@R_Bangsar_Utama https://www.facebook.com/radiobangsarutama RADIO BANGSAR akan terus menerus membuat laporan BERSIH4 - melalui facebook dan twiter semua warga dimana saja berada akan dapat mengikuti perkembangan 34 jam di kuala lumpur
BALUN HARTA NEGARA Tuan tt punya ceramah bab ahlil sunnah kat atas tu dah cukup cantik dan jelas sangat dah. Cuma aku nak bubuh penambah perisa sikit supaya berdengung lagi dia punya pedas. Aku ini ahlil sunnah juga. Jangan salah paham. Cuma aku tak pernah jumpa fatwa2 yang membenarkan negara islam pilih raja sebagai kalipah sunni merangkap kepala agama. Dia ni wajib disembah macam berhala. Kalah nabi dan rasul dia punya makam. Pijak tanah pun tak boleh. Suci. Raja ni dilantik turun temurun sampai anak cucu biar pun perangai lebih teruk dari setan. Setan2 ni disembah dan dicium tangan oleh tok2 mufti, tok imam dan rakyat jelata. Macam dah wajib dah raja dilayan macam tu. Aku sebut benda ni kerana dia kepala ahlil sunnah. Semua mupti2 serban tinggi kena melapor dengan dia. Semua imam2 kena doa atas dia. Kalau tidak semua kena terajang tanpa boleh merayu lagi. Ahlil sunnah jadi pegangan umno kononnya. Tapi aku tak jumpa satu hadis pun yang membenarkan kerja2 membalun harta negara. Ambil kapir jadi kawan on MAZHAB SUNNI WAL RASUAH Publish | Delete | Spam Anonymous on 8/28/15
Pelajar institusi pengajian tinggi kini dibenarkan menyertai perhimpunan 34 jam Bersih 4 yang akan akan bermula esok walaupun pada awalnya mereka dilarang berbuat demikian, kata timbalan menteri pendidikan Chong Sin Woon.
Katanya, larangan ke atas pelajar universiti dan kolej daripada menyertai pergerakan masyarakat sivil itu tidak terpakai berikutan pindaan terhadap Akta Universiti & Kolej Universiti 1971 (AUKU) 4 tahun lepas.
"Mereka bebas untuk mengekspresi diri mereka," beliau dipetik berkata portal berita The Star Online hari ini.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/pelajar-universiti-boleh-sertai-bersih-4-kata-timbalan-menteri#sthash.Tlx3M6C0.dpuf
Menyifatkan Perhimpunan Bersih 4 sebagai satu perhimpunan aman dan bersih, vokalis kumpulan muzik anak muda The BangsArt, Amir Abd Hadi berkata himpunan berbilang kaum itu bagaikan satu pesta yang mempunyai satu pembaharuan dan membantah pentadbiran yang korup.
Meskipun buat pertama kalinya akan mengikuti Perhimpunan Bersih, sekumpulan anak muda The BangsArt kini aktif di jalanan untuk menarik anak muda bersama mereka menyatakan bantahan dan tuntutan kepada kerajaan.
"Bersih 4 bukan perhimpunan biasa tetapi bagaikan pesta. Kita hendak orang ramai turun ke Bersih 4 dan dengan satu tarikan, caranya menggunakan muzik.
"Kita adalah satu kumpulan anak muda yang tidak bersetuju dengan apa jua bentuk keganasan. Bersih perhimpunan aman.
"Justeru, kita datangkan dengan muzik, bila orang datang kita ekspresikan kemarahan dengan lagu," kata Amir kepada The Malaysian Insider.
Jelasnya, The BangsArt pada Bersih 4 akan berarak bersama peserta sambil bermain alat muzik.
"Ia bukan sekadar protes kosong. Kita akan berarak bersama orang ramai di Dataran Merdeka dan mahu bermalam di Dataran Merdeka.
"Kita akan mainkan muzik untuk menghiburkan peserta."
Kumpulan yang rata-rata terdiri dari anak muda lingkungan umur 20-an itu sebelum ini turut giat menjalankan aktiviti sukarelawan termasuk memberikan makanan kepada gelandangan dan menghulurkan bantuan semasa banjir di Kelantan.
"Kami bukan sekadar 'band', kami adalah komuniti yang turut menganjurkan aktiviti kemasyarakatan," kata vokalis The BangsArt yang kebiasaannya mendendangkan lagu 'Ale Ale GST bangsArt' dalam perhimpunan bantahan lain di ibu kota.
Mereka juga merupakan kumpulan yang menyanyikan lagu rasmi Bersih 4 yang akan dipersembahkan kepada peserta perhimpunan hujung bulan ini. –
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/bersih-4-bukan-perhimpunan-keganasan-tetapi-pesta-rakyat-kata-the-bangsart#sthash.ULKy8PuK.dpuf
Dapatkan Buku Terbaru Hisham, hubungi 012-664-8873 Hadi
BUKU TERKINI
KEGANASAN, PENIPUAN & INTERNET (hegemoni media daulah pecah) Edisi/Cetakan Kedua
Rampaian tulisan-tulisan Hishamuddin Rais dari Malaysia Kini, Oriental Daily, Malaysia-Today, Suara Keadilan
Lima bulan dari Mei hingga Oktober 2008. Tersenarai 10 buku non-fiksyen tempatan. TERLARIS di toko buku MPH. Masih lagi TOP TEN BEST SELLER hingga kini
Buku boleh didapati di semua kedai-kedai buku Kinokuya, Borders, MPH, Popular Book Store, RiceCooker Annex Central Market atau datang ke Bau Bau Cafe Central Market