Khamis, 30 November 2023

RINGGIT JATUH LAGI !!!



Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS

NILAI ringgit diniagakan rendah berbanding dolar AS pada sesi awal dagangan pagi ini apabila mata wang AS itu meningkat selepas data menunjukkan ekonomi AS berkembang lebih pantas pada suku ketiga.

Pada 9.15 pagi, ringgit menyusut nilai kepada 4.6525/6570 berbanding dolar AS daripada  4.6495/6550 pada penutupan dagangan Rabu.

Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) AS dilaporkan berkembang pada kadar tahunan 5.2% pada suku ketiga, meningkat daripada anggaran awal 4.9%.

Bagaimanapun, Ketua Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata penurunan lebih ketara dalam hasil Perbendaharaan AS jangka pendek menunjukkan terdapatnya jangkaan bagi penurunan kadar faedah pada 2024.

“Semua ini sepatutnya memberi petanda baik kepada ringgit, terutamanya apabila ringgit semasa berbanding paras dolar AS telah menembusi paras sokongan sebelum ini iaitu RM4.6611.

“Paras sokongan seterusnya ialah pada RM4.5778,” katanya kepada Bernama, sambil menambah kenyataan daripada pegawai Rizab Persekutuan mencadangkan Kadar Dana Persekutuan pada 5.50 peratus telah mencapai paras kemuncaknya.

Pada awal dagangan, ringgit diniagakan lebih rendah berbanding sekumpulan mata wang utama.

Mata wang tempatan menyusut nilai berbanding euro pada 5.1080/1129 daripada 5.1014/1075 pada penutupan Rabu, turun berbanding pound Britain pada 5.9068/9125 daripada 5.8951/9021 dan rendah berbanding yen Jepun pada 3.1641/1676 daripada 3.1513/1553 sebelumnya.

Berbanding mata wang Asean yang lain, ringgit bergerak bercampur-campur.

Nilai ringgit naik sedikit berbanding baht Thai kepada 13.3439/3630 daripada 13.3484/3722 dan lebih tinggi berbanding peso Filipina pada 8.38/8.40 daripada 8.39/8.41 semalam (Rabu).

Bagaimanapun, mata wang tempatan susut sedikit berbanding dolar Singapura pada 3.4923/4962 daripada 3.4909/4953 dan lemah berbanding rupiah Indonesia pada 302.1/302.6 daripada 301.9/302.5 sebelumnya. – Bernama, 30 November, 2023.

BELANJAWAN

YANG BARU

DI LULUS GAGAL

 BANTU NAIKKAN

NILAI  RINGGIT

AMIN

WAT IS DE BEKOS

KAH KAH KAH

AMIN

INI MENUJU

KERAJAAN GAGAL

AMIN

KHALAS

TERUSKAN PERANG ?


Hamas bebaskan lebih ramai tebusan 

LEBIH banyak tebusan dibebaskan dari Gaza pada Rabu, ketika rundingan lanjutan gencatan senjata antara Israel dan Hamas berlangsung beberapa jam sebelum ia tamat.

Menjelaskan keperluan mendesak, Setiausaha Negara AS Antony Blinken tiba di Israel untuk rundingan mengenai bantuan ke Gaza dan gencatan senjata, yang dijadualkan berakhir awal Khamis selepas penghentian pertempuran selama enam hari.

Namun sumber Hamas berkata kumpulan itu  tidak berpuas hati dengan cadangan Israel untuk lanjutan.

“Apa yang dicadangkan dalam perbincangan untuk melanjutkan gencatan senjata bukanlah yang terbaik,” kata sumber itu kepada AFP, sambil menambah bahawa perbincangan itu tertumpu untuk melanjutkan jeda kemanusiaan selama “dua hari atau lebih”.

Kabinet perang Israel bermesyuarat lewat Rabu mengenai cadangan untuk melanjutkan gencatan senjata, kata laporan media.

Ketika perbincangan diteruskan, 10 tebusan Israel dibebaskan, antaranya lima wanita, tiga kanak-kanak dan dua lelaki berusia 18 tahun, kata pejabat perdana menteri.

Sebagai balasan, menurut kementerian luar Qatar, Israel membebaskan 30 rakyat Palestin, 14 wanita dan 16 remaja dan kanak-kanak.

Ia adalah kumpulan keenam warga Israel, dan warganegara asing lain, yang dibebaskan di bawah perjanjian gencatan senjata yang diurus oleh Qatar, Mesir dan Amerika Syarikat.

Empat lagi tebusan Thai turut dibebaskan bersama dua wanita yang memegang dua kewarganegaraan Rusia dan Israel, di luar syarat perjanjian.

Pembebasan dua wanita itu disifatkan oleh Hamas sebagai mengiktiraf “usaha” Presiden Rusia Vladimir Putin.

Perjanjian gencatan senjata itu telah menghentikan sementara pertempuran yang bermula pada 7 Oktober apabila Hamas menyerbu sempadan ke Israel, membunuh 1,200 orang, kebanyakannya orang awam, dan menculik kira-kira 240, menurut pihak berkuasa Israel.

Kempen serangan udara dan darat Israel di Gaza telah membunuh hampir 15,000 orang, yang kebanyakannya orang awam, menurut pegawai Hamas, dan menjadikan sebahagian besar utara wilayah itu kepada runtuhan. – AFP, 30 November, 2023.



JIKA NETANYAHU

TERUSKAN PERANG

HAMAS DAH SEDIA

KHALAS

MALAH LEBIH BAIK

PERANG TENTUKAN

KALAH MENANG

AMIN

KETIKA INI HAMAS

DIATAS DAN

ZIONIS MERUDUM

AMIN

PERANG SEKALI

GUS HAPUSKAN

ZIONIS ISRAEL

AMIN

ALANG ALANG

JADI DEBU

BIAR SAMA HANGUS

AMIN

KHALAS

DUA RIBU SOLDADU ISRAEL LARI !!!


DUA RIBU SOLDADU

ISREAL LARI

TAK MAHU 

MASUK BERPERANG

KHALAS

MAIN BONTOT


MAIN BONTOT

AMIN

Unknown commented on
 "SATU PANDANGAN YANG BIJAK"

Main bontot adalah rekaan Atok dan Din Bapok Tua.

Kalu betul dah tertutup rapat rezeki dia PMX.

Yang tertutup rapat rezeki adalah yang menganiaya dia, Atok hilang semua deposit diPRU15 sekarang merempat dengan Proklamasi Mevlâ’yu dan PM Tepi SG4 tunggu ehsan TALIBAN.
Din Bapok Tua yang reka SD2 Liwat kalah PRU14, dapat Lesen Komoditi pancit muflis, kalah petition election RM500,000, kalah PRU15 hanya 808 undi, maseh terpacak dipoket Atok sbg Pengerusi Proklamasi Melayu.

PMX steady PM prestasi mencanak baik tunggu Sultan Johor baik YDPA.

Itu bukan rezeki Peliwat laknat Allah.


AKTA MELAWAN GEMOK


KALAU BETUL

NAK JAGA

KESEHATAN

 RAKYAT

BUAT AKTA

MELAWAN GEMOK

AMIN

Unknown commented on
 "AKTA ANTI ROKOK ?"

perbandingan dangkal dengan semua tu. eh hishamuddin kau lupa kau nyaris mati kalau tak henti rokok. aku masih ingat masa awal blog ni dulu kau tulis selalu migrain sebelum henti. bodoh punya boomer

EMAS


EMAS


KHAMIS 30 NOVEMBER  2023
EMAS NAIK HARGA
JENG JENG JENG

BERITA MELAPORKAN
BAGAIMANA KEDAI EMAS
RANCAK MENIAGA
SAPA ADA EMAS
MULA JUAL EMAS

BETUL
EMAS PERAK BUKAN MACAM
RINGGIT DOLAR ATAU RUPIAH
ADA TURUN ADA NAIK
EMAS DAN PERAK
TEGUH LAMA DAN HARGA
TERUS MENINGKAT

AWAS
BILA BANK NEGARA
ARAH KITA GUNA DUIT DIGITAL
EMAS DAN PERAK
JADI PILIHAN

SATU MASA NANTI
DUIT KERTAS DUIT SEN
AKAN DI HAPUS
JENG JENG JENG

PROJEK INI SEDANG DIRANCANG
SEMUA UNTUK PASTIKAN
ORANG RAMAI DAPAT DI KAWAL
DENGAN DUIT DIGITAL
KALAU LU LAWAN KERAJAAN
DUIT LU TAK LEH KELUAR
JENG JENG JENG

ISRAEL
ANTHONY BLINKEN
SETIAUSAHA NEGARA AMERIKA
SAMPAI KE TEL AVIV
NAK BINCANG SAMBUNG
GENCATAN SENJATA

GAZA
ISRAEL BEBAS 30 PALESTIN
HAMAS BEBAS 16 TAWANAN

THAILAND
MENTERI LUAR SIAM
SAMBUT 6 ORANG
TAWANAN HAMAS 
DENGAN AIR MATA

UKRAINE
PERANG MASUK KE HARI 645
ZELENSKY GELABAH
SOLDADU DAH PUPUS
SENJATA SAMPAI TAPI
TAKDA SAPA NAK MENEMBAK
KAH KAH KAH

HOKKIEN
PAGI INI BASAH SEJUK BERKABUS
KL & KL SENTRAL BERKABUS NIPIS
RENYAI RENYAI BAWA KABUS

MATA HARI TAK KELUAR
LANGIT KELAM
TERKUKUR BERLAGU
TIONG BERCEKAK
YANG LAIN TAK DENGAR

WARGA ASLI HOKKIEN
PAGI INI HILANG
DARI KAWASAN

KETIKA GUA MENGETIK INI
GUA DENGAR JANTAN BERKOKOK
DI BERLAKANG  FLET
DALAM  HUTAN BELUKAR

GUA YAKIN HARI INI AKAN PANAS
PETANG MUNGKIN HUJAN
MALAM SEJUK SANTAI

BRO
SENYUM
KITA SAMBUT KHAMIS
YANG INDAH

PERGI KE LAUT MEMANCING PARI
PARI DI  PANCING DAPAT GELAMA
PERANG DIHENTI ENAM HARI
KENAPA TIDAK TERUS SELAMA LAMA

BUAH MANGGIS BUAH NENAS
GOSOK SELUAR GOSOK KEMEJA
KAUM ZIONIS NAK HAPUS HAMAS
KINI DENGAN HAMAS DUDUK SEMEJA 

LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI

SELAMAT BERKHAMIS