Isnin, 16 November 2026

MENULIS SAJAK DI PANGGIL POLIS


KAH KAH KAH

APA JADI BRO

KAH KAH KAH

AMIN

INI KERAJAAN

ANWAR 

BIN IBRAHIM

LU TULIS SAJAK

LU KENA PERGI

RUMAH PASUNG

KAH KAH KAH

KHALAS

Hassan dipanggil ke Bukit Aman petang ini untuk siasatan sajak Patik Tak Rela


JOHOR BAHRU – Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim akan dipanggil untuk siasatan hari ini berhubung sajak bertajuk Patik Tak Rela yang dimuat naik dalam Facebook miliknya kelmarin.

Menurutnya, beliau diminta hadir ke Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Kuala Lumpur pukul 3 petang ini.

“Saya akan disiasat di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia,” ujarnya ketika dihubungi.

Kelmarin Hassan membuat naik sajak tersebut yang dipercayai merujuk kes Datuk Seri Najib Razak yang dibenarkan menjalani baki hukuman penjara di rumah selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong.

Hassan meluahkan rasa ketidakpuashatiannya terhadap keputusan tersebut dan sedia diambil tindakan kerana menulis sajak tersebut.- MalaysiaGazette

Tiada ulasan: