Sabtu, 7 November 2026

TOLAK BANGKAI - JADI VEGETERIAN


TAK MAHU

MAKAN BANGKAI

MASUK MAZHAB

MAYUR

AMIN

SUCI BERSIH

SEHAT SENTIASA

KHALAS


Mohon sijil halal secara sukarela tidak selesai isu ayam 'bangkai'


KUALA LUMPUR: Pemilik syarikat rumah sembelih perlu diwajibkan memiliki Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) bagi mengatasi isu kekeliruan umat Islam mengenai status halal.

Sumber berkata, perkara itu amat mendesak pada masa ini berikutan pelbagai pendedahan media yang menyentuh mengenai makanan orang Islam.

Beliau berkata, mewajibkan sijil halal adalah satu-satunya penyelesaian bagi menyelamatkan umat Islam daripada terdedah kepada risiko termakan ayam 'bangkai' seperti yang berlaku baru-baru ini.

Katanya, masih ada rumah sembelih yang tidak mematuhi bukan sahaja kebersihan, tetapi lebih membimbangkan tidak mematuhi kaedah penyembelihan berasaskan syarak.

Katanya, usaha untuk mewajibkan SPHM membabitkan semua pengusaha rumah sembelih, restoran dan syarikat yang menghasilkan produk makanan pernah dikemukakan dengan usul itu dibawa ke Kabinet pada 2024.

Bagaimanapun, usaha itu tidak dapat direalisasikan kerana mendapat bantahan Jemaah Menteri. Antara alasan dikaitkan dengan keputusan itu adalah dasar mandatori halal akan memberi implikasi negatif kepada pengusaha bukan Islam, seolah-olah dipaksa untuk memohon sijil halal.

"Bukan tidak pernah ada usaha untuk wajibkan SPHM dalam kalangan pengusaha makanan daripada rumah sembelih, pemilik restoran dan syarikat yang mengeluarkan makanan, malah pernah dibawa ke Kabinet pada 2024.

"Namun, Kabinet tak setuju ketika itu kerana bimbang kecaman negatif daripada pihak yang membantah dasar itu. Sebab itu, akhirnya sehingga kini masih kekal dengan dasar sama, selepas 52 tahun sijil halal Malaysia diperkenalkan, kita pilih untuk mundur ke belakang," kata sumber berkenaan.

Timbul isu kekeliruan

Penetapan dasar halal secara sukarela ini menyebabkan timbul isu kekeliruan khususnya dalam kalangan orang Islam mengenai status halal sesebuah pengeluar makanan.

Semakan BH berdasarkan jawapan lisan yang dipaparkan dalam laman sesawang Parlimen bertarikh 14 Oktober 2024, kerajaan memutuskan untuk mengekalkan dasar sedia ada berhubung pensijilan halal iaitu bersifat sukarela yang dilaksanakan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) dan Majlis Agama Islam Malaysia (MAIN).

Untuk rekod, dasar terbabit yang menetapkan permohonan halal secara sukarela dalam kalangan pengusaha tidak pernah dirombak sejak ia mula diperkenalkan pada 1974.

Tiada ulasan: