Sabtu, 7 November 2026

NAJIB KAKI HURU HARA


NAJIB TERSU

HURU HARAKAN

POLITIK NEGARA

KHALAS




Jika masih ada halangan, kenapa terima bayaran RM50 juta itu, soal anak Najib


KUALA LUMPUR – Nooryana Najwa Najib menzahirkan rasa kecewa susulan kenyataan Jabatan Peguam Negara (AGC) yang menangguhkan pelaksanaan tahanan rumah terhadap bapanya,  Najib Razak.

Menurut beliau selepas pembayaran denda RM50 juta dibuat pada 12 tengah hari tadi dan perintah mahkamah diserah kepada pihak Penjara Kajang, keluarga dimaklumkan bahawa Najib akan pulang ke rumah di Langgak Duta, Kuala Lumpur sekitar jam 5 petang.

Tiada asas untuk Jabatan Peguam Negara terkeliru – Hasnal Rezua



KUALA LUMPUR – Kenyataan media Jabatan Peguam Negara (AGC) berhubung pelaksanaan tahanan rumah Najib Razak didakwa bertujuan meneruskan ketidakadilan terhadap bekas Perdana Menteri itu.


Ketua UMNO Bahagian Selayang, Hasnal Rezua Merican berkata, kenyataan AGC semalam disifatkan sebagai satu usaha untuk terus memenjarakan Najib tanpa justifikasi undang-undang.

Beliau berkata, perintah pengampunan bertarikh 18 September 2026 yang diperkenankan Yang di-Pertuan Agong difahami sebagai membolehkan Najib menjalani baki hukuman penjara secara tahanan di rumah sehingga 23 Ogos 2028, tertakluk kepada pembayaran denda RM50 juta.

Menurutnya, perkataan ‘tertakluk’ dalam perintah berkenaan difahami sebagai prasyarat pembayaran denda sebelum pelaksanaan tahanan di rumah.

Katanya, Jabatan Penjara Malaysia juga tidak pernah menunjukkan kekeliruan mengenai perkara itu apabila terus menahan Najib selagi denda berkenaan belum dijelaskan.




Tiada ulasan: