Isnin, 2 Januari 2012

RAJA PETRA MENIPU





FAEKAH HUSIN




KENYATAAN AKHBAR
2 JAN 2012
RAJA PETRA PERLU BERI MAKLUMAT LANJUT DAKWAAN RASUAH


Saya terpanggil untuk memberi komen selepas membaca temubual eksklusif bekas rakan reformasi yang juga Penulis Blog, Raja Petra Kamaruddin (RPK) bersama akhbar-akhbar milik UMNO yang disiarkan semalam.

Meskipun saya menghormati hak RPK melakukan analisa politiknya namun saya berasa mushkil dan sesungguhnya hanya beliau seorang sahaja yang mengetahui logik sebenar kenyataan tersebut.

Pada masa yang sama saya percaya rakyat boleh menilai sendiri kenyataan dan dakwaan yang dibuat oleh RPK seperti disiarkan The Sunday Times dan Berita Minggu- dua akhbar yang dulunya pernah mengkritik dan mengutuk RPK secara keras kerana menentang Kerajaan Barisan Nasional.

Walau apapun sebab yang membawa kepada tindakan akhbar-akhbar tersebut bertukar selera serta ghairah memberi keistimewaan kepada RPK, yang pasti RPK harus bertanggungjawab ke atas apa yang beliau telah katakan.

Tuduhan beliau bahawa wujud amalan rasuah di Selangor; duit kopi yang melibatkan para usahawan berbangsa Cina, adalah tuduhan serius. Kami menuntut RPK untuk tampil memberikan butiran lanjut kepada Kerajaan Negeri dan pihak berwajib agar penyiasatan terperinci dapat dilakukan.

Kerajaan Negeri bersedia membayar kos perjalanan RPK ke Pejabat Pentadbiran Kerajaan kerana untuk makluman RPK Kerajaan Negeri Selangor telah memperuntukkan sejumlah RM15 juta untuk membasmi rasuah dan penyalahgunaan kuasa di Negara ini khususnya di Selangor. Jumlah tersebut termasuk di dalam Geran Selangorku yang diumumkan oleh YAB Dato’ Menteri Besar ketika pembentangan Belanjawan 2012 yang lalu.

Sesungguhnya inilah sekecil-kecil jasa yang beliau boleh lakukan untuk membantu kerajaan yang benar-benar mahu membenteras rasuah; apatah lagi beliau sendiri dari darah bangsawan negeri Selangor. RPK tidak seharusnya melemparkan dakwaan liar hanya semata-mata mahu memperlekeh usaha Kerajaan Negeri untuk mewujudkan sebuah pentadbiran yang baik, bersih dan penuh pertanggungjawaban.

Kami sesungguhnya simpati dan amat memahami kekecewaan beliau yang terpaksa hidup dalam buangan di tengah-tengah permasalahan peribadi yang beliau hadapi, tetapi dengan melemparkan dakwaan liar sebegini tidak akan membantu membawanya pulang ke negara ini. Sebaliknya ianya hanya akan mencemarkan lagi imejnya yang sudah sediakala tercalar.

Rata-rata teman reformasi yang sempat dihubungi serta rakyat biasa, telahpun membuat kesimpulan bahawa RPK begitu terdesak serta mengharapkan kebebasan dan dibenarkan pulang ke negara ini. Insuransnya mudah; tohmahan dan fitnah terhadap Kerajaan Negeri Selangor dan Penasihat Ekonomi Negeri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai serangan awal menghadapi pilihan raya umum.


FAEKAH HUSIN
SETIAUSAHA POLITIK KEPADA
YAB DATO’ MENTERI BESAR SELANGOR




13 ulasan:

Mat Lendir berkata...

RPK - from hero to zero
dah boring duduk kat luar negara la tu

sam berkata...

Dia ini kaki mabuk...Dah tau org minum arak cakap mana boleh pakai...sebab tu lah arak dalam islam diharamkan. Dia bantai org mcm ni sebab duit die dah habis...bila die dah bantai org mcm ni,baru la boleh dapat duit lagi...Dia ni jenis org yang akan ikut cakap siapa yang boleh bagi dia duit....siapa yang bagi duit org tu lah yang baik...Macam ni ke pejuang?memalukan betul...!!!

Tanpa Nama berkata...

“If you are a dreamer,come in. If you are a dreamer, a wisher, a liar, a hoper, a prayer, a magic-bean-buyer. If you're a pretender, come sit by my fire, for we have some flax-golden tales to spin. Come in! Come in!”
Shel Silverstein quotes (American poet, cartoonist and composer best known in children's literature for his poetry, 1930-1999)

mat karung guni berkata...

INI SEMUA FULUS PUNYA PASAL...

Tanpa Nama berkata...

RPK membeber /menghentam AI macam dia kena 'dadah'. Lihat fotonya. RPK dah masuk geng Ezam Lembu,Cahndar Muzaffar dan kompani lain yang terlebih dulu dah mengaku kalah kerana tiadanya pegangan perjuangan yang kental, pasrah apabila bisnisnya muflis dan anaknya pun dan dibebaskan.Dia pun tahu bahawa betapa muka tebal sekali manapun dia pasti tak senang yang karakternya dah terpahat sebagai pengkianat/hero palsu. Beliau akan setanding dengan Ibrahim Ali dan rasa bagaimana rasa hormat dah tiada padanya. Tetapi dia bukan ahli PR jadi tak perlu gusar beb!

Tanpa Nama berkata...

Kalau RPK betul2 bagi keterangan pada kerajaan Selangor, nampak gaya Azmin n geng kena telan panadol untuk elak demam kepialu.

Tanpa Nama berkata...

hu..hu.hu...90% geng anwar putar alam....? Apa moralnya? kah...kah..kah...

Tanpa Nama berkata...

RPK dah tak relevan. Cakap x nak jatuh, buat kerja cam kepala *%}#*h. Ini semua bukan kerana Anwar, tapi kes Anwar adalah pencetus segalanya....jom boikot rpk malaysia today.

Tanpa Nama berkata...

Hey, si botak perut boroi, kalau kamu berani, anak jantan macam yang kamu senantiasa anggap diri kamu semacam itu, terima lah undangan ini. Jika tidak pergilah nyonyut buah pel.. si tun mamakote, guru haramjadah kamu itu.

Tanpa Nama berkata...

DSAI masih relevan. Bye2 rpk. Duk aje ditanah kelahiran mu. Yg tak important kamu. Kandas Ditengah perjuangan.

Lwn tetap Lwn.

Tanpa Nama berkata...

ka ka ka...betul jugak..mungkin tu tulisan masa mabuk happy new year!!

Lang berkata...

sebab itu tt gelar mereka2 ini FREELOADER

Tanpa Nama berkata...

belajar tinggi2, tapi tak lulus berjuang..

dasar golongan bangsawan lembu kenyang!!!