Isnin, 19 Disember 2022

CUKONG PEMBERI RASUAH

 



CUKONG BUEK

LAWAK

KAH KAH KAH

CUKONG PEMBERI

RASUAH NAK

HAPUS RASUAH

KAH KAH KAH

Unknown commented on 

"MAMAT GILA

 NAK JADI PM"

MCA akan menumpukan perhatian kepada usaha memerangi rasuah dan salah guna kuasa dalam parti dan BN. Ini salah satu daripada 18 resolusi yang diluluskan perhimpunan agung tahunan (AGM) parti itu, yang diadakan secara tertutup di Kuala Lumpur hari ini. Butiran terperinci di sebalik ikrar antirasuah ini masih tidak jelas. Bagaimanapun, MCA telah berselisih dengan Pengerusi BN Ahmad Zahid Hamidi - yang sedang dibicarakan atas dua kes rasuah - bulan lepas ketika pembentukan kerajaan. Kah kah kah Adakah cukong akan henti rasuah, akan henti Judi, akan henti maksiat? Adakah cukong henti salut Dana atas alasan kah kah kah adakah babi akan terbang dengan kepak kah kah adakah Kak Ros akan jadi Dara balik ???? Jangan wayang buat dulu baru cakap, cakap tak makna jangan cakap woit

PAM AIR SATU PROJEK BUEK FULUS

 




PAM AIR

SATU PROJEK

BUEK FULUS

KHALAS

panglimo potaseh commented on

 "MALAPETAKA BANJIR"

TPM kita akan bili ribu-ribu pam air untuk banjir tahun dopan ..misal nye kok Kelantan Darol Mosko kono banjir kita akan pam air banjir nye ke Terangganu Darol Sotong ..kah kah kah ..ari tu nak bawak masok juta-jata ekor bangla kahkahkah ..

Unknown commented on 

"BANJIR DATANG LAGI"

Kah kah kah manusia gelar alim ular kerana perangai bohong tipu sunat segala kajian mereka, ada ayat sesuai pakai dulu, kalau tak sesuai cari sampai jumpa yang sesuai, ayat arab ada tapi Arab pun tak pakai, yang sibuk pulak orang kita, siang malam cari tiket VIP masuk bedal 72 ekor kah kah kah siapa sudah sampai ? Saja tanya jangan marah marah ya

PARLIEMN BERSIDANG



PARLIMEN

BERSIDANG

SENIN 19/12/2022
PAGI IN
PARLIMEN BERSIDANG 
AMIN

MALAPETAKA CUACA
SUADH SAMPAI
HUJAN TURUN DI PANTAI TIMUR
 BANJIR
ADUH !

INI MALAPETAKA CUACA
MAKIN SETAHUN MAKIN KERAP
MAKIN SETAHUN MAKIN GANAS

BANYAK IDEA BODOH MUNCUL
DARI BUNTUT ... OPPS SILAP
DARI MULUT POLITIKUS
TAPI TAKDA SAPA YANG TIMBULKAN
PUNCANYA

SEMUA CADANG BERI PANADOL
PADA BANJIR
TAK SEBUT PUNCA UTAMA
 YANG MENYEBABKAN
BANJIR
AMIN

QATAR
PIALA BOLA MILIK ARGENTINA
HEBAT
GUA YANG  KAKI BANGKU
PUN MELIHAT SAMA

TAK SUSAH NAK FAHAM
MAIN BOLA
SATU PERMAINAN YANG
AMAT DEMOKRATIK

UKRAINE
RUSIA MASUK MENYERANG
HINGGA KE KE KYIV ?

PELURU BERPANDU
MELEDAK DI KYIV
APAKAH RUSIA
SEDANG MERANCANG
SERANGAN PUKUL MATI ?

DUNIA BERHARAP
PERANG  AKAN TAMAT
TAPI  AMERIKA & NATO
MAHU PERANG
DITERUSKAN
BAIK UNTUK KILANG SENJATA
BAIK UNTUK PARA KONTREKTOR
BAIK UNTUK KAUM PEMODAL

AWAS !!!!
RAMALAN TELAH DIBUAT
EKONOMI AMERIKA
KEPALA SEMUA EKONOMI DUNIA
AKAN MENJUNAM

EKONOMI CHINA MERAH
KEDUA TERBESAR DALAM DUNIA
JUGA SEDANG PARAH

NEGARA NEGARA KECIL
LAGI TERUK
SRI LANGKA
GHANA
PAKISTAN
KENYA
SOMALIA
NIGERIA
BANGLADESAH
MENGHADAPI KRISIS MAKANAN
RAMAI WARGA SEDANG KEBULUR
SEMUA AKIBAT
MALAPETAKA CUACA

HAITI
NEGARA PALING BAHAYA
DALAM DUNIA
NEGARA INI DI KAWAL OLEH SAMSENG
KERAJAAN DAH RUNTUH
KUMPULAN SAMSENG
SANA SINI
CULIK BUNUH ROGOL
MENJADI JADI

KERAJAAN HAITI
MINTA BALA TENTERA
LUAR DATANG BANTU
UNTUK AMAN KAN NEGARA

TAK SATU NEGARA PUN
YANG MAHU DATANG BANTU
BAYANGKAN JIKA HAITI
ADA MINYAK AMERIKA NATO
MACAM DI LIBYA 
PASTI HANTAR ASKAR
TAPI HAITI NEGARA PAPA
TAK SAPA AMBIL POT
AMIN

HOKKIEN 
PAGI INI CERAH
KL & KL SENTRAL CERAH
BUKIT BUKIT DI HULU LANGAT
NAMPAK CERAH
LANGIT AGAK KELABU
MATA HARI BELUM KELUAR

TIONG DAN TERKUKUR
BERSUARA

DI UDARA
SEBUAH PESAWAT
DALAM PERJALANAN KE KLIA

GUA RASA
HARI INI AKAN PANAS
WALAU PUN KETIKA GUA MENGETIK
MATA HARI BELUM MUNCUL
AMIN

BRO
SENYUM
KITA RAYAKAN SENIN
YANG INDAH

BRO
JANGAN CAKAP
TAK BOLEH CAKAP HAL ITU 
AKHIRNYA
PEKARA ITU AKAN DIDENGAR JUGA

BRO
LU JANGAN PENCILKAN
DIRI LU
DARI MASYARAKAT KELILING

BRO
BERTINDAKLAH SEKARANG
KETIKA LU ADA MASA
KETIKA LU ADA TENAGA
KETIKA LU ADA PELUANG

BRO
DUNIA INI AKAN
JADI WILAYAH GELAP
PADA SESIAPA YANG 
MENJENGOK MEJA ORANG LAIN

BRO
KITA TAK BOLEH
SELESAIKAN MASALAH ITU
DENGAN FIKRAH SAMA
YANG MELAHIRKAN MASAALAH ITU

BRO
MAT BEBAL
PECAHKAN RAHSIA DIRI SENDIRI

BRO
SETENGAH KEBENARAN ITU
SAMA TARAFNYA
DENGAN KEPALSUAN PENUH

BRO
KALAU TIDAK KERANA TAKUT
DOSA INI AMAT MANIS RASANYA

BRO
KALAU HARI INI
LU MASIH TAK TAHU
KENAPA LU HIDUP
INI MAKNANYA LU
MASIH BELUM HIDUP
AMIN

LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI

UCAPAN KEJAYAAN
UNTUK ARGENTINA

Ahad, 18 Disember 2022

UNDI TAK PERCAYA ?



MoU kerajaan Anwar terbatal jika ada pihak tarik diri, kata penganalisis


Perjanjian persefahaman (MoU) yang ditandatangani pada Jumaat oleh parti-parti yang membentuk kerajaan campuran berisiko untuk terbatal pada bila-bila masa jika ada pihak yang menarik diri, menurut penganalisis politik.

Kartini Aboo Talib dari Universiti Kebangsaan Malaysia berkata, ini kerana sifat asas MoU adalah perjanjian yang terbentuk daripada persefahaman pihak-pihak terlibat. 

"Jika tiada persefahaman tidak perlu meneruskan perjanjian yang jelas bersifat zalim. 

"Jika terbatal, maka undi percaya kepada kepimpinan Perdana Menteri Anwar Ibrahim boleh dipersoalkan dan boleh dicabar," katanya kepada MalaysiaNow.

Ketua-ketua gabungan yang membentuk kerajaan campuran menandatangani sebuah MoU yang mana ia menghapuskan hak individu ahli-ahli Parlimen untuk bebas mengundi di Dewan Rakyat.

Gabungan tersebut ialah Pakatan Harapan (PH), Barisan Nasional (BN), Gabungan Parti Sarawak (GPS), Gabungan Rakyat Sabah (GRS) GRS dan Warisan. 

Katanya, kerajaan dibentuk dengan andaian semua pihak yang bersetuju akan memimpin secara kolektif. 

Namun usul undi percaya kepada perdana menteri dan sokongan terhadap Rang Undang-Undang Perbekalan boleh diterima selagi ia tidak memberi impak kepada ahli-ahli Parlimen sehingga hilang kerusi.

"Meletakkan syarat ini tidak betul," katanya merujuk kepada klausa 4 MoU tersebut yang menyatakan ahli-ahli Parlimen parti dianggap mengosongkan kerusi mereka jika gagal mengundi usul percaya, berdasarkan perkara 49(A) Perlembagaan Persekutuan. 

Menurut Kartini, syarat klausa 4(b) dalam MoU itu juga melanggar Perkara 48 Perlembagaan Persekutuan berkenaan syarat kehilangan kelayakan jawatan ahli Parlimen.

Menurut beliau, klausa itu boleh dianggap despotik dan mendorong ke arah pemerintahan diktator. 

Sementara itu, pengamal undang-undang Nizam Bashir berkata, wakil rakyat memiliki tanggungjawab berperlembagaan untuk membentangkan pendirian bagi rakyat yang diwakili mereka. 

"Tanggungjawab ini, dalam pandangan saya, mengatasi apa-apa  yang diperuntukkan di dalam mana-mana MoU.

"Apa-apa kekangan atas tanggungjawab berperlembagaan tersebut, khususnya jika ia membelakangkan kepentingan rakyat, tidak boleh dihujahkan sebagai konsisten dengan Perlembagaan Persekutuan," katanya kepada MalaysiaNow.

Beliau merujuk kepada Artikel 49A(1) Perlembagaan Persekutuan yang baru dipinda. 

Ia digubal bagi menghalang ahli-ahli Parlimen daripada bertukar parti namun tidak menghalang seseorang anggota Dewan Rakyat daripada mengundi bertentangan dengan parti sendiri.

Menurut fasal tersebut, seseorang wakil rakyat hendaklah berhenti menjadi anggota Dewan Rakyat dan mengosongkan kerusi jika melepaskan keanggotaan parti atau,  menyertai parti politik jika seseorang itu menang sebagai wakil rakyat bebas.

Ia turut menyatakan keahlian dalam Dewan Rakyat tidak terbatal sekiranya partinya dibubarkan atau dibatalkan, dipilih menjadi speaker Dewan Rakyat atau dipecat daripada parti. 

Namun bagi pakar undang-undang dari Taylor University, Wilson Tay, MoU itu tidak mengambil hak berpendirian ahli Parlimen namun parti-parti dibenarkan mengambil tindakan terhadap ahli-ahli Parlimen.

"Ia mengenai hal dalaman disiplin parti, bukan hak-hak ahli Parlimen," katanya.

Katanya, dalam konteks akta anti lompat parti, Ketua Hakim Negara Tengku Maimun Tuan Mat baru-baru ini menyatakan bahawa akta itu tidak menghalang kebebasan berpersatuan dalam kes empat Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang.

WOIT

INI SEMUA

NORMAL BARU

AMIN

INI REALPOLITIK

UNTUK PASTIKAN

KUASA TERUS

DITANGAN

KAH KAH KAH

PEKARA KERAJAAN

RUNTUH GANTI

BERGANTI DAH JADI

PEKARA BIASA

AMIN

KHALAS

INI KHEMAH BESAR

 



Pengusaha tapak perkhemahan, 2 pekerja dipanggil polis bantu siasatan 

POLIS memanggil pengusaha tapak perkhemahan Father’s Organic Farm dan dua pekerjanya bagi membantu siasatan berhubung tragedi tanah runtuh yang setakat ini telah mengorbankan 24 nyawa.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Supt Suffian Abdullah berkata lelaki tempatan berusia 50-an dan dua pekerja lelaki berusia lingkungan 30-an itu, hadir di Ibu Pejabat Daerah Hulu Selangor petang semalam. 

“Kemungkinan (pada masa akan datang) kita akan memanggil lagi pihak-pihak yang terlibat untuk membantu siasatan,” katanya dalam sidang media bersama Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Norazam Khamis di lokasi kejadian di Batang Kali hari ini.

Sebelum ini Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming berkata tapak perkhemahan berkenaan diusahakan tanpa lesen kebenaran beroperasi daripada Majlis Daerah Hulu Selangor.

Dalam kejadian sekitar 2.42 pagi Jumaat, runtuhan tanah sepanjang hampir 300 meter dan setinggi 70 meter telah menimpa tapak perkhemahan itu, di Jalan Genting-Batang Kali di Batang Kali.

Dalam pada itu, Suffian berkata 15 mayat mangsa tragedi iaitu dua lelaki dewasa, lapan perempuan dewasa, dua kanak-kanak lelaki dan tiga kanak-kanak perempuan telah diserahkan kepada keluarga mereka semalam.

Katanya sembilan lagi mayat masih berada di Hospital Sungai Buloh untuk bedah siasat dan tuntutan oleh waris.

“Kita memohon waris dan keluarga terlibat, rakan-rakan (yang) tahu tentang maklumat ini supaya pergi ke Hospital Sungai Buloh untuk membuat pengecaman bagi memudahkan urusan pengembalian mayat kepada keluarga,” katanya.

Beliau berkata pihaknya mempunyai pasukan khas di hospital bagi membantu menguruskan aspek dokumentasi dan urusan penyerahan mayat kepada keluarga mangsa terlibat.

Operasi mencari dan menyelamat hari ini memasuki hari ketiga dan setakat semalam, sembilan masih hilang dan 61 orang selamat daripada keseluruhan 94 mangsa. – Bernama, 18 Disember, 2022.

LU NAK 

BERKHEMAH

MANA MANA

LU PUNYA PASAL

AMIN

TAPI BILA LU

MENIAGA

TAPAK KHEMAH

LU WAJIB ADA 

LESEN  

AMIN 

KELUARGA YANG

 GUGUR BOLEH 

SAMAN

AMIN

 


BANJIR DATANG LAGI


Banjir kilat di LPT2 akibat limpahan air cerun

KEJADIAN banjir kilat berlaku di Kilometer (km) 393 Lebuh raya Pantai Timur 2 (LPT 2) dari arah Ajil ke Kuantan, yang tular di media sosial pagi tadi surut sepenuhnya.

Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu DSP Hasmeera Hassan berkata kejadian kira-kira 11 pagi itu dipercayai berpunca daripada limpahan air cerun berhampiran lokasi berkenaan.

Bagaimanapun, beliau berkata tiada kemalangan atau kejadian tidak diingini berlaku disebabkan insiden tersebut dan jalan di kedua-dua arah masih boleh dilalui kenderaan seperti biasa.

“Air limpahan telah pun surut sekitar 12.30 tengah hari tadi. Tiada penutupan jalan dan masih boleh dilalui oleh semua jenis kenderaan di kedua-dua arah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Hasmira, ketika ini pihak pengurusan LPT 2 sedang menjalankan kerja-kerja penilaian dan pemantauan di lokasi kejadian.

Dalam video berdurasi 16 saat yang tular di laman media sosial, menunjukkan limpahan air yang turun daripada cerun berdekatan LPT 2 memenuhi laluan lebuh raya tersebut namun kenderaan masih boleh melepasi kawasan Ajil.

Semalam, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dalam kenyataan telah memberi amaran mengenai beberapa kawasan di daerah Kuala Terengganu, Besut, Setiu, Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman yang dijangka dilanda banjir mulai hari ini berdasarkan simulasi model ramalan banjir JPS. – Bernama, 18 Disember, 2022.

BILA BANJIR

LANDA KL

INI ALLAH

BERSIHKAN

MAKSIAT

AMIN

BILA BANJIR

LANGGAR 

KOTA BARU

APAKAH INI

ALLAH BESIHKAN

PAHALA PAK LEBAI

YANG MENIPU

KAH KAH KAH

KHALAS