Isnin, 13 Mac 2023
POLITIKUS BAWA VIRUS HIV
POLITIKUS
BAWA VIRUS HIV
KHALAS
"SELAMATKAN MALAYSIA"
dlm politik, tiada musuh yg abadi.ibarat pelacur yg ada HIV, bila bersenggama maka partnernya akan dijangkiti seumpama najib, zahid hamidi..semuanya dijangkiti HIV dari ulama PAS bernama hadi
MAT JARGON
MAT JARGON
KAH KAH KAH
AMIN
Unknown commented on
"PAKATAN AKAN SELAMAT"
mat jargon yg menyorokkan kebodohan dgn ayat2 hebat. katanya mahu bina pelabuhan dalam di kelantan dan tganu.mat jargon lebih hebat dari laksamana cheng ho atau paramesawara.sejak berabad, tiada pula dibina port di serambi mekah darul iman..taknak nak bina port je walhal infra basic tiada di serambi darul iman.kalo ditesco pun air berkeladak, kapal mana yg berlabuh disana..demi konten tiktok, segala labon jadi babi terbang..
ZAHID TERUS DILAWAN
Zahid beri amaran ahli Umno perlu hormat segala keputusan parti
Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan ahli parti supaya menghormati segala keputusan yang dibuat pucuk pimpinan biarpun ada perbezaan pendapat.
Beliau berkata ahli parti juga seharusnya menjaga perkara yang menjadi kerahsiaan parti terutama segala inti pati yang dibincangkan dalam mesyuarat parti.
“Setiap Ahli Majlis Tertinggi (MT) yang dilantik hadir melafazkan sumpah untuk simpan rahsia...ia bukan pada parti semata-mata tapi diri sendiri...naib-naib presiden yang akan menang bersama-sama presiden dan timbalan presiden jangan ada kumpulan dalam kumpulan, jangan ada parti dalam parti.
Begitu juga rakan-rakan dalam MT, saya mengamalkan dasar untuk meraikan perbezaan pendapat dan hormati keputusan meskipun secara luaran tak bersetuju dengan saya…tapi saya utamakan parti...bukan ambil jalan untuk balas dendam,” katanya.
Timbalan Perdana Menteri itu berkata demikian ketika berucap ketika menghadiri Majlis Pengenalan Calon Pengerusi Tetap, Timbalan Pengerusi Tetap, Naib-naib Presiden dan Ahli MT sempena Pemilihan Umno sesi 2023-2026 peringkat Negeri Sembilan di Seremban hari ini.
Dalam pada itu, Zahid turut meminta semua ahli yang memenangi pemilihan parti untuk bekerjasama dan tidak berkonspirasi bagi menjatuhkan kerajaan sedia ada.
"Jangan bersekutu dengan pihak 'gunting dalam lipatan', ‘api dalam sekam’ saya tahu ada perancangan di belakang yang mahu menggugat kepimpinan yang ada...pilih la untuk bersama saya dan Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan (Tok Mat) untuk kukuhkan parti.
'Pertandingan ini (Pemilihan Umno) sedarah sedaging, semua bertanding ini untuk memperkukuhkan parti, saya dan Tok Mat terima siapa sahaja yang menang, itulah pemimpin Umno yang akan bersama-sama saya dan parti," katanya.
Beliau berkata keputusan untuk bersama Kerajaan Perpaduan demi memastikan Umno terus kukuh dalam politik negara selain tidak mewujudkan sikap “berpuak-puak” sehingga menjejaskan keharmonian negara.
Pemilihan jawatan Naib Presiden Umno dan Ahli MT akan berlangsung pada Sabtu ini.
WOIT
BILA ZAHID
MINTA AHLI
HORMATI
KEPUTUSAN
PARTI MAKNANYA
MASIH RAMAI
NAK LAWAN
ZAHID
AMIN
MAKNANYA RAMAI
TAK HORMAT ZAHID
AMN
ZAHID GUNAKAN
PARTI SEBAGAI
ALASAN WALHAL
AHLI SOKONG PARTI
TAPI TAK SOKONG
ZAHID
KAH KAH KAH
KHALAS
DARI BRICKFEILDS
DARI BRICKFEILDS
Aku menamakan kolum aku dalam akhbar Suara Keadilan Dari Brickfeilds. Suara Keadilan sebuah akhbar tabloid mingguan - akhbar resmi Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Aku masih ingat lagi kami : Zunar, Sallehudin Hashim dan Tian Chua berbincang dan berunding untuk menerbitkan akhbar ini dalam tahun 2004 salepas PRU11.
Untuk beberapa ketika Pejabat PKR terletak di Brickfeilds – kini bangunan Hong Leong Bank - sebelum berpindah ke Merchant Square.
Ketika itu Salleh bertugas sebagai Setiausaha PKR. Tian Ketua Penerangan PKR. Zunar bekas wartawan NST dan Harakah menjadi kemudi Suara Keadilan dan kemudian menjadi Ketua Pengarang. Tian juga menjadi sosok untuk mencari dana. Aku jadi Pak Turut kerana aku bukan orang parti.
Aku kenal dan rapat dengan Salleh kerana kami aktif dalam MCOBA ( Malay College Old Boys Association ). Aku kenal dan rapat dengan Zunar kerana sama-sama bergerak dalam Gerakan Reformasi. Zunar ini pelukis karton bertaraf dunia. Kartunis yang bukan kecik anak. Tian adalah kawan satu sel dengan aku ketika kami di tahan di Kamunting.
Jaringan dan Ikatan yang kukuh untuk memulakan satu projek media untuk sebuah parti politik.
Suara Keadilan berjaya diterbitkan. Muncul setiap Rabu tanpa lesen KDN. Pejabatnya di Brickfeilds arah jalan Tun Sambanthan. Justeru kolum aku bernama Dari Brickfeilds.
Akhbar bercetak 38 muka surat pernah mencecah 100,000 kopi sekali cetak. Hari ini menjadi arwah satelah kemenangan Pakatan dalam PRU14. Suara Keadilan dalam talian masih wujud. Kolum aku dari Brickfeilds sudah tidak wujud lagi.
Tapi cerita yang aku nak buka ini bukan tentang akhbar Suara Keadilan atau kolum aku Dari Brickfeilds. Aku hendak bersurah tentang sejarah aku dengan wilayah di pinggir pusat kota Kuala Lumpur ini yang amat di kenali sebagai Brickfeilds.
Aku dengan Brickfeilds ini ada sejarah. Sejarah pertalian yang maha panjang. Babak-babak sejarah ini berlaku secara organik – tidak di rancang. Muncul macam mata air kemudian membesar terus menjadi anak sungai.
Tahun 1971 bas Seri Jaya yang menuju ke Universiti Malaya dari pusat kota bermula dari stesen Jalan Sultan Mohamad. Stesen yang kini dikenali dengan nama Pasar Seni. Bas ini akan melintasi Brickfeilds sebelum masuk ke Jalan Travers dan masuk ke Jalan Pantai. Perhentian akhir ke UM di hadapan Restoran Amjal Jalan Pantai.
Ketika di dalam bas bila melintas pekan Brickfeilds aku akan ternampak Panggung Lido. Hari ini panggung Lido termasuk ke dalam senarai panggung-panggung yang terbunuh mati oleh teknologi dan gedung membeli belah.
Tapak Lido hari ini terletak di persimpangan Jalan Tun Sambanthan di sebelah stesen minyak Petron. Sekarang ini di tapak Lido telah dibangunkan College Brickfeilds, hotel , bank dan cafe.
Panggung Lido menayangkan filem Tamil dan filem China. Justeru selama aku di UM aku tak pernah masuk ke panggung Lido. Tapi aku kerap ke Brickfeilds ke Jalan Thambypillay di belakang panggung Lido
Jalan Thambypillay ini berhadapan dengan Bangunan YMCA. Nama Lido masih hidup kerana di persimpangan Jalan Tun Sambanthan ada sebuah hotel yang mengambil sempena nama panggung Lido.
Di hadapan Hotel Lido ada tanah lapang untuk letak kereta. Di sebelah tanah lapang ini ialah deretan kedai. Aku tidak ingat kedai jual apa. Apa yang aku ingat satu kedai makan China yang selalu aku langgani ketika aku di UM.
Sekali sekala - lewat malam aku dan kawan-kawan akan datang ke kedai makan ini – supper time. Satu masakan paling istimewa untuk aku ialah mee itik – duck mee. Tahun 1972 harga sepinggan mee itik ialah 1.20 sen. Sepinggan mee boleh berkongsi makan dan berkongsi harga untuk dua orang.
Sosok yang memperkenalkan aku dengan mee itik ini ialah Albert Foo siswa Ekonomi bekas pelajar Victoria Institution. Albert anak watan Brickfeilds. Ayah Albert ini tukang masak pegawai Inggeris justeru Albert ini memang kaki makan.
Ini ‘settting’ wilayah bernama Brickfeilds.
Hari ini secara tidak di rancang semenjak pulang dari 20 tahun berkenalan aku tinggal di Lorong Syed Putra Kiri tidak jauh dari Brickfeilds. Lebih tepat lagi jalan ke rumah sewa aku di belakang Rumah Pasung Brickfeilds - di seberang sungai Klang. Jalan kecil menuju ke tanah perkuburan China.
Aku menyewa flet di Le Chateau. Dari sejarah yang aku dengar pada satu ketika dulu Le Chateau ini wujud sebagai sebuah kelab yang amat tersohor. Ada mini panggung, ada salun rambut , ada bilik agama malah ada restoran Perancis.
Bila aku pulang dari berkelana Le Chateau ini telah jatuh muflis. Justeru sewa flet agak demokratik. Malah satu-satunya wilayah Kuala Lumpur yang hijau penuh dengan pokok-pokok yang sewa agak murah.
Sewa flet murah ini terjadi kerana di belakang Le Chateau 1 & 2 ialah tanah perkuburan Hokkien dan Kwangtung. Tidak ramai yang berminat tinggal di sebelah 370 hektar tanah perkuburan.
Aku sering menapak dari Le Chateau ke Jalan Thambypillay. Dalam masa 20 minit – dari pintu ke pintu aku akan sampai ke Jalan Thambypillay.
Jalan ini pada satu ketika dulu adalah jalan wajib dilawati oleh warga Kuala Lumpur dan wajib dikenali oleh semua jantan-jantan baru yang datang berhijrah ke Kuala Lumpur.
Ada dua jalan yang amat - amat popular di dalam kota Kuala Lumpur : Lorong Haji Taib sebelah Chow Kit Road dan Jalan Thambypillay depan YMCA Brickfeilds.
Untuk aku – siapa yang tidak tahu lorong dan jalan ini kita boleh persoalkan kewarganegaraan sosok ini.
Dua jalan ini memainkan peranan yang amat penting dalam hal kesihatan dan perekonomian negara kita.
Statistik menunjukkan pada bulan Jun 2022 ada 2.1 juta pekerja asing di Malaysia.
Aku rasa 90% pekerja asing ini adalah jantan. Majoriti jantan-jantan ini bekerja – memburuh di sekitar Lembah Klang.
Jantan. Jantan dan jantan ini semua segak dan gagah. Jantan-jantan ini memiliki daya beli. Mereka adalah jantan tanpa betina. Sama seperti cerita yang aku baca dalam buku : Men Without Women yang ditulis oleh Hemingway. Penulis yang amat aku minati.
Maka di sinilah peranan Lorong Haji Taib dan Jalan Thambypillay. Dua jalan ini menyelesaikan masalah jantan tanpa betina ini.
Di permulaan Jalan Thambypillay di tanah lapang yang asalnya tempat letak kereta kemudian jadi wilayah warung dan akhirnya hari ini ada bangunan Old Town Cafe.
Di sinilah tempat aku suka melepak untuk melayan malam. Di sebelah Old Town ini ialah kedai Husen Cafe yang asalnya kedai mee itik yang aku layan pada tahun 70’an.
Aku sendiri melihat perubahan Brickfeilds yang berlaku di hadapan mata kepala aku. Bangunan wujud bangunan runtuh. Panggung berdiri panggung di runtuh. DI ganti dengan bangunan baru. Perniagaan baru datang dan pergi. Pemilik, penyewa bertukar ganti.
Tapi Jalan Thambypillay tidak berubah. Dari zaman aku di UM lagi wilayah ini dikenali sebagai kawasan ‘ lampu merah ‘. Ini terjemahan dari konsep ‘red light district ‘ wilayah East End kota London.
Bilik yang ada lampu merah yang terpasang ini adalah tanda dalam bilik ini ada perempuan yang sedia ditiduri. Bukan percuma wajib dibayar untuk mengeluarkan air yang sudah naik ke kepala.
Tanda lampu ini sama seperti tanda lampu kalimantang - merah, hijau dan biru : tanda kedai makan Tom Yam.
Tahun 70’an nama Brickfeilds tidak sehangat Lorong Haji Taib. Tersenarai tapi bukan top.
Pernah sekali aku membawa tamu pemimpin pelajar dari Hong Kong. Kami masuk ke dalam bar yang agak gelap di Jlan Thambypillay.
Minuman ‘chic’ zaman itu ialah Bicardi dan Coke. Di zaman itu bar seperti ini diberi nama Bar Raba Raba Tetek.
Pelayan bar akan datang membawa minuman. Sang pelayan – sentiasa wanita - boleh ajak duduk bersama. Dia akan melayan kita. Jika nasib baik , jika perbualan tersusun, jika bijak mengayat Sang Pelayan boleh diajak pulang ke rumah.
Tahun 1972 aku hanya seorang pelajar yang dapat biasiswa Negeri Sembilan. Cerita menarik dari bar Brickfeilds ini hanya aku dengar. Aku tidak ada keupayaan. Aku tidak memiliki modal.
Ketika aku melepak di Old Town Cafe selalu aku berkhayal aku ini di Soho London. Atau di Pigalle kota Paris yang pernah aku lawati. Sayangnya hanya sekali.
Sekalu pun sudah memadai. Dalam hidup ini sekali ke Pigalle pun jika mata terbuka telah memadai. Aku ingat lagi perempuan muda dengan make-up tebal berdiri di kaki lima di sebelah kedai makan Arab di Pigalle.
Untuk aku Jalan Thambypillay ini aku samakan dengan Soho dan Pigalle.
Tapi Jalan Thambypillay ini untuk aku lebih hebat. Lebih bersejarah. Sejarah apa? Sejarah sosok-sosok yang bertemu dengan aku di Old Town Cafe.
Siapa? Tunggu sambungan. (TT)
TULISAN INI JUGA
DISIARKAN DALAM PORTAL
MALAYSIANOW.COM
https://www.malaysianow.com/my/opinion/2023/03/13/dari-brickfields
Langgan:
Catatan (Atom)










