Khamis, 8 Mac 2012

NAIK KAN LAGI KEBENCIAN ORANG RAMAI





KE JALAN RAYA MENUNTUT HAK





KEMARAHAN PEMBACA
aku xkisah hakim tu tunggang tunggit ka....berbuih berzakar berzikir ke....hantuk kapala sampai hitam ka....kaki tuut dan kuat mabuk mcm tt ka...pada aku yg penting hasil penghakiman dan keputusan penghakiman yg diambil berdasarkan apa prinsip perundangan yg dipegang....

wahai rakyat Malaysia yg berbilang kaum yg semakin matang dan pandai menilai....diharap korang amikla serius penghakiman putar2 belit sorok cover line dan xselesai habis....bayangkan altantunya tu anak ko, bini ko atau saudara ko dibom dgn c4???...apa pulak persepsi korang??? bayangkan lagi teoh beng hock tu pulak anak/bini/laki/sedara ko??...

sarbani kastam tu atuk ko???adik amirul mati kene tembak head shot tu anak ko?? serius beb...pasal institusi penghakiman xadil & penuh motif rasuah ni, polis tentera rasuah merata belasah rakyat suka hati dia....SPRM xadil hanya siasat musuh politik UMNO BN jer

...SPR cover line dolak dalih permintaan rakyat supaya PRU adil dan saksama....kerajaan dolak dalik mainkan isu permit suratkhabar kalau wartawan laporkan berita benar lebih2 lagi merosakkan imej BN UMNO...LYNAS bakal beroperasi membunuh rakyat Pahang...harga barang keperluan/petrol/rumah/kenderaan mahal inflasi 3.5%....

GST+subsidi bakal ditarik sikit2 tp cukai LHDN makin naik tukar jadual...rakyat dipaksa bayar 10% gaji mereka utk my1CARE.....hutang negara 60billion (separuh KDNK) makin bertambah dek keborosan ketirisan kerajaan BN UMNO....rosmah NFC lak relax jer belanja kow2 duit kerajaan sementara kita tertekan dgn hidup struggle nak survive.... cukupla....nak tunggu apa lagi...

masihkah anda nak undi BN UMNO tu???raja2 pun xbole buat apa, rakyat dok doa raja sejahtera selamat kaya tiap2 solat jumaat tp raja2 buat ape utk rakyat???....sekarang masanya kita kene guling dan tukar kerajaan bagi membolehkan kita dapat perubahan dan selamatkan Malaysia dari muflis....hopefully kita sekeluarga selamat dari ketidakadilan penghakiman dan keganasan polis FRU tentera+jenayah+masalah sosial skrg
By Risau Dan Inginkan Perubahan on BEZA HAKIM NEGARA KAPIR MAKAN BABI - DENGAN HAKIM... on 3/7/12


LEMBU TELAH BERCAKAP- INILAH NIKMAT HIDUP
















NOTA:

nikmat dalam dunia hari ini
ialah melihat ketua wanita gerombolan
kena tibai anak beranak

bayangkan betapa nikmatnya
apabila gerombolan hilang kuasa

tanah orang kampong yang dirampas diambil kembali
kes anak dibunuh dalam lokap di buka kembali
kes gerombolan menipu bawa ke mahkamah
kes tuan hakim rasuah buka kembali

paling enak ialah
rakyat malaysia adapat bertanya kepada
bik mama dan mat mongol
pasal apa altantuya dibunuh?

untuk nikmat ini
kita ke jalan raya
sebelum ke pilihan raya




DARI RAFIZI RAMLI
Seperti yang dijanjikan, KEADILAN hari ini tampil dengan bukti kukuh bagaimana dana awam yang disalurkan kepada NFC untuk projek berimpak tinggi dan berkepentingan awam telah disalahgunakan bagi tujuan peribadi keluarga Dato’ Seri Shahrizat Jalil yang memiliki NFC.

Modus operandi yang digunakan adalah mudah – sejumlah besar dana tersebut didepositkan ke dalam bank-bank tertentu. Keluarga Dato’ Seri Shahrizat kemudiannya membuat pinjaman pembiayaan untuk membeli pelbagai hartanah mewah di bawah nama mereka walaupun secara peribadinya, mereka tidak mempunyai simpanan yang kukuh di bank tersebut.

Semakan dengan sebuah bank tempatan mengesahkan fakta-fakta berikut setakat 16 Februari 2012 (yang disokong dengan dokumen carian kredit rasmi bank tersebut yang disertakan bersama):

1. Lampiran A mengesahkan bahawa National Feedlot Corporation Sdn Bhd mempunyai simpanan deposit berjumlah RM71,395 ,617 dalam akaun 01181839801 dan RM90,972 dalam akaun 03984628723 di sebuah bank tempatan.

2. Lampiran B mengesahkan bahawa syarikat milik penuh keluarga Dato’ Seri Shahrizat Jalil iaitu National Meat & Livestock Corporation Sdn Bhd mempunyai deposit berjumlah RM1,872,254 di akaun bernombor 03147802316 di bank tersebut.

3. Lampiran C mengesahkan bahawa syarikat milik penuh keluarga Dato’ Seri Shahrizat Jalil iaitu Agroscience Industries Sdn Bhd mendapat kemudahan pembiayaan berbaki RM197,338 melalui pinjaman bernombor 02050032605, walaupun syarikat itu hanya mempunyai simpanan berjumlah RM927 di bank tersebut.


4. Lampiran D mengesahkan bahawa Dato’ Seri Salleh Ismail mendapat pinjaman peribadi berbaki RM4,391,240 untuk membiayai secara bersama pembelian hartanah melalui pinjaman bernombor 02062369427 dan menjadi penjamin kepada satu lagi pinjaman hartanah bernombor 02073919403 berbaki RM663,743, walaupun beliau secara peribadi hanya mempunyai simpanan RM421 di bank tersebut.


Secara jelas, ini membuktikan bagaimana dana awam yang diberikan kepada NFC untuk mengusahakan projek fidlot telah diselewengkan untuk dijadikan jaminan untuk mendapatkan pinjaman peribadi dan dibelanjakan dengan membeli hartanah-hartanah di atas nama peribadi mereka.

Semakan KEADILAN menunjukkan bahawa pinjaman peribadi Dato’ Seri Salleh Ismail dari bank tersebut telah digunakan untuk membeli 8 unit hartanah di KL Eco City Sdn Bhd seperti berikut (bukti pembelian dan rekod pinjaman dalam Lampiran E):

UNIT NILAI TEBUSAN PINJAMAN*
(FORCED SALE VALUE)

28-01 RM1,479,628
28-02 RM1,105,380
28-03 RM1,105,380
28-3A RM1,111,788
28-05 RM1,111,788
28-06 RM1,105,380
28-07 RM1,105,380
28-08 RM1,564,142

Jumlah
RM9,688,866





Nilai tebusan pinjaman adalah anggaran harga hartanah yang dapat diperolehi semasa lelongan dan lebih rendah dari harga pasaran. Berdasarkan harga pasaran semasa unit komersil di KL Eco City iaitu RM1,000 hingga RM1,100 setiap kaki persegi, KEADILAN menganggarkan harga pasaran semasa unit-unit ini boleh mencecah RM12 juta.

Kaedah menyalahgunakan dana awam untuk mendapatkan pinjaman peribadi seperti ini adalah menyalahi mandat yang diberikan kepada NFC untuk membangunkan projek berkepentingan nasional.

KEADILAN juga melahirkan rasa bimbang melihatkan rekod pembayaran pinjaman yang buruk; termasuklah tidak membayar bayaran pinjaman dalam bulan Julai dan Ogos 2011 selama dua bulan berturut-turut. Dalam bulan Disember 2011, perkara ini berulang kembali.

Memandangkan simpanan tetap NFC sebanyak RM71.4 juta berkait rapat dengan pembelian harta-harta peribadi ini, pengurusan NFC dan Dato’ Seri Shahrizat Jalil, sebagai mewakili keluarganya, perlu memberi jaminan bahawa sebarang masalah pembayaran membabitkan pinjaman peribadi mereka tidak akan memberi apa-apa kesan kepada dana awam yang disimpan di bank yang sama.

KEADILAN juga mendesak supaya Dato’ Seri Najib Tun Razak menunaikan janji beliau untuk membekukan semua aset NFC, termasuklah simpanan tetap berjumlah RM71.4 juta ini.

MOHD RAFIZI RAMLI
PENGARAH STRATEGI KEADILAN


7 MAC 2012


KONDO LEMBU DI SINGAPURA





SAYA TIADA KENA-MENGENA DENGAN PROJEK KL ECO CITY: SHAHRIZAT – mStar

KUALA LUMPUR: Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Shahrizat Abdul Jalil hari ini menjelaskan beliau tidak ada kena-mengena dengan projek pembangunan KL Eco City seperti dakwaan Anggota Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar.

Shahrizat, yang juga Ketua Wanita Umno, berkata segala soalan berkaitan pembangunan mahupun pembelian hartanah itu perlu dirujuk kepada pihak pengurusan KL Eco City.

"Kepada Anggota Parlimen Lembah Pantai, saya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap beliau atau mana-mana pihak yang membuat fitnah dan tohmahan mengaitkan saya dengan KL Eco City ini," katanya dalam satu kenyataan.

Nurul Izzah dilaporkan meminta Shahrizat menjelaskan penglibatan beliau dalam pembangunan projek hartanah itu yang terletak berhampiran Jalan Bangsar dan bertentangan dengan Mid Valley City. - TIEWNAMA





HARI INI EMPAT TAHUN DAHULU


KES SAMAN 6 REFORMIS








HARI INI 8 MARCH 2012


kes 6 reformis saman norian mai disambung
tukar tiub akan ke mahkamah
mungkin akan dipanggil untuk
di soal sekali lagi

untuk yang berminat untuk melihat
live show sila datang
ke tingakt tiga
bilik 5 mahkamah sivil

untuk yang jauh sila ikuti
tweeter tukar tiub:
@IshamRais




SEMUA KELUAR BERDEMO











INGAT KAN HARI BERSEJARAH


hari ini 4 tahun dahulu
rakyat telah bangun dan menibai gerombolan

mari kita mengingati hari ini
mari kita bertekad
mari kita berjanji
mari kita menebal semangat
gerombolan wajib di humbankan

8 mac juga ialah hari perempuan sedunia
pada 18 mac mingu depan
perempaun akan berdemo
mari kita bersama jadikan demo budaya kita


NOTA:
madey kata demo bukan budaya kita
lihat dan saksikan
mampoos madey memendam rasa
kah kah kah


MALAM INI ANAK MUDA BANGUN MELAWAN






APA PERANAN NAJIB DALAM KES BUNUH ALTANTUYA?




TAK ADA APA SEBAB TETIBA MEMBUNUH






PENCERAHAN DARI PEMBACA

Aku rasa pelik bila membaca ayat yang ditulis oleh hakim berkaitan dengan kes pembunuhan Altantuya "Walau apapun motif itu, ia adalah perkara undang-undang di mana motif walaupun releven, adalah tidak penting untuk pembunuhan itu dijalankan," Agaknya maksud ayat itu membawa erti kalau aku membunuh isteri Mohd Zaki Md Yasin maka motif pembunuhan tidak penting, yang dinilai perbuatan membunuh saja. Yang dihukum hanya orang yang diupah tapi yang mengupah bebas...?

Dengan tercatitnya penghakiman seperti ini akan memberi ruang orang tertentu khasnya ahli politik melakukan pembunuhan terhadap musuh politiknya melalui pembunuh upahan seperti Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar lakukan. Orang yang kena tangkap dan dihukum hanya pembunuh upahan saja sedangkan orang yang mengupah membunuh lepas bebas....

Dalam keadaan BN tiada majoriti 2/3 diparlimen, hakim dimahkamah dengan mudah diubah jadi keldai mencipta undang-undang baru yang membolehkan seseorang yang bertaraf elit mengarah orang membunuh orang yang dibenci kerana hakim tidak akan menyentuh secara langsung mengenai motif pembunuhan.

Dan pembunuh pula diberi kebenaran memakai topeng zorro agar tidak dikenali dan mudah keluar bebas melalui pintu belakang penjara. Lihat kembali kes kematian Teoh Beng Hock, apa yang diputarbelitkan dengan ayat seperti "punca kematian Teoh bukan kerana bunuh diri atau dibunuh. Menurut Azmil Muntapha Abas, masih ada isu-isu yang belum diselesaikan pada kes bunuh diri dan menegaskan bahawa untuk menentukannya secara telahan adalah tidak boleh diterima.Berikutan itu, Azmil memutuskan kematian Teoh bukan kerana bunuh diri...."

Masihkan kita mahu membenarkan BN memerintah Malaysia selepas pilihanraya ke 13 nanti ? Gunakan kuasa kita pada sekeping kertas undi dan bersatu tumbangkan kerajaan BN. Bagaimana keadaannya bila BN memperolehi kuasa penuh... ?
By Anonymous on BEZA HAKIM NEGARA KAPIR MAKAN BABI - DENGAN HAKIM... on 3/8/12





LAGI KES SHAHRIZAT LEMBU



SHARIZAT LEMBU - KL ECO CITY


Saya telah membawa isu pembangunan sebidang tanah di dalam kawasan Parlimen Lembah Pantai yang mengenepikan kebajikan rakyat di dalam sidang Dewan Rakyat yang lepas. Projek pembangunan hartanah mewah KL Eco City bernilai RM6 billion yang melibatkan SP Setia, DBKL dan syarikat milik Pergerakan Pemuda Umno ini telah mendapat perhatian ramai berikutan nasib yang menimpa penduduk-penduduk berpendapatan rendah yang mendiami tanah tersebut asalnya.

Pendedahan terbaru pada hari ini bahawa dana awam yang disalurkan kepada NFC telah digunakan untuk membeli 8 unit hartanah mewah di KL Eco City pada nilaian semasa yang mencecah RM12 juta mengundang pelbagai persoalan baru.

Pertamanya, tindakan suami dan keluarga seorang menteri kanan yang juga Ahli Parlimen kawasan yang terbabit membeli hartanah tersebut menimbulkan persoalan pertembungan kepentingan (conflict of interest) di antara tugas seorang Ahli Parlimen dan kemahuan peribadi keluarga beliau.

Dalam kes pembangunan KL Eco City, ia melibatkan pemindahan penduduk berpendapatan rendah yang tidak diberikan pampasan yang berpatutan. Sewajarnya nasib dan hak penduduk berpendapatan rendah ini dibela oleh Dato’ Seri Shahrizat Jalil agar syarikat pemaju yang besar seperti SP Setia memberikan pampasan yang sepadan.

Dengan pendedahan terkini, Dato’ Seri Shahrizat Jalil wajar menerangkan kepada rakyat sama ada beliau memainkan apa-apa peranan yang mempengaruhi keputusan sehingga menyebabkan pemindahan penduduk berpendapatan rendah di Kampung Abdullah Hukum. Jika beliau mengambil sikap sambil lewa dalam membela nasib penduduk yang terbabit sejak sebuah syarikat usahama diwujudkan dalam tahun 2007, ia juga menimbulkan pertanyaan sama ada ini ada kena mengena dengan kepentingan keluarga beliau yang berhasrat membeli hartanah di KL Eco City.

Persoalan-persoalan moral ini adalah lanjutan dari isu yang saya bangkitkan di Dewan Rakyat berkenaan ketidakpedulian pimpinan Pemuda Umno yang mendapat durian runtuh berjumlah RM75 juta daripada projek ini, sedang rakyat berpendapatan rendah dibiarkan tanpa pembelaan.

Kepimpinan Pemuda Umno terlibat secara langsung di dalam pembangunan KL Eco City dan tindakan pemindahan penduduk melalui syarikat YGP Holdings Sdn Bhd, yang merupakan rakan kongsi awal KL Eco City Sdn Bhd (iaitu pemaju yang juga anak syarikat SP Setia).

Pengarah-pengarah YGP Holdings Sdn Bhd termasuklah Ketua Pemuda Umno, Sdr Khairy Jalamuddin dan pimpinan Pemuda Umno seperti Dato’ Abdul Rahman Dahlan dan Dato’ Megat Firdouz Megat Junid.

Saya akan menunggu jawapan dari Ketua Wanita dan Ketua Pemuda Umno mengenai penglibatan mereka di dalam sebuah projek yang meminggirkan kepentingan rakyat berpendapatan rendah di Lembah Pantai, sementara rakan-rakan pimpinan KEADILAN yang lain terus mendesak pertanggungjawaban dari keluarga menteri yang menggunakan dana awam untuk membeli harta peribadi.

NURUL IZZAH ANWAR
NAIB PRESIDEN KEADILAN

7 MAC 2012

Rabu, 7 Mac 2012

PENCERAHAN UNTUK PERUBAHAN










KE JALAN RAYA SEBELUM PILIHAN RAYA

Minggu lalu saya telah menjadi saksi di Mahkamah Tinggi Jalan Duta. Ini kes 6 Reformis menyaman Ketua Polis Negara Norian Mai. Saya adalah salah seorang dari 6 Reformis yang menyaman Norian Mai. Bekas Ketua Polis Negara ini telah memfitnah dan membuat onar terhadap para Reformis

Pada bulan 10 April 2001 - ketika Norian Mai berkuasa sebagai Ketua Polis Negara dia telah menangkap 10 orang Reformis. Para Reformis telah ditangkap dengan tuduhan merancang untuk menggulingkan kerajaan.

Keesokan hari - pada 11 April 2001 - Norian Mai telah membuat sidang akhbar. Pada 12 April 2001 semua akhbar telah membuat laporan tentang sidang akhbar Ketua Polis Negara ini. Para Reformis telah dituduh memiliki - rocket launcher, ball bearing dan bom molotov. Tetapi bukan tentang ini yang ingin saya tulis. Apa yang saya lakarkan ialah politik dibelakang penangkapan ini. Dan apa dia pencerahan realpolitik terhadap kes ini.

Untuk memulakan pencerahan, saya ingin memberitahu pembaca terutama anak-anak muda harus sedar dan faham bahawa bukan satu kesalahan untuk menggulingkan kerajaan. Jangan kita ditakut-takutkan apabila mendengar perkataan – ingin menggulingkan kerajaan.

Parti politik DAP atau PKR atau Pas – semua bertungkus lumus siang dan malam bekerja untuk menggulingkan kerajaan Barisan Nasional. Mahfuz Omar ingin menggulingkan kerajaan. Dr. Zulkifli ingin menggulingkan kerajaan. Tian Chua ingin menggulingkan kerajaan. Tony Pua ingin mengguliangkan kerajaan. Nurul Izzah ingin menggulingkan kerajaan. Malah setiap malam mereka ke hulu ke hilir berceramah dan menghasut orang ramai dalam usaha untuk menggulingkan kerajaan.




Nik Aziz telah berjaya menggulingkan kerajaan di Kelantan. Lim Guan Eng telah berjaya menggulingkan kerajaan di Pulau Pinang. Khalid Ibrahim telah berjaya menggulingkan kerajaan di Selangor. Nizar Jamaluddin telah berjaya menggulingkan kerajaan di Perak tetapi dirampas kembali. Ini adalah bukti bahawa menggulingkan kerajaan bukan satu kesalahan.

Sekali lagi saya ingatkan – jangan sesekali kita ditakut-takutkan dengan perkataan ‘menghasut’. Ceramah-ceramah yang disusun oleh Pakatan Rakyat bertujuan untuk memberi maklumat kepada orang ramai. Maklumat yang diberi itu bertujuan untuk menyedarkan orang ramai agar mereka menolak kerajaan United Malays National Organisation dan menggantikan dengan kerajaan Pakatan Rakyat. Ini bermakna ceramah itu bertujuan untuk menghasut orang ramai agar bangun menggulingkan kerajaan United Malays National Organisation.

Jika kurang faham biar saya cerahkan lagi makna menghasut. Utusan Malaysia - akhbar milik United Malays National Organisation - setiap hari kerjanya ialah menghasut. Tv3 juga milik gerombolan United Malays National Organisation kerjanya setiap saat menghasut. Iklan kasut baru dan iklan coli ketat Minah Cun yang terpampang di tepi jalan di belakang Mid Valley itu juga bertujuan menghasut.

Utusan Malaysia dan Tv3 menghasut rakyat untuk membenci dan menolak kerajaan Pakatan Rakyat. Utusan dan Tv3 menghasut rakyat untuk menyokong kezaliman yang dijalankan oleh United Malays National Organisation. Bagitu juga dengan iklan ‘kasut dan coli Minah Cun’. Iklan-iklan ini juga bertujuan menghasut orang ramai untuk menjadi pembeli.

Justeru menghasut bukan juga satu kesalahan. Malah menghasut rakyat untuk bangun menggulingkan kerajaan adalah tugas suci setiap warga Malaysia yang memiliki akal dan fikiran.



Ketika saya ditangkap bawah ISA pada 10 April 2001 dahulu alasan tuduhan ialah : saya menghasut rakyat untuk turun ke jalan raya. Atau dalam bahasa cool - saya berceramah untuk menghasut rakyat turun berdemo. Saya tidak pernah menafikan ini. Malah bukan sahaja dalam ceramah saya menghasut rakyat agar turun berdemo – saya juga membuat teater untuk menghasut orang ramai untuk membenci Mahathir Muhamad dan United Malays National Organisation.

Saya juga telah berkali-kali menulis untuk menerangkan kepada orang ramai tentang politik jalan raya. Tulisan saya telah melakar kembali persejarahan politik Filipana dan Jakarta dimana ditaktor Marcos dan ditaktor Haji Muhamad Suharto telah digulingkan oleh ombak rakyat turun ke jalan raya.

Malah saya juga – ketika itu di Pakistan – terlibat sama berdemo untuk menjatuhkan kerajaan zalim Shah Reza Pahlavi di Tehran pada tahun 1978. Untuk saya semua ini bukan kesalahan. Untuk saya ini satu tugas suci yang wajib saya lakukan sebagai manusia yang memiliki akal , fikrah dan keintelektualan.

Ahli falsafah Peranchis yang bernama René Descartes ( 1596-1650) berkata : Saya wujud kerana saya berfikir. Justeru saya pula berkata : Saya menghasut maka saya wujud. Menghasut untuk menggulingkan kerajaan yang zalim adalah wujudiah saya. Saya wujud dan amat bangga kerana saya menghasut orang ramai untuk bangun menentang gerombolan United Malays National Organisation.

Untuk kerajaan dan rejim yang zalim - orang ramai turun ke jalan raya dilihat sebagai satu kesalahan. Disini ingin saya jelaskan kepada warga Malaysia yang mungkin tidak sedar bahawa turun berkumpul ke jalan raya adalah hak kita sebagai warga negara ini. Hak ini ada tercatit dalam artikle 10 Perlembagaan Malaysia. Justeru berkumpul dan berdemo adalah hak asasi kita.

Mari kita lihat sejarah tunjuk perasaan yang membawa hasil kebaikan. Pada tahun 1998 dahulu satu gerakan ampuh ke jalan raya telah dimulakan oleh Gerakan Reformasi. Gerakan Reformasi ini ingin menghalau Mahathir dari terus menjadi Perdana Menteri. Tanpa tunjuk perasaan yang meghasut orang ramai untuk mengutuk dan memburukan Mahathir pasti hari ini Perdana Menteri Malaysia masih lagi Mahathir Muhamad. Saheh demonstrasi yang dikatakan bukan budaya kita oleh Mahathir telah menumbangkan Mahathir Muhamad sendiri.


Bukti-bukti saheh dimana demonstrasi membawa hasil positif terus terkumpul sebagi ilmu pengetahun. Ingati kembali para peguam yang turun berdemo di Putrajaya pada 27 September 2007. Ini dikuti dengan demo Bersih yang pertama pada 10 November 2007. Beberapa minggu kemudian pada November 25 Hindraf telah turun pula ke jalan raya.

Hasil mutlak dari semua tunjuk-tunjuk perasaan ini ialah kemenangan Pakatan Rakyat dalam piliharayan pada 8 Mac 2008. Tunjuk-tunjuk perasaan dijalan raya ialah tanda kemarahan rakyat. Apabila orang ramai turun ke jalan raya – para demonstran ini telah memperkasa diri mereka. Memperkasa diri ini akhirnya di terjemahkan sebagai undi untuk Pakatan Rakyat. Sesiapa yang berani menolak hakikat bahawa demo jalan raya akan membawa kemenangan di peti undi wajib dipereksa keupayan otak mereka.

Contoh terbaru dimana politik jalan raya telah membawa hasil positif ialah apabila 20,000 penunjuk perasaan keluar di Kuantan pada pagi 26 Febuari 2012 yang lalu. Para demonstran telah menentang kewujudan kilang nadi bumi Lynas. Orang ramai telah diberi pencerahan tentang bahaya santau radio aktif yang akan dikeluarkan oleh kilang ini. Orang ramai juga telah dihasut oleh Himpunan Hijau untuk turun ke jalan raya.

Hasilnya: Pada petang yang sama Najib Razak telah membuat kenyatan bahawa sisa-sisa santau radioaktif ini tidak akan disimpan di Gebeng. Kenyataan putar belit Najib ini bercanggah dengan kenyataan awal yang mengatakan bahawa sisa santau radio aktif ini selamat. Justeru - terbukti - jika orang ramai tidak turun ke jalan raya pasti Najib tidak akan bersuara. Tanpa demo penentangan pasti warga di Gebeng akan di santau oleh radioaktif.

Justeru, pencerahan yang ingin saya sebarkan ialah demonstrasi , tunjuk perasaan dan politik jalan raya menjamin akan membawa hasil yang positif. Berdemo adalah berbaloi. Apa yang saya ajukan ini bukan lagi teori. Ini bukan angan-angan. Ini adalah satu garis politik yang tepat. Ini pendekatan politik yang akan menghasilkan kemenangan untuk orang ramai.

Pada ketika setiap hari kerajan Pakatan Rakyat diserang. Pemimpin Pakatan rakyat diserang. Hanya politik jalan raya sahaja yang akan memastikan kerajaan Pakatan Rakyat selamat. Politik jalan raya juga akan memastikan Pakatan Rakyat berjaya merangkul kemenangan baru.


Saya mengajukan politik jalan raya ini kerana saya memiliki bukti yang saheh. Ketika saya disoal siasat selama 60 hari di Bilik Sulit hingga ke Kamunting pekara yang ditimbulkan berkali-kali oleh mukhabrat United Malays National Organisation ialah pandangan saya tentang demonstrasi. Untuk saya cukup senang – jika musuh saya tidak suka pekara yang saya lakukan maka ini bermakna apa yang saya lakukan itu adalah tepat. Jika musuh saya tidak marah dan tidak menyerang saya maka ini bermakna saya dan musuh telah sebati. Hukum politik ini tidak akan berubah-ubah hingga hari kiamat.

Demonstrasi telah membawa banyak hasil yang positif. Ini telah dibuktikan dengan betapa gentarnya Mahathir bila berhadapan dengan rakyat yang bangun menunjuk perasaan. Najib Razak juga tahu dan sedar akan keupayan politik jalan raya membawa perubahan. Justeru Najib dengan tergesa-gesa telah membuat akta baru sesudah tunjuk perasaan Bersih 2.0. Akta baru ini adalah percubaan Najib untuk meneruskan kuasa United Malays National Organisation yang zalim.

Kalau dahulu saya menulis buku bertajuk: Pilihanraya atau Piliahan Jalan Raya. Kali ini saya mengajukan slogan: Ke jalan raya sebelum ke pilihan raya.(TT)




NOTA:
tulisan ini telah disiarkan
dalam akhbar
SUARA KEADILAN
yang terbaru - sesiapa ingin
melanggan akhbar mingguan ini
sila pukul talipon
: 03-22-72-40-45