukti serangan AS-Israel ke atas pelabuhan, infrastruktur maritim kepada IMO
Mufti Menk ziarah Dr Mahathir
"Lebih menyukarkan keadaan, ada pusat belian padi berdekatan sudah ditutup lebih awal walaupun proses menuai masih belum selesai, menyebabkan kami terpaksa menghantar padi ke pusat belian swasta yang jauh dengan kos tambang lori yang tinggi," katanya ketika ditemui di sini, hari ini.
arrow_forward_iosRead more
Pause
00:00
00:05
01:00
Mute
Kamarul Nizam turut memohon kerajaan mempertimbangkan semula penyaluran bantuan wang ihsan sementara menunggu hasil tuaian bernilai RM600 bagi meringankan beban majoriti pesawah yang kini berhutang dengan pihak kelompok bagi kos benih, traktor dan mesin menuai.
Pesawah, Azizan Othman, 47, berkata kos keseluruhan mengusahakan sawah termasuk upah penyemburan racun dan baja menggunakan dron kini mencecah RM1,400 serelung, belum termasuk bayaran sewa tanah antara RM300 hingga RM500.
"Sekiranya ditolak semua kos operasi dan sewa tanah, pesawah hanya tinggal baki kira-kira RM400 untuk bertahan selama empat bulan, atau bersamaan RM100 sebulan.
"Disebabkan terbeban dengan hutang pusingan modal serta masalah pengairan yang memerlukan kos tambahan membeli diesel untuk mengepam air, dianggarkan 30 peratus pesawah termasuk saya sendiri terpaksa mengambil keputusan tidak mengusahakan sawah pada musim kedua ini," katanya.
Pesawah warga emas, Hasidan Othman, 74, berkata serangan penyakit dan masalah padi hampa menyebabkan timbangan hasil tuaian menjadi ringan, sekali gus menjejaskan pendapatan mereka secara keseluruhannya.
"Racun subsidi dibekalkan tidak mencukupi dan tidak mampu mematikan semua jenis rumput, memaksa kami mengeluarkan modal sendiri membeli racun tambahan.
"Walaupun tahu terpaksa menanggung rugi dan hutang keliling pinggang, kami sudah tua ini ibarat terpaksa untuk terus turun ke bendang kerana inilah satu-satunya punca rezeki kami sejak puluhan tahun lalu," katanya.
FINAS teliti trend harga tiket pawagam seluruh negara


Tiada ulasan:
Catat Ulasan