Jumaat, 29 Mac 2024

INI SAH AKIBAT CUACA



Empat empangan air berada pada paras kritikal

KUALA LUMPUR – Empat empangan iaitu Empangan Sembrong Barat di Johor, Empangan Air Hitam di Pulau Pinang, Empangan BS Padang Saga dan Empangan Malut di Kedah berada di paras kritikal.

Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) berkata, setakat semalam, baki stok simpanan air mentah di Empangan Sembrong Barat di Johor sebanyak 31.65 peratus manakala Empangan Air Hitam di Pulau Pinang (35.00 peratus).

Stok bekalan air di Empangan BS Padang Saga dan Empangan Malut di Kedah masing-masing sebanyak 39.67 dan 39.90 peratus.

Sementara itu, Empangan Muda di Kedah yang mempunyai stok bekalan 41 peratus diletakkan di bawah parasa amaran.

Manakala tiga empangan lagi menunjukkan stok simpanan air berada pada paras waspada.

Empangan tersebut ialah Empangan Timah Tasoh (56.25 peratus) di Perlis, Empangan Bekok (68.58 peratus) di Johor dan Empangan Teluk Bahang (69.00 peratus) di Pulau Pinang.

Untuk rujukan, baki storan kurang 40 peratus diletakkan di bawah paras kritikal, 41 hingga 50 peratus amaran, 51 hingga 70 peratus waspada serta lebih 71 peratus normal.

Dalam laporan ringkas status cuaca panas, Nadma berkata, pada 25 Mac 2024, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) telah mengeluarkan hebahan ramalan kemarau bagi tiga lembangan sungai iaitu Sungai Muda Kedah, Sungai Kelantan dan Sungai Melaka.

Keadaan ini mungkin akan menyebabkan masalah gangguan bekalan air di daerah Sik, Pasir Mas, Machang, Tanah Merah, Kota Bharu dan Alor Gajah.

Manurut laporan itu lagi, pada 25 hingga 27 Mac, Perlis mencatatkan cuaca panas tahap 2 (gelombang haba) manakala daerah Hulu Perak, Perak mencatatkan cuaca panas tahap 2 pada 26 – 27 Mac 2024.

Seterusnya pada 25 Mac 2024, daerah Beaufort, Sabah mencatatkan cuaca panas tahap 2, manakala daerah Kota Setar, Kedah dan Pokok Sena, Kedah mencatatkan cuaca panas tahap 2 pada 27 Mac 2024.

Pada 25 Mac 2024, terdapat 41 daerah di Semenanjung, tiga daerah di Sarawak dan satu daerah di Sabah mencatatkan cuaca panas tahap 1 manakala terdapat 37 daerah di Semenanjung, dua daerah di Sabah dan dua di Sarawak mencatatkan cuaca panas tahap 1 pada 26 Mac 2024.

Pada 27 Mac 2024, terdapat 31 daerah di Semenanjung dan dua daerah di Sabah mencatatkan cuaca panas tahap 1.

Untuk rujukan, tahap 1 (berjaga-jaga) suhu maksimum harian 35°C hingga 37°C sekurang-kurangnya tiga hari berturut-turut); tahap 2 (gelombang haba) suhu maksimum harian melebihi 37°C hingga 40°C sekurang-kurangnya tiga hari berturut-turut) dan tahap 3 (gelombang haba ekstrem) suhu maksimum harian melebihi 40°C sekurang-kurangnya 3 hari berturut-turut). – 

INI TANDA JELAS

DUNIA MAKIN

PANAS

AMIN

RAWANG BANJIR

HUJAN LEBAT

TAPI

AIR DI TASIK

MAKIN SUSUT

AMIN

INI NAMANYA

MALAPETAKA 

IKLIM

KHALAS

AKIBAT CUACA ?



Bas terbalik, 

dua maut 

di Lebuh Raya Karak
BENTONG – Polis mengesahkan kesesakan aliran trafik teruk berlaku di Kilometer 54.1, Lebuh Raya Karak-Bentong arah menghala Timur awal pagi tadi berpunca akibat kemalangan berhampiran Hentian Rehat Lentang.

Kemalangan berlaku membabitkan sebuah bas terbabas dan terbalik dalam kejadian 8 pagi tadi memuatkan 19 penumpang dan seorang pemandu, menurut sumber.

Difahamkan dua penumpang maut merupakan seorang lelaki dan seorang wanita manakala pemandu bas cedera telah dihantar ke Hospital Bentong.

Sehingga 9.30 pagi ini kini kerja-kerja mengalih bas sedang dilakukan. Justeru aliran trafik masih sesak sejauh dua kilometer menghala ke Bentong.

Pihak polis masih dalam siasatan lanjung berhubung insiden tersebut.

APAKAH KERANA

CUACA JALAN

LICIN ?

KHALAS 

WARGA AMERIKA TAK SOKONG ISRAEL



Semakin ramai warga AS menentang serangan Israel ke atas Gaza

WASHINGTON – Majoriti rakyat Amerika Syarikat (AS) kini tidak bersetuju dengan tindakan ketenteraan Israel di Semenanjung Gaza, berbanding November lalu, menurut tinjauan Gallup.

Mengikut keputusan terkini berbanding tinjauan 1-20 Mac lalu, sokongan telah menurun daripada 50% kepada 36% sejak November, manakala 55% responden pada masa ini tidak bersetuju dengan serangan rejim zionis itu.

Sebanyak 74% orang dewasa AS berkata, mereka mengikuti berita tentang situasi Israel-Hamas “dengan rapat,” sama dengan 72% yang diukur pada bulan November.

Satu pertiga daripada rakyat Amerika (34%) mengatakan mereka mengikuti situasi “sangat rapat.”

Ketiga-tiga kumpulan parti utama di AS telah menjadi “kurang menyokong” tindakan Israel di Gaza berbanding November, yang termasuk penurunan 18 mata peratusan dalam kelulusan dalam kalangan kedua-dua Demokrat dan bebas serta penurunan tujuh mata dalam kalangan Republikan.

“Undi bebas telah beralih daripada berpecah-belah dalam pandangan mereka tentang tindakan ketenteraan Israel kepada menentangnya.

“Demokrat, yang sudah banyak menentang pada bulan November, lebih-lebih lagi sekarang, dengan 18% meluluskan dan 75% tidak bersetuju.

“Rakyat Republikan masih menyokong usaha ketenteraan Israel, tetapi majoriti berkurangan kepada 64%, turun daripada 71%,” menurut laporan tersebut.

Awal minggu ini, Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)meluluskan resolusi menuntut gencatan senjata segera di Gaza pada bulan Ramadan.

AS berkecuali daripada mengundi, dan bukannya menggunakan kuasa vetonya berikutan pembatalan lawatan Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu oleh penasihat kanannya ke White House.

Israel telah melancarkan serangan ketenteraan maut di Semenanjung Gaza sejak serangan rentas sempadan oleh Hamas pada 7 Oktober 2023.

Lebih 32,200 rakyat Palestin telah terbunuh dan lebih 74,500 cedera di tengah-tengah kemusnahan besar-besaran dan kekurangan barang keperluan. – Agensi

WARGA  AMERIKA

TAK SOKONG

ZIONIS ISRAEL

AMIN

YANG SOKONG 

ZIONIS ISREAL

POLITIKUS AMERIKA

AMIN

MEREKA PERLU

DANA DARI

ZIONIS  MAHA KAYA

KHALAS

PEMUDA HARAPAN BANGSA


PEMUDA 

HARAPAN BANGSA

AMIN 

LGBT DALAM ALMARI



LGBT 

DALAM ALMARI

KHALAS

Unknown commented on
 "SATU LAGI KEJAYAAN SIAM"

Sana sudah terbuka sini masih sorok-sorok itu saja beza, semakin ramai semakin meluas budaya LGBT cuma disorokkan dengan topeng muka lagi kah kah kah sejak alam asrama sudah mula kah kah kah


 

CARI TOK KONG YG BOLEH BANTU



CARI TOK KONG

YG BOLEH BANTU

AMIN 

Unknown commented on 
"KK MART MASIH HANGAT"

Nampak gaya kerja disambung kartel kartel yang tidak lagi pegang projek komisen imbuhan sumbangan daripada cukong, cukong telah berubah sembahyang kepada Tokong DAP, tokong yang dilihat boleh melancarkan operasi, kerjasama yang erat, tokong diketuai Guan Eng tokong terbesar sekarang kah kah kah, cukong tidak lagi menghantar ufti kepada Tuhan lama kerana sudah hilang kuasa kepercayaan kena cari Tuhan baru tapi siapa akan jadi Tuhan baru nanti? Inilah kerja kerja daulah yang sedang berjalan kah kah kah