Jumaat, 28 Ogos 2015

THE BANGSART SENI MELAWAN







ANAK MUDA

BANGUN


DENGAN SENi
\
MELAWAN




Bersih 4 bukan perhimpunan keganasan tetapi pesta rakyat, kata The BangsArt

Menyifatkan Perhimpunan Bersih 4 sebagai satu perhimpunan aman dan bersih, vokalis kumpulan muzik anak muda The BangsArt, Amir Abd Hadi berkata himpunan berbilang kaum itu bagaikan satu pesta yang mempunyai satu pembaharuan dan membantah pentadbiran yang korup.
Meskipun buat pertama kalinya akan mengikuti Perhimpunan Bersih, sekumpulan anak muda The BangsArt kini aktif di jalanan untuk menarik anak muda bersama mereka menyatakan bantahan dan tuntutan kepada kerajaan.
"Bersih 4 bukan perhimpunan biasa tetapi bagaikan pesta. Kita hendak orang ramai turun ke Bersih 4 dan dengan satu tarikan, caranya menggunakan muzik.
"Kita adalah satu kumpulan anak muda yang tidak bersetuju dengan apa jua bentuk keganasan. Bersih perhimpunan aman.
"Justeru, kita datangkan dengan muzik, bila orang datang kita ekspresikan kemarahan dengan lagu," kata Amir kepada The Malaysian Insider.
Jelasnya, The BangsArt pada Bersih 4 akan berarak bersama peserta sambil bermain alat muzik.
"Ia bukan sekadar protes kosong. Kita akan berarak bersama orang ramai di Dataran Merdeka dan mahu bermalam di Dataran Merdeka.
"Kita akan mainkan muzik untuk menghiburkan peserta."
Kumpulan yang rata-rata terdiri dari anak muda lingkungan umur 20-an itu sebelum ini turut giat menjalankan aktiviti sukarelawan termasuk memberikan makanan kepada gelandangan dan menghulurkan bantuan semasa banjir di Kelantan.
"Kami bukan sekadar 'band', kami adalah komuniti yang turut menganjurkan aktiviti kemasyarakatan," kata vokalis The BangsArt yang kebiasaannya mendendangkan lagu 'Ale Ale GST bangsArt' dalam perhimpunan bantahan lain di ibu kota.
Mereka juga merupakan kumpulan yang menyanyikan lagu rasmi Bersih 4 yang akan dipersembahkan kepada peserta perhimpunan hujung bulan ini. –
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/bersih-4-bukan-perhimpunan-keganasan-tetapi-pesta-rakyat-kata-the-bangsart#sthash.ULKy8PuK.dpuf

----------

Tiada ulasan: