Selasa, 3 Januari 2012

JEMPUTAN 901 DARI PAKATAN RAKYAT
















KETERDESAKAN MELAMPAU UMNO/BN SEMAKIN TERSERLAH

Dalam pada rakyat Malaysia menyambut ketibaan tahun baru 2012 dengan pelbagai cara dan keraian tersendiri yang rata-ratanya disuburi semangat kesetiakawanan dan perpaduan pelbagai kaum, UMNO dan Barisan Nasional masih terus dengan sifat angkuh mereka dan beranggapan bahawa rakyat negara ini sangat mudah diperdaya dan sewenang diperbodoh.

Keterdesakan UMNO dan Barisan Nasional di bawah pimpinan Perdana Menteri Najib Razak semakin terserlah dan jelas tidak boleh diselindung lagi. Perkiraan Najib untuk membubarkan Parlimen dan mengadakan pilihanraya umum dalam tempoh terdekat ini bakal mengundang padah yang besar bagi dirinya dan isteri beliau Rosmah, serta pada keseluruhan parti usang UMNO dan Barisan Nasional.

Umum mengetahui bahawa strategi serangan terhadap Anwar Ibrahim adalah usaha terus-terusan UMNO dan Barisan Nasional, dan menghumban Anwar ke dalam penjara dianggap bakal memberi sedikit nyawa untuk mereka terus wujud dan merompak harta rakyat dan Negara.

Terbaru sekali adalah kepolokkan Utusan Malaysia dan Berita Harian, media pembohong milik UMNO yang cukup pantas memetik dan memperbesar kenyataan Raja Petra Kamaruddin tentang fitnah dan tohmahan kes salahlaku seks terhadap Anwar Ibrahim di muka hadapan akhbar masing-masing. Umum tidak harus lupa bahawa Raja Petra Kamaruddin, yang kini semakin diketahui sebagai ‘blogger upahan UMNO’ juga pernah membuat kenyataan bersumpah bahawa Najib dan Rosmah terlibat dalam pembunuhan kejam model Mongolia Altantuya Shariibu tidak lama dahulu yang walaubagaimanapun, sememangnya dan tentunya tidak dilapor langsung oleh akhbar-akhbar ini.

Fitnah pertuduhan meliwat oleh Anwar Ibrahim yang selama ini menjadi ancaman kepada Najib dan Rosmah bakal diputuskan oleh Mahkamah Tinggi tanggal 9 Januari 2012 ini. Terdesaknya UMNO adalah apabila belum apa-apa, hasrat rakyat kebanyakan untuk keluar memberi sokongan kepada Anwar terus dianggap sebagai cubaan mencetuskan huru-hara. Harus ditekankan bahawa Anwar Ibrahim merupakan Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia, Ahli Parlimen Permatang Pauh dan Ketua Umum Parti KEADILAN Rakyat. Sebagai seorang pemimpin politik, tentunya beliau mempunyai pengikut dan penyokongnya. Kehadiran pengikut dan penyokong Anwar dan anggota-anggota Parti KEADILAN Rakyat bagi menunjukkan sokongan terhadap beliau tidak harus dianggap sebagai cubaan menghuru-harakan negara. Dari nada pimpinan UMNO dan media milik UMNO berhubung perkara ini kebelakangan ini serta dari pengalaman lampau, saya dapat menjangka bahawa UMNO sendirilah yang akan mencetuskan provokasi pada hari tersebut. Saya sekali lagi menyeru kalangan anggota dan penyokong Parti untuk berhati-hati dan tidak terjebak dengan perangkap UMNO dan Barisan Nasional yang ingin menjadikan 9 Januari ini suatu hari hitam dalam diari perjuangan kita.

Nyata keterdesakan UMNO dan Barisan Nasional untuk terus mengekang dan memadam kebangkitan rakyat telah menjangkau ke tahap kritikal. UMNO dan Barisan Nasional kini umpama ‘telur di hujung tanduk’. Rakyat dan pengundi negara ini telah celik dan cukup sedar bahawa UMNO dan Barisan Nasional telah gagal dalam melaksanakan tanggungjawab yang dimandatkan untuk memimpin negara dan membela nasib mereka. Kesemua penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa pimpinan UMNO dan Barisan Nasional yang telah dibongkar masih belum dapat dijawab oleh Najib dan kabinetnya. Malah dalam kes syarikat Fidlot Nasional, rakyat masih terus dibohong apabila siasatan dan pertuduhan hanya dibuat terhadap lelaki yang disyaki menipu suami kepada Ketua Wanita UMNO Shahrizat Jalil yang juga Pengerusi Eksekutif syarikat itu sendiri dan tidak terhadap pengarah-pengarah syarikat, yang terdiri dari anak-anak mereka mahu pun Shahrizat sendiri.

Rakyat sudah semakin jelek dan bosan dengan cubaan UMNO dan Barisan Nasional untuk terus membohongi dan mengabui mata rakyat. Pendedahan penyalahgunaan wang zakat oleh Ketua Audit Negara oleh Menteri Jamil Khir terus dipertahan. Kezaliman dan penindasan terhadap peneroka-peneroka dalam merebut kekayaan FELDA oleh pemimpin tertentu UMNO terus dipertingkat dan digalakkan. Kebangkitan mahasiswa menuntut penghapusan AUKU dan hak dan kebebasan bersuara serta menentang kezaliman dan kebobrokan UMNO dan Barisan Nasional segera ditentang dengan kekejaman dan kekerasan Polis. Dalam pada itu, usaha memporak-perandakan perpaduan rakyat berbilang kaum di negara ini masih dileluasakan.

Saya ingin menyeru dan berpesan kepada rakyat dan pengundi negara ini untuk terus menolak UMNO dan Barisan Nasional yang semakin nyata dalam keadaan keterdesakan yang melampau.

Sekian, terima kasih.


SAIFUDDIN NASUTION ISMAIL
SETIAUSAHA AGUNG
PARTI KEADILAN RAKYAT

2 JANUARI 2012


Isnin, 2 Januari 2012

TOLONG JANGAN BUAT FITNAH




KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH



woit...MEMANG BETUL ...LAMAN BUAT FITNAH.... kah kah kah..

kah kah kah...MANA ADA POLIS PUKUL.... kah kah kah...

kah kah kah...ITU MAHASISWA PUKUL DIRI MEREKA SENDIRI.... kah kah kah..

kah kah kah...BELAJAR DARI MADEY.... SELF INFLICTED..... kah kah kah


MAHASISWA CEDERA PUKUL DIRI SENDIRI












BLOG FITNAH POLIS CEDERAKAN PENUNTUT UNIVERSITI DI SIASAT
- meloay

KUALA LUMPUR 2 Jan. — Polis akan menubuhkan satu pasukan khas bagi menyiasat dakwaan berunsur fitnah dalam beberapa blog berhubung isu penuntut universiti dipukul polis dalam satu perhimpunan haram di Perak semalam.

Ketua Polis Perak, Datuk Mohd. Shukri Dahlan berkata polis juga mempunyai bukti-bukti yang kukuh untuk menyangkal fitnah yang dilemparkan itu.

"Semasa perhimpunan haram itu, beberapa jurugambar dan jururakam polis ditugaskan untuk merakamkan kejadian tersebut sebagai bukti polis tidak menggunakan kekerasan termasuk mencederakan mana-mana penuntut.

"Oleh itu, saya telah mengarahkan satu kajian dilakukan pasukan khas tersebut bagi menunjukkan dakwaan yang dilemparkan itu adalah tidak benar,” katanya ketika dihubungi pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata, sekiranya dakwaan yang dibuat dalam blog tersebut terbukti palsu, polis akan mengambil tindakan sewajarnya bagi mempastikan tuduhan memfitnah pasukan keselamatan itu tanpa usul periksa tidak berulang. — TIEWNAMA





RAJA PETRA MENIPU





FAEKAH HUSIN




KENYATAAN AKHBAR
2 JAN 2012
RAJA PETRA PERLU BERI MAKLUMAT LANJUT DAKWAAN RASUAH


Saya terpanggil untuk memberi komen selepas membaca temubual eksklusif bekas rakan reformasi yang juga Penulis Blog, Raja Petra Kamaruddin (RPK) bersama akhbar-akhbar milik UMNO yang disiarkan semalam.

Meskipun saya menghormati hak RPK melakukan analisa politiknya namun saya berasa mushkil dan sesungguhnya hanya beliau seorang sahaja yang mengetahui logik sebenar kenyataan tersebut.

Pada masa yang sama saya percaya rakyat boleh menilai sendiri kenyataan dan dakwaan yang dibuat oleh RPK seperti disiarkan The Sunday Times dan Berita Minggu- dua akhbar yang dulunya pernah mengkritik dan mengutuk RPK secara keras kerana menentang Kerajaan Barisan Nasional.

Walau apapun sebab yang membawa kepada tindakan akhbar-akhbar tersebut bertukar selera serta ghairah memberi keistimewaan kepada RPK, yang pasti RPK harus bertanggungjawab ke atas apa yang beliau telah katakan.

Tuduhan beliau bahawa wujud amalan rasuah di Selangor; duit kopi yang melibatkan para usahawan berbangsa Cina, adalah tuduhan serius. Kami menuntut RPK untuk tampil memberikan butiran lanjut kepada Kerajaan Negeri dan pihak berwajib agar penyiasatan terperinci dapat dilakukan.

Kerajaan Negeri bersedia membayar kos perjalanan RPK ke Pejabat Pentadbiran Kerajaan kerana untuk makluman RPK Kerajaan Negeri Selangor telah memperuntukkan sejumlah RM15 juta untuk membasmi rasuah dan penyalahgunaan kuasa di Negara ini khususnya di Selangor. Jumlah tersebut termasuk di dalam Geran Selangorku yang diumumkan oleh YAB Dato’ Menteri Besar ketika pembentangan Belanjawan 2012 yang lalu.

Sesungguhnya inilah sekecil-kecil jasa yang beliau boleh lakukan untuk membantu kerajaan yang benar-benar mahu membenteras rasuah; apatah lagi beliau sendiri dari darah bangsawan negeri Selangor. RPK tidak seharusnya melemparkan dakwaan liar hanya semata-mata mahu memperlekeh usaha Kerajaan Negeri untuk mewujudkan sebuah pentadbiran yang baik, bersih dan penuh pertanggungjawaban.

Kami sesungguhnya simpati dan amat memahami kekecewaan beliau yang terpaksa hidup dalam buangan di tengah-tengah permasalahan peribadi yang beliau hadapi, tetapi dengan melemparkan dakwaan liar sebegini tidak akan membantu membawanya pulang ke negara ini. Sebaliknya ianya hanya akan mencemarkan lagi imejnya yang sudah sediakala tercalar.

Rata-rata teman reformasi yang sempat dihubungi serta rakyat biasa, telahpun membuat kesimpulan bahawa RPK begitu terdesak serta mengharapkan kebebasan dan dibenarkan pulang ke negara ini. Insuransnya mudah; tohmahan dan fitnah terhadap Kerajaan Negeri Selangor dan Penasihat Ekonomi Negeri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai serangan awal menghadapi pilihan raya umum.


FAEKAH HUSIN
SETIAUSAHA POLITIK KEPADA
YAB DATO’ MENTERI BESAR SELANGOR




DEMONSTRASI TELAH MENJADI BUDAYA KITA




KENAPA SIKIT SANGAT YANG TURUN?









GABUNGAN 11 NGO berhimpun secara aman sebelum menyerahkan laporan bagi membantah Kempen Bebaskan Anwar 901 di IPD Kluang, Johor, semalam.


11 NGO TURUN BERDEMO

syabas kerana sudah pandai berdemo
ada 11 ngo turun berdemo
kalau di kira dalam gambar ini ada 26 orang sedang berdeo
syabas!

untuk berlaku adil kita anggap seorang tukang ambil gambar - jadi 27
seorang lagi pergi tandas - jadi 28
seorang lagi sedang buat pangilan - jadi 29
seorang lagi tak pakai stokin tak mahu bergambar - jadi 30

ertinya ada 30 orang untuk 11 ngo

kepala bana apa 11 ngo ada ahli 30 orang
kah kah kah
kah kah kah
kah kah kah

rumah china doll di brickfiled
lebih dari 30 orang
kah kah kah

woit
lihat gambar dibawa
itu baru dipangil demo

mari datang 901 ini
tengok cara buat demo
kah kah kah



INI CONTOH BERDEMONSTRASI







LAGI TENTANGAN KEMPEN BEBASKAN ANWAR 901
- meloya

JOHOR BAHRU 1 Jan. - Kempen Bebaskan Anwar 901 terus mendapat tentangan pelbagai pihak termasuk di negeri ini yang mana kebanyakan daripada mereka menyifatkan ia sebagai taktik Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk melepaskan diri dengan menyalahkan kerajaan atas segala perkara yang tidak menyebelahi beliau.

Ketua Penerangan Majlis Penyelaras Gabungan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Melayu Johor (Gabung), Abdullah Md. Yusof meminta semua rakyat negeri ini agar tidak menyahut seruan menyertai demonstrasi jalanan tersebut kerana ia sama seperti perhimpunan Bersih 2.0 yang menimbulkan keadaan huru-hara.

"Sebenarnya ramai orang sudah bosan dengan sebarang perkara berkaitan Anwar, ini adalah antara helah untuk kononnya kekal relevan dalam politik.

"Kempen Bebas Anwar 901 ini sudah tentu menuduh sistem kehakiman tidak adil jika Anwar didapati bersalah oleh mahkamah, tetapi bersorak jika pemimpin pembangkang itu dibebaskan.

"Syukur ramai rakyat kita yang matang dan tidak terpengaruh dengan ajakan ke jalanan seperti ini. Akan tetapi polis dan pihak berkuasa perlu mengambil tindakan segera bagi mengatasi segelintir golongan yang cuba membuat onar, jangan bila mereka dah berhimpun baru bertindak," katanya.

BELAJAR DARI SINI




SELAMAT TAHUN BARU DARI ZUNAR



NOTA

ketika tukar tiub mengajukan
selamat menyambut mauludul rassul nabi isa
terlalu banyak komen yang sampai
semua nak jadi lebih puteh dari puteh
semua nak jadi lebih suci dari sabun breeze

peliknya bila datang tahun baru 1 januari
tak ada sesiapa yang komen
semua jadi teloooo
kah kah kah

ini kerana mereka tidak membaca
ini kerana mereka tidka tahu
bahawa ini adalah kalender gregorian

kalender ini di buat oleh pope gregory X111
pada 24 febuarari 1582
kah kah kah

kenapa tak meloncat mengambur
semua ikut kalender ini
kah kah kah

nota:
tak caya sila tanya
lebai google
kah kah kah




SELAMAT TAHUN BARU DARI ZUNAR














NOTA:
mereka yang di luar kuala lumpur
sila beli tiket bas
sila beli tiket kereta api
sila kongsi kongsi datang ke kl

sila tempah hotel
sila cari rumah tumpangan

ini jemputan kenduri
pada pagi 9 januari ini



ANAK MUDA BANGUN MELAWAN





TURUN BERAMAI RAMAI











KENYATAAN MEDIA
1 JANUARI 2012

HIMPUNAN BEBAS AKADEMIK: KEGANASAN POLIS TERHADAP MAHASISWA DIKECAM


Angkatan Muda KEADILAN (AMK) mengecam sekeras-kerasnya tindakan pihak polis yang menggunakan kekerasan terhadap mahasiswa yang berhimpun secara aman di depan Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) di Tanjung Malim, Perak awal pagi tadi. Pengerusi Gerakan Kebebasan Akademik (BEBAS) saudara Safwan Anang dilaporkan masih lagi terlantar di Hospital Slim River, Perak akibat patah tulang rusuk kesan dari tindakan ganas pihak polis. Rakaman video insiden tersebut yang kini telah dimuatnaik di beberapa laman sosial di internet juga jelas menunjukkan bahawa pihak polis telah bertindak keterlaluan tatkala meleraikan demonstrasi aman tersebut.

AMK menyifatkan peristiwa ini sebagai suatu tragedi hitam dalam sejarah gerakan kebebasan akademik dan merupakan satu bentuk penghinaan terhadap mahasiswa. Apakah layak bagi sekumpulan mahasiswa yang berhimpun bagi tujuan menuntut kebebasan akademik dilayan dan diperlakukan sedemikian zalim oleh pihak berkuasa? Insiden ini jelas menzahirkan bahawa pentadbiran Dato’ Sri Najib Razak tidak serius dalam usaha meminda Akta Universiti Kolej Universiti (AUKU) dan ianya tidak lebih sekadar gimik politik murahan dalam menghadapi Pilihan Raya Umum akan datang.

Apa yang berlaku semalam membuktikan bahawa pendekatan pentadbiran Dato’ Sri Najib kini semakin mirip kepada kaedah otokratik yang diamalkan oleh mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad. Ini jelas bertentangan dengan janji beliau sendiri kononnya untuk menjadi pemimpin yang mendengar suara rakyat dan mesra anak muda. Harus diingat bahawa kejatuhan rejim di Tunisia dan Mesir bermula tatkala pihak berkuasa bertindak zalim dengan menindas anak muda dan mahasiswa. Peristiwa yang berlaku awal pagi tahun baru 2012 ini secara tersirat menandakan bermulanya kejatuhan rejim UMNO-Barisan Nasional.

Justeru, AMK menuntut supaya satu siasatan menyeluruh dijalankan terhadap insiden keganasan ini dan anggota polis yang bertanggungjawab mencederakan mahasiswa dihadapkan ke muka pengadilan. Kami juga menuntut supaya Menteri Dalam Negeri yang bertanggungawab terhadap pasukan polis supaya memohon maaf kepada mahasiswa yang dizalimi serta ahli keluarga mereka. AMK juga menawarkan khidmat guaman kepada semua mahasiswa yang terlibat sekiranya mereka berhasrat untuk mengambil tindakan perundangan terhadap pihak polis.


SHAMSUL ISKANDAR MOHD AKIN
Ketua Angkatan Muda KEADILAN