Khamis, 18 Ogos 2022
PEGUAM MASIH NAK LARI - TERKINI DARI PUTRAJAYA
MAHKAMAH Persekutuan menolak permohonan peguam Najib Razak, Hisyam Teh Poh Teik untuk menarik diri daripada mewakili bekas perdana menteri itu dalam rayuan terakhirnya pada perbicaraan SRC International.
Ketua Hakim Negara Tengku Maimun Tuan Mat berkata mahkamah ada kuasa budi bicara untuk membenarkan atau menolak permohonan tersebut.
“Kami memberikan arahan dan alasan kami.
“Kami berpendapat peguam tidak menunjukkan alasan untuk menarik diri. Kami menolak permintaannya untuk menarik diri. Beliau masih dalam rekod sebagai peguam utama,” katanya.
Hisyam kemudian berkata tidak mempunyai sebarang komen mengenai perkara itu.
Tengku Maimun kemudian memerintahkan pihak pendakwaan memulakan hujahan mereka.
Beliau juga berkata masa akan diberikan kepada Hisyam untuk membentangkan hujahannya.
Pendakwaraya ad hoc V. Sithambaram memulakan hujahan. – 18 Ogos, 2022.
AWAS ! SERANGA MAT KOBID
15 kematian Covid-19, tertinggi sejak April
MALAYSIA melaporkan 15 kematian akibat Covid-19 semalam, angka tertinggi dalam tempoh 24 jam dilaporkan sejak April tahun ini.
Kementerian Kesihatan turut melaporkan 3,516 kes baharu semalam, menjadikan kes keseluruhan sejak pandemik sebanyak 4.74 juta kes.
Kali terakhir Malaysia melaporkan jumlah kematian lebih tinggi dari semalam ialah pada 20 April, dengan 16 kes kematian didaftarkan.
Johor melaporkan empat kematian, masing-masing tiga kes di Melaka dan Perak, Sabah (dua), satu kes masing-masing di Pahang, Sarawak dan Selangor.
Kes kematian terbaru menjadikan jumlah kematian di negara ini 36,117 kes.
Selangor melaporkan 893 kes jangkitan semalam diikuti Kuala Lumpur (878) dan Sabah (318).
Negeri lain yang melaporkan kes ialah Perak (296), Negeri Sembilan (193), Melaka (164), Pulau Pinang (123), Johor (112), Sarawak (107), Putrajaya (95), Kedah (92), Pahang (83), Kelantan (78), Terengganu (59), Perlis (17) dan Labuan (8).
Kes aktif meningkat kepada 41,701 semalam sementara 2,541 pesakit pulih dilaporkan.
Antara kes aktif, 40,034 (96%) menjalani kuarantin kendiri, 41 (0.1%) di pusat kuarantin dan 1,534 (3.9%) di hospital.
Terdapat 29 pesakit di unit rawatan rapi, dengan 49 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan. – 18 Ogos, 2022.
AWAS
HATI HATI
JAGA JAGA
AMIN
MAT KOBID
MASIH MENYERANG
AMIN
LAGI DEKAT PRU15
LAGI RANCAK
SERANGAN
MAT KOBID
AMIN
BLURBERRY MANGSA FITNAH
PM minta penjawat awam pertahan kerajaan daripada dakwaan, fitnah
PERDANA Menteri Ismail Sabri Yaakob berkata kerajaan pimpinannya adalah kerajaan bersama yang menekankan konsep Keluarga Malaysia dan penjawat awam wajar mempertahankan kerajaan daripada pelbagai dakwaan dan fitnah kononnya pentadbirannya gagal.
Pada majlis perjumpaan perdana menteri bersama warga Jabatan Perdana Menteri (JPM) di Putrajaya hari ini, Ismail Sabri berkata penjawat awam wajar mempertahankan kerajaan dengan melihat beliau sebagai ketua kerajaan dan mereka bukannya mempertahankan parti politik.
Pada pertemuan itu, Ismail Sabri berkongsi kejayaan dikecapi kerajaan antaranya pencapaian cemerlang Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang merekodkan pertumbuhan 8.9 peratus pada suku kedua tahun ini, selain mewujudkan pekerjaan mencecah 400,000 serta prestasi nilai dagangan melepasi RM2 trilion.
“Apabila tuan puan mempertahankan, tuan puan tidak berpolitik. Jangan lihat saya sebagai pemimpin politik tetapi sebagai ketua kerajaan dan tuan puanlah anggota kerajaan.
“Kerajaan ini adalah kerajaan bersama. Sebab itu saya perkenalkan konsep Keluarga Malaysian sebab saya nak kita bersama anggap kerajaan ini sebagai satu keluarga,” katanya.
Perjumpaan itu turut dihadiri Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) Wan Junaidi Tuanku Jaafar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Mustapa Mohamed dan Ketua Setiausaha Negara Mohd Zuki Ali.
Ismail Sabri berkata beliau mahu penjawat awam bekerja sebagai satu keluarga dan tidak bekerja dengan budaya silo.
“Saya tak nak isu lama bekerja dalam keadaan silo. Kita mesti bekerja bersama, kita punyai tanggungjawab bersama, kita tak boleh bergerak secara silo lagi tetapi mesti bekerja secara keluarga kerana cara silo sebenarnya akan sebabkan kegagalan kepada sesuatu tindakan atau perancangan,” katanya.
Bagi membolehkan ekonomi negara bertambah baik, Ismail Sabri mahu penjawat awam mengurangkan kerenah birokrasi terhadap pelabur memandangkan ia sering dibangkitkan kumpulan itu semasa beliau mengadakan lawatan ke luar negara.
“Banyak kementerian terlibat dalam perkara yang sama dan akhirnya menyebabkan kelewatan. Bagi pelabur, peniaga, masa adalah sangat penting. Lewat kelulusan akan sebabkan kerugian pada mereka,” katanya kerajaan telah bersetuju mewujudkan unit #MyMudah bagi menangani isu birokrasi.
Unit #MyMudah akan ditubuhkan di semua kementerian dan agensi persekutuan, kerajaan negeri serta pihak berkuasa tempatan (PBT) bagi memudahkan urusan perniagaan di seluruh negara.
Mengimbau kejayaan kerajaan merintis kerjasama dengan pembangkang menerusi Memorandum Persefahaman (MoU) Transformasi dan Kestabilan Politik, Ismail Sabri berkata ia bagi membolehkan kerajaan menumpukan kepada perkara besar seperti kestabilan politik dan pemulihan ekonomi negara.
Malah menerusi MoU itu, Rang Undang-undang Anti Lompat Parti berjaya diluluskan meskipun ia hangat dibahaskan di Parlimen.
“Dari sudut ekonomi kita telah berjaya, Rang Undang-undang Anti Lompat Parti juga telah lulus 100 peratus oleh ahli Dewan dan kita akan memperkenalkan Rang Undang-undang Pendanaan Politik,” katanya.
Mengenai pengasingan kuasa, Ismail Sabri berkata kerajaan akan memperkenalkan Akta Perkhidmatan Parlimen.
Ismail Sabri mengiktiraf kejayaan kerajaan hari ini tidak akan tercapai tanpa sokongan dan dokongan semua penjawat awam.
“Teruskan kerja baik untuk membantu kerajaan menyelesaikan segala masalah untuk kepentingan rakyat,” katanya. – Bernama, 16 Ogos, 2022.
WOIT
BLURBERRY
MANGSA FITNAH
KAH KAH KAH
BLURBERY
DIFITNAH
MI SPIK NO INGLIS
KAH KAH KAH
BLURBERY
GAGAL JADI
MODEL FESHEN
KERANA
OTAK KUREEENG
KAH KAH KAH
TOLONG JANGAN
FITNAH
BLURBERY
TAK BANTU NAJIB
AMIN
JANGAN FITNAH
BLURBERRY
SUKA NAJIB
SUKA ZAHID
MASUK JIL
KAH KAH KAH
AMIN
KHALAS
PIKIRAN KACAU
MAMAT
PIKIRAN KACAU
KAH KAH KAH
AMIN
Unknown commented on
"NAJIB DICAMPAK
KE BAWAH LORI"
Cara terbaik bossku untuk pilihanraya awal Najib dan beberapa pengikut MP dalam BN/UMNO jadi calon bebas minggu ini. Esok umum jadi calon bebas bersama MP yg memyokong Bossku...!! Kerajaan Smail Bera sudah tumbang...!! Secara otomatik kerajaan ini tumbang dan parlimen didesak bubar...!! Ini cara mengajar hakim hakim korup yang berjuang bersama pejuang liberal, pluralis murtad, LGBT, COMANGO, G25 SIS dan seksuality merdeka... Hakim hakim ini hakim yang korup Bertanding calon bebas pun Bossku tetap menang...!! #jadibebasparlimenbubar
NAJIB BUAT KERENAH LAGI
Mahkamah Persekutuan tolak permohonan peguam Najib tarik diri
MAHKAMAH Persekutuan hari ini menolak permohonan peguam Hisyam Teh Poh Teik untuk menarik diri daripada mengendalikan rayuan akhir bekas perdana menteri Najib Razak dalam kes SRC International Sdn Bhd yang sepatutnya bermula hari ini.
Mahkamah pada Selasa menolak permohonan peguam Najib untuk menangguhkan rayuan itu sehingga tiga empat bulan atas alasan mereka baharu dilantik, dan menetapkan rayuan didengar hari ini.
Apabila mahkamah bersidang pagi ini, Hisyam sekali lagi merayu kepada panel lima hakim untuk membenarkan penangguhan. Katanya, jika mahkamah enggan, beliau tiada pilihan selain menarik diri daripada mewakili Najib.
Ketua Hakim Negara Tengku Maimun Tuan Mat yang mengetuai panel hakim persekutuan berkata pihaknya sudah memberikan alasan menolak permohonan penangguhan.
Mahkamah mahu Hisyam meneruskan tugas mewakili Najib, katanya.
“Kami yakin penuh pada kemampuan anda dan anda patut teruskan,” kata Tengku Maimun.
Ketua hakim juga berkata peguam tidak sepatutnya meninggalkan anak guam mereka selepas menerima lantikan. Hisyam kemudian enggan meneruskan rayuan dan mahkamah berehat sekali lagi. – 18 Ogos, 2022.
SATU LAGI
KERENAH NAJIB
KAH KAH KAH
TUAN HAKIM
DAPAT BACA
KAH KAH KAH
SENGAJA NAK
LAMBATKAN
KES SELESAI
AMIN
KEJAP LAGI
PEGUAM JATUH
PENGSAN
KAH KAH KAH
KEJAP LAGI
PEGUAM KENA
KOBID
KAH KAH KAH
KEJAP LAGI
PEGUAM PITAM
KAH KAH KAH
KEJAP LAGI
NAJIB KENA
CERET BERET
KAH KAH KAH
KEJAP LAGI
ADA PANGGILAN
TALIPON
ROSMAH DATANG
BULAN
CAWAT TAK ADA
KAH KAH KAH
AMIN
KHALAS
Langgan:
Catatan (Atom)





