Ahad, 12 Mac 2023

MUHYIDIN CAKAP BETUL


Mereka mahu bunuh dan kuburkan Bersatu, kata Muhyiddin

PRESIDEN Bersatu Muhyiddin Yassin mendakwa partinya sedang ditekan sekarang dalam satu usaha untuk membunuh dan menguburkannya selepas prestasi yang memberangsangkan pada pilihan raya umum lepas.

Beliau yang juga pengerusi Perikatan Nasional menganggap pendakwaan terhadapnya di mahkamah serta tindakan pihak berkuasa membekukan akaun bank Bersatu sebelum ini bertujuan untuk menghalang parti itu daripada bergerak terutamanya menjelang pilihan raya di enam negeri akan datang.

“Bagi kami yang ada di dalam Bersatu dan Perikatan Nasional berpendapat tindakan zalim diambil terhadap kita ialah untuk bunuh kita. 

“Sebab itu akaun Bersatu sehingga hari ini masih dibeku dan tidak akan dicair untuk (menghalang) Bersatu daripada bergerak sebagai parti politik… pastinya ada program, untuk menghadapi PRN, ada pembayaran sebagainya yang perlu dibuat.


“Ini tindakan kejam supaya Bersatu dalam tempoh tak berapa lama akan terkubur,” kata Muhyiddin pada perhimpunan ‘Solidariti Menentang Kezaliman’ anjuran PN di Gombak, malam tadi.

Bekas perdana menteri mendakwa tekanan demi tekanan yang dikenakan terhadap Bersatu adalah susulan kejayaan gabungan PN yang disertai PAS dan Gerakan menerima sokongan majoriti pengundi Melayu pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Katanya pihak lawan melihat keputusan PRU15 itu sebagai ancaman buat mereka lebih-lebih lagi menjelang PRN di Kedah, Terengganu, Kelantan, Selangor, Negeri Sembilan, dan Pulau Pinang.

“Ia tak lain tak bukan melihat situasi politik yang kita hadapi hari ini selepas melalui tempoh cabaran iaitu PRU15, jelas, terang, dan nyata menunjukkan kebangkitan yang begitu luar biasa hebat, gelombang besar di mana sebahagian besar rakyat, orang Melayu beri sokongan kepada PN. 

“Lebih 60% hingga 70% Melayu bangkit, nak pilih PN sebagai parti mereka yakini dan percaya. 

“Pasti ini sudah dinilai oleh (Perdana Menteri) Anwar (Ibrahim) dan Timbalan Perdana Menteri Ahmad) Zahid (Hamidi) dan mereka yang ada dalam kerajaan ini dianggap sebagai ancaman besar kepada keberadaan dan penerusan mereka untuk mentadbir negara sebagai kerajaan,” katanya.

Muhyiddin juga yakin parti lawan menyedari keupayaan PN untuk menawan negeri dikuasai mereka seperti Selangor, Negeri Sembilan, dan Pulau Pinang.

“Mereka sedar akan ada enam lagi PRN yang akan dihadapi dalam tempoh empat hingga lima bulan lagi.

“Kalau gelombang ini berterusan mereka pasti takut semua enam negeri akan tumbang atau yang menang kekal menang seperti di Kelantan, Terengganu, Kedah dan tiga lagi akan dimenangi PN,” katanya.

Muhyiddin juga mendakwa, pentadbiran kerajaan juga tidak akan berhenti mencari jalan untuk menekan mereka, khususnya membabitkan undang-undang berkaitan penggubahan wang haram.

“Saya kira mulai sekarang tindakan mereka terus rakus, mereka tidak akan berhenti cari sebab musabab tindakan undang-undang berkaitan penggubahan wang haram dan rasuah.

“Sama ada nyata atau tidak tetap akan ambil tindakan terburu buru,” tambahnya.

Muhyiddin juga menambah, kerajaan juga sedar kelemahan pentadbiran mereka dan menggunakan undang-undang bagi menjatuhkan pembangkang seperti mereka.

“Saya fikir mereka sedar mereka hadapi masalah besar tak reti urus negara, ada rasa cemas dikalangan rakyat berterusan mereka tak mampu bantu.

“Lebih teruk cara mudah dengan tindakan zalim, bunuh pembangkang yang ada supaya mereka sahaja yang boleh hidup,” kata Muhyiddin.

Enam pertuduhan yang dikenakan kenakan terhadapnya juga kata Muhyiddin atas kedudukan sebagai presiden Bersatu, dan bukan atas kapasiti peribadi.

“Saya dituduh menerima suapan atau rasuah, ini saya kan pertahanan bila mahkamah bicara kes saya. InsyaAllah saya akan terbebas daripada bentuk kezaliman ke atas saya dan barisan pimpinan PN.

“Tapi saya dituduh seolah-olah secara peribadi, saya tak terima satu sen pun. Itu hukumnya haram.

“Perkara yang berlaku pada saat dan ketika ini tak lain apa yang kita nyatakan sebagai tuduhan terpilih ditujukan kepada saya, pengerusi PN dan presiden Bersatu sedangkan sebelum ini kes pemimpin parti lain, kita dengar sebelum ini melibatkan pemimpin parti dalam kerajaan. 

“Kenapa tindakan rakus diambil terhadap saya dan PN menerusi Bersatu ini,” katanya lagi.

Beliau sehubungan itu merasakan asas pendakwaan terhadapnya adalah bermotifkan politik.

“Ini hanya muslihat politik untuk jahanamkan saya dan keluarga saya, saya tak tahu nak kata apa, langsung tidak bertimbang rasa, niat dan nawaitu hanya untuk menjatuh, merosakkan bukan sahaja diri saya tapi keluarga saya dan parti kita.

“(Tetapi) saya tak apa…saya akan berhadapan tuduhan ini dan kita akan bentang kes di mahkamah, saya cuma minta tolong satu, doa sahaja,” tambah Muhyiddin.

Antara barisan pimpinan PN yang hadir dan memberikan ucapan pada majlis malam tadi adalah Presiden PAS Abdul Hadi Awang dan Ketua Penerangan PN Mohamed Azmin Ali. – 12 Mac, 2023.



MUHYIDIN CAKAP

BETUL

AMIN

BERSATU DAPAT

SOKONGAN MELAYU

AMIN

MELAYU 

TAK SOKONG

PKR KERANA DAP

AMIN

MELAYU RASA

PKR JADI KUDA

TUNGGANGAN DAP

AMIN

MELAYU UMNO

PUN RAMAI 

LARI KERANA ZAHID

AMIN

MAKA JAWABNYA

BERSATU DIJADIKAN KORBAN

KAH KAH KAH

KHALAS

HADI JADI PERDANA MENTERI


HADI JADI

PERDANA MENTERI

JENG JENG JENG

KHALAS

Unknown commented on 
"TAK TAK & EZI
 DI TANGKAP ?"

Kah kah betul semua binatang haram akan dihalau keluar kalau Hadi jadi PM 11, semua siap pakai jubah kah kah kah boleh cakap Inggeris? Kah kah kah nanti minta Oxfords bantu sikit kah kah kah

BANJIR TERMENUNG !


BANJIR 

TERMENUNG

AMIN

BERHATI BAIK


 

BERHATI BAIK

AMIN

Unknown commented on
 "WIRA BERNAMA OCAK"

Wira ini tak payah duit, tak payah beg birkin, tak payah Intan berlian, tak payah naik jet, tak payah naik kapal layar semua tak perlu, penting lagi wira ini tak perlu Tan Sri, Datuk Seri, Datuk, Panglima kah kah kah tapi semua ITU tak bawa kubur, kah kah hanya bawa jasa niat baik kita amin

MUSUH JANGAN DI CARI


MUSUH

JANGAN DICARI

AMIN

Unknown commented on
 "SAUDI-IRAN
 BUKA HUBUNGAN"

Dunia semakin maju, semakin mencari sahabat, semakin mencari setiap kawan yang ada, hidup tak lama, tak payah gaduh gempar kah kah kah sesama manusia sokong kebaikan jangan sokong pencuri perompak perasuah senang senang belaka, masih tak nampak pencuri perompak perasuah bertopeng bangsa agama? Kah kah kah atau buta mata buta hati

MUHYIDIN AKAN DI DAKWA LAGI


MENUNGGU

SENIN

AHAD 12/3/2023
ESOK SENIN 
PAGI ESOK MUHYIDIN AKAN
KE MAHKAMAH LAGI
ADA LAGI TUDUHAN
JENG JENG JENG

KES MUHYIDIN
MAKIN BERAT
 MAKIN BANYAK
MAKIN RAMAI
TAPI KES PALING RAMAI
REKOD MASIH DI TANGAN ZAHID
KAH KAH KAH
ZAHID ADA 47 KES
KAH KAH KAH

CUACA MASIH BELUM MENENTU
BATU  PAHAT MASIH AMPUH
AIR BELUM KERING

DI KUALA LUMPUR
DAH MASUK BULAN TIGA
TIAP PETANG HUJAN TURUN
AMIN

FREEDY
TAUFAN RIBUT BERNAMA
FREEDY 
DALAM PERJALANAN 
KE AFRIKA DARI LAUTAN HINDI
KELMARIN MELANNGAR
MOZAMBIK
MENUJU ZIMBABWE

HOKKIEN
PAGI INI CERAH SEGAR BASAH
BANYAK LOPAK AIR
DI ATAS JALAN
HUJAN LEBAT PETANG KELMARIN
MEMBAWA BASAH

WOW
DAH RAMAI KERETA KELUARGA
SEMUA DATANG AWAL
UNTUK SEMBAHYANG KUBUR
MERCUN DI BAKAR
COLOK DI BAKAR
KERTAS DI BAKAR

PERKERJA KUBUR
MULA SIBUK KE HULU KE HILIR
DENGAN MOTOR
MEMBAWA MESIN POTONG RUMPUT
DAN CANGKUL

GAU LIHAT
RAMAI PEKERJA BARU
YANG DATANG CARI REZEKI

DARI JAUH
GUA DENGAR SUARA GAGAK
DARI JAUH SUARA HOW WOW

LANGIT CERAH BIRU
BERCAMPUR AWAN PUTIH
GUA RASA  HARI INI
AKAN PANAS
AMIN

BRO
SENYUM
KITA SAMBUT PAGI AHAD
YANG SEJUK

BRO
JIKA KITA TAKDA
MUSUH DALAMAN
MUSUH LUARAN
TAK PERLU DI RISAU

BRO
LU INGAT LU KOCIK
CUBA TIDUR
SEKELAMBU 
DENGAN NYAMUK

BRO
HATI TAK KAN MELUPAKAN
APA YANG MATA
SUDAH MELIHAT

BRO
TAKDA SAPA
DILAHIRKAN HEBAT
SOSOK HEBAT INI
JADI HEBAT
KERANA ORANG LAIN  TIDUR

BRO
KEBENARAN ITU
WAJIB JATUH CINTA
CINTA PADA KEBENARAN

BRO
KALAU LU KAWIN
DENGAN  BEROK
KERANA DUITNYA
AWAS
DUIT AKAN HABIS
BERUK MASIH ADA

BRO
KALAU ADA CINTA
TAKDA  APA  YANG GELAP

BRO
BILA LU JATUH CINTA
JURANG AKAN JADI LEMBAH

BRO
KALAU DIA CINTA
DENGAN LU
DIA AKAN CINTA
WALAU PUN KETIAK MASAM
KALAU DAH BENCI
KETIAK WANGI PUN
AKAN DI TERAJANG

BRO
KALAU CINTA NI
SATU PENYAKIT
SABAR IALAH UBATNYA

BRO
KALAU LU CINTA
PADA SOSOK YANG
TAK CINTA PADA LU
INI SAMA MACAM
GEGAR POKOK HARAPKAN
EMBUN AKAN GUGUR
AMIN

LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI

SENIN ESOK
MUHYIDIN AKAN DI DAKWA