Isnin, 13 Mac 2023

MUHYIDIN NGAKU TAK SALAH



Muhyiddin mengaku tidak bersalah ubah wang haram RM5 juta

BEKAS perdana menteri Muhyiddin Yassin hari ini didakwa di Mahkamah Sesyen Shah Alam atas satu pertuduhan menerima wang hasil aktiviti haram berjumlah RM5 juta.

Muhyiddin, 75, yang juga presiden Bersatu mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh.

“Saya faham pertuduhan, saya mengaku tidak bersalah,” kata Muhyiddin. 

Mengikut pertuduhan, beliau didakwa sebagai presiden Bersatu menerima wang hasil daripada aktiviti haram berjumlah RM5 juta daripada Bukhary Equity Sdn Bhd yang dimasukkan ke dalam akaun AmBank milik parti berkenaan di AmBank cawangan Amcorp Mall, Petaling Jaya pada 7 Januari 2022.

Ahli Parlimen Pagoh itu didakwa mengikut Seksyen 4(1)(b) dibaca bersama Seksyen 87(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 4(1) akta sama, sabit kesalahan hukuman penjara maksimum 15 tahun dan juga boleh didenda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai hasil daripada aktiviti haram atau RM5 juta, yang mana lebih tinggi.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya SPRM Ahmad Akram Gharib memohon mahkamah supaya mengguna pakai ikat jamin RM2 juta dengan dua penjamin berserta syarat tambahan yang ditetapkan ke atas Muhyiddin di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur minggu lepas.

“Saya juga memohon kes ini dipindahkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur memandangkan ia berkait dengan perbicaraan di sana serta tarikh sebutan di Mahkamah Sesyen tersebut sudah ditetapkan pada 26 Mei ini,” katanya.

Permohonan itu tidak dibantah peguam mewakili Muhyiddin, iaitu K. Kumaraendran.

Rozilah kemudian membenarkan permohonan pendakwaan untuk mengguna pakai jaminan serta syarat tambahan yang ditetapkan oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur iaitu tertuduh menyerahkan pasportnya kepada mahkamah serta membenarkan kes itu dipindahkan ke mahkamah sama (Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur).

Pada 10 Mac lepas Muhyiddin, 75, dihadapkan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas enam pertuduhan berkaitan wang dalam akaun Bersatu.

Beliau mengaku tidak bersalah atas empat pertuduhan sebagai perdana menteri Malaysia dan presiden Bersatu telah menggunakan kedudukannya untuk menerima suapan berjumlah RM232.5 juta dan dua pertuduhan sebagai presiden Bersatu telah menerima wang hasil daripada aktiviti haram berjumlah RM195 juta.

Pendakwaan juga dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Mohd Fadhly Mohd Zamry, Zander Lim Wai Keong, Kalai Vani Annadorai dan Maziah Mohaide.

Muhyiddin turut diwakili peguam Chetan Jethwani, Dev Kumaraendran, Amiratu Al Amirat Saleh Mohamed Garbaa, Mohamad Isa Mohamad Basir, Teh See Khoon, Varsha Chelvi dan Raja Syuhada Raja Khairuddin.

Terdahulu, pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu yang memakai sut lengkap berwarna hitam tiba di mahkamah pada 8.20 pagi ditemani isteri, Noorainee Abdul Rahman. – Bernama, 13 Mac 2023.


KAH KAH KAH

KAH KAH KAH

KAH KAH KAH

WOIT

MESTI NGAKU

TAK SALAH

KAH KAH KAH

MUSTAHIL AKAN

NGAKU SALAH

KHALAS

JANJI BARU DARI ZAHID


Zahid janji pimpinan baru Umno terus dukung kerajaan



Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi memberi jaminan pimpinan baru Umno bersama Barisan Nasional (BN) akan terus mendukung dan memperkukuhkan kerajaan campuran.

Presiden Umno itu berkata berdasarkan keputusan Pemilihan Umno 2023 yang berakhir semalam, ia jelas menunjukkan bahawa setiap peringkat kepimpinan nasional serta akar umbi parti itu memberi dukungan sepenuhnya kepada keutuhan kerjaan campuran yang dipimpin Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

“Manifestasi ini cukup jelas kerana kita lihat walaupun ada usaha untuk menggugat kerajaan yang ada sekarang namun ia jelas ditolak oleh perwakilan (Umno),” kata beliau yang juga Pengerusi BN  selepas menghadiri Mesyuarat Sekretariat Kerajaan Perpaduan di Kuala Lumpur malam ini.

Mesyuarat yang berlangsung kira-kira dua jam itu dipengerusikan oleh Anwar yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) dan turut dihadiri beberapa pimpinan tertinggi parti dalam kerajaan campuran.

Selain sokongan Umno dan parti komponen BN, Zahid yakin setiap parti termasuk dari Sabah dan Sarawak di bawah Kerajaan Perpaduan juga akan terus mendukung kerajaan ini.

“Maka kombinasi 20 parti yang ada dalam Kerajaan Perpaduan akan diperkuatkan lagi dengan pimpinan baharu Umno dan seterusnya insya-Allah akan memperkukuhkan kerajaan,” katanya.

Terdahulu, Pengerusi Badan Perhubungan Umno Pahang Wan Rosdy Wan Ismail, Pengerusi Badan Perhubungan Umno Johor Mohamed Khaled Nordin dan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Wilayah Persekutuan Johari Abdul Ghani diumumkan memenangi jawatan naib presiden Umno bagi sesi 2023-2026. 

WOIT

KENAPA PERLU

BUAT JANJI INI

AMIN

INI MAKNANYA

ADA TIM 

GEROMBOLAN

YANG TAK SOKONG

KERAJAAN

AMIN

INI BAHAYA

KERAJAAN BOLEH

RUNTUH 

AMIN

APAKAH INI SEBAB

ANWAR JADI

GELABAH

MACAM NAK UMUM

DARURAT

KAH KAH KAH

AMIN

RASUAH DALAM SPRM



Pegawai SPRM antara 4 ditahan disyaki rasuah elak siasat Jana Wibawa

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang pegawainya dan tiga lagi individu lain termasuk seorang wanita pada Khamis lepas kerana dipercayai meminta dan menerima rasuah sebanyak RM400,000 bagi mengelakkan siasatan melibatkan kes program Jana Wibawa.

Menurut sumber, wanita berkenaan bagaimanapun telah dibebaskan dengan jaminan SPRM, manakala tiga suspek lain kini direman hingga esok.

Sumber itu juga berkata SPRM kini sedang mengesan seorang lelaki dikenali ‘Datuk Roy’ yang dipercayai perancang utama dalam kes rasuah melibatkan siasatan kes berkenaan.

“Lelaki itu yang berusia lingkungan 50-an sebelum ini pernah dituduh di mahkamah dan dijatuhkan hukuman penjara atas kesalahan rasuah,” katanya kepada Bernama hari ini.

Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki ketika dihubungi Bernama mengesahkan perkara berkenaan.

“SPRM sama sekali tidak akan berkompromi dengan mana-mana pegawainya sekiranya didapati terbabit dalam sebarang kegiatan yang menyalahi undang-undang,” katanya. – Bernama, 12 Mac, 2023.

APA MAKNA

BERITA INI ?

AMIN 

PEGAWAI SPRM

TAK  IKUT

ARAHAN ?

JENG JENG JENG

PEGAWAI SPRM

PRO PN ANTI PH ?

AMIN

INI BERAT

RASUAH DALAM

LEMBAGA

ANTI RASUAH

KAH KAH KAH

TU PASAL RAKYAT

TAK CAYA KES

MUHYIDDIN

KAH KAH KAH

KHALAS

CHINA BATAL PROJEK MELAYU


GUAN ENG CHINA

BUKARY MELAYU

AMIN

CHINA BATAL 

PROJEK MELAYU

KHALAS

SIPA PROFESOR MELAYU ITU ?



SILA BERI

PENCERAHAN

AMIN

SAPA PROFESOR

MELAYU ITU ?

KHALAS


Unknown commented on 
"SAPA MEMIKUL KAVADI"
kavadi adalah beban dibawa digalas dan pengakhirannya adalah kepuasan dan suci..fitnah sudah ditabur, awek tetek kedepan sudah berjoget gairah, awek tudung litup sudah dikawat gigi meraih simpati, mukanya tanpa makeup kerna makeup hanya halal utk sang suami..lepas berlari, lepas bertawaf, lepas melontar pengakhiranya tahalul, maka hasilnya haji hajah..malah menurut seorg profesor, melayu sudah lahir dari isteri nabi ibrahim yg ketiga..maka melayu lebih awal berbanding hindu..malangnya, mayat hang tuah ghaib dan kuburrnya adalah palsu..

MUHYIDIN KE MAHKAMAH SHAH ALAM


MUHYIDIN 

KE MAHKAMAH 

SHAH ALAM

KHALAS