AWAL DULU
MADINAH MEKAH
KENA DRON
AMIN
DU BUKTIKAN
ITU KERJA ISREAL
AMIN
MUSTAHIL HOUTHI
TAK TAHU
MEKAH KOTA SUCI
AMIN
INI PROJEK
SALAH BENDERA
ZIONIS ISRAEL
AMIN
DILAKUKAN
TARIK ORANG
ISLAM SOKONG
SAUDI & LAWAN
ANSARALLAH
KHALAS
Pakatan diketuai Arab Saudi pintas dua dron Houthi di wilayah Makkah
ISTANBUL: Pakatan diketuai Arab Saudi pada Ahad memaklumkan pihaknya memintas dan memusnahkan dua dron yang dilancarkan kumpulan Houthi di ruang udara wilayah Makkah, barat Arab Saudi.
Jurucakap pakatan itu, Turki al-Maliki mengumumkan tindakan pemintasan berkenaan menerusi satu kenyataan di platform X, tanpa memberikan butiran mengenai kemungkinan kecederaan atau kerosakan.
Terdahulu, pakatan itu memaklumkan bahawa pihaknya memintas dan memusnahkan dua peluru berpandu balistik yang dilancarkan kumpulan Houthi ke arah Riyadh serta dua dron di ruang udara Wilayah Timur Arab Saudi.
Menurut laporan Anadolu Ajansi, bagaimanapun, pakatan itu tidak mengenal pasti pihak yang melancarkan dron yang dipintas di wilayah berkenaan.
Setakat ini, tiada sebarang ulasan daripada kumpulan Houthi mengenai kenyataan itu.
Kumpulan berkenaan sebelum ini menafikan bahawa mereka menyasarkan wilayah Makkah.
Kumpulan Houthi meningkatkan serangan terhadap Arab Saudi sejak Julai dengan menggunakan peluru berpandu balistik, peluru berpandu krus dan dron untuk menyasarkan lapangan terbang, kemudahan minyak serta lokasi lain.
Riyadh mengetuai pakatan tentera yang menyokong kerajaan Yaman yang diiktiraf di peringkat antarabangsa sejak Mac 2015.
Kumpulan Houthi menawan ibu negara Yaman, Sanaa, serta beberapa wilayah lain pada September 2014.


Tiada ulasan:
Catat Ulasan