Selasa, 17 Disember 2024

GEROMBOLAN KENA KENCING



Pemimpin UMNO terus bersuara isu ‘pindah parti’

KUALA LUMPUR — Beberapa pemimpin UMNO terus bersuara menyatakan pandangan berhubung desas desus Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO Tengku  Zafrul Tengku Abdul Aziz akan menyertai PKR.

Mereka bercakap mengenai kesetiaan dan kejujuran kepada parti serta menghentikan budaya tukar atau lompat parti.

Naib Presiden UMNO,  Mohamed Khaled Nordin turut melontarkan nasihat kepada ahli parti itu untuk sentiasa mempunyai kekuatan diri dan tidak mengharapkan sebarang keistimewaan sewaktu menyertai wadah politik.

Beliau berkata, dalam sebuah parti politik yang besar, wujud pelbagai budaya termasuklah perilaku cah keting (sabotaj) dan adalah penting untuk mereka menjadikannya sebagai satu cabaran.

“Mana-mana pertubuhan parti, macam-macam budaya ada dan sebagai orang politik, kita perlu mempunyai kekuatan. Tidak boleh bermanja-manja untuk masuk parti, tidak boleh mengharapkan keadaan untuk mendapatkan keistimewaan.

Apa pun dalam sebuah organisasi yang mempunyai ramai ahli, macam-macam budaya ada dan di sinilah kita didedahkan dan membina kekuatan, memahami serta mengatasi cabaran untuk dihadapi.

“(Jadi) saya nak kata (perilaku sabotaj) ada, tiada, saya nak kata tiada, ada… jadi masing-masinglah,” katanya dalam sidang akhbar di Parlimen di sini hari ini.

Mohamed Khaled berkata, setakat ini tiada perbincangan mengenai isu Tengku Zafrul di kalangan pemimpin tertinggi UMNO termasuklah perbincangan mengenai tindakan yang akan diambil parti terhadap Ahli MKT itu.

Ahli MKT UMNO,  Saarani Mohamad pula menasihati Tengku Zafrul supaya terus taat setia kepada parti.

Saarani yang juga Menteri Besar Perak berkata, budaya ahli politik bertukar parti dalam Kerajaan Perpaduan tidak boleh dibiarkan kerana hanya akan menimbulkan rasa curiga dan hilang percaya antara parti komponen.

“Untuk tujuan jangka masa panjang, (budaya ahli politik bertukar parti) bagi mana-mana gabungan tak baik.

“Saya bukan saja rujuk Tengku Zafrul, tetapi kepada sesiapa saja. Oleh sebab itu, saya bersetuju apabila Presiden UMNO,  Ahmad Zahid Hamidi sebut elakkan daripada membenarkan ahli sesama gabungan meninggalkan parti dan masuk parti lain

Yang ini (isu Tengku Zafrul) kita kata daripada UMNO nak masuk PKR. Kemungkinan selepas ini ada (ahli) PKR nak masuk UMNO. Jadi kedua-duanya tak cantik. Kepada ahli parti, bersetialah kepada satu-satu parti,” katanya selepas menyempurnakan Majlis Apresiasi Gerakan Koperasi Perak di Kelab Golf Diraja Perak di sini, hari ini.

Saarani berkata, jika dibenarkan berlaku ahli politik bertukar parti, ia akan menjadi suatu isyarat yang salah kepada generasi muda.

Ketua Wanita UMNO  Noraini Ahmad pula mengingatkan Kerajaan Perpaduan yang mentadbir negara ketika ini terbina di atas asas perpaduan yang memerlukan keikhlasan, bukannya percaturan politik yang merosakkan.

Ahli Parlimen Parit Sulong itu berkata, seperti sering ditekankan Presiden UMNO,  Zahid Hamidi, UMNO berdiri teguh di atas prinsip kepercayaan dan kerjasama yang terbina itu.

Justeru, katanya, budaya lompat parti jika berlaku bukanlah tindakan yang bertanggungjawab, tetapi hanya akan mengundang ketidakstabilan, merosakkan kepercayaan dibina dan mengorbankan masa depan rakyat demi kepentingan sempit segelintir pihak.

“Wanita UMNO menyeru kepada semua pemimpin dan pemain politik untuk kembali kepada nilai yang lebih tinggi iaitu nilai keikhlasan, kejujuran dan tanggungjawab terhadap rakyat yang kita pimpin.

“Politik bukan sekadar soal kuasa, tetapi amanah yang dipikul demi masa depan bangsa dan negara,” katanya dalam satu kenyataan seperti dilaporkan UMNO Online.

Beliau berkata, sayap parti itu bertekad untuk memperkukuhkan kesatuan parti, mempertahankan kestabilan politik dan memastikan budaya lompat parti itu dihentikan.

“Kita perlu fokus kepada agenda yang lebih besar iaitu memajukan negara dan membela rakyat,” katanya.

Sementara itu, UMNO Kedah ‘mengutuk sekeras kerasnya’ tindakan ahli parti berpindah dan melompat parti walaupun ianya berlaku diantara parti komponen Kerajaan Perpaduan.

Ketua Penerangannya,  Shaiful Hazizy Zainol Abidin dalam kenyataannya berkata, tindakan itu sangat tidak boleh diterima dan parti perlu mengambil tindakan terhadap mana-mana ahli yang bertindak berbuat demikian.

Katanya, UMNO Kedah menyokong penuh ketegasan Presiden UMNO yang memandang serius dan sama sekali menolak tindakan sesetengah ahli parti berpangkat “kepimpinan” yang dilihat mengadakan perbincangan untuk melompat parti walaupun ianya terdiri daripada parti komponen kerajaan sendiri.

Ianya membuktikan pendirian Presiden yang tegas dan komited dalam memelihara kestabilan hubungan di antara sesama komponen parti di dalam Kerajaan Perpaduan.

“UMNO Kedah menyifatkan tindakan ini tidak beretika, terdesak dan “opportunis” serta mampu menjadi barah yang mampu meruntuhkan struktur parti. Justeru, UMNO Kedah ingin mendesak agar komponen parti di dalam Kerajaan Perpaduan tidak sama sekali melayan tindakan yang sangat tidak bermaruah ini.

UMNO Kedah kekal komited mendokong kerjasama di dalam Kerajaan Perpaduan, namun perlu ada “garisan” tertentu yang perlu dihormati,” katanya. — BebasNews

WOIT

KAH KAH KAH

GEROMBOLAN

NAK BUAT APA?

KAH KAH KAH

BARU SEKARANG

SEDAR SAPA

MAT MOHONG

KAH KAH KAH

KHALAS

ANGKA MATI DI PALESTIN TERUS MENINGKAT



Angka kematian serangan Israel di Gaza lebih 45,000 orang

ANKARA: Sekurang-kurangnya 52 lagi rakyat Palestin terbunuh dalam serangan Israel di Semenanjung Gaza dalam tempoh 24 jam yang lalu, menjadikan jumlah kematian keseluruhan sejak tahun lepas mencecah 45,028 orang, lapor Agensi Anadolu (AA), memetik kenyataan Kementerian Kesihatan Palestin.

Menurut kenyataan kementerian itu hari ini, seramai 106,962 orang lagi cedera dalam serangan yang berterusan oleh rejim tentera Isreal.

Tentera Israel membunuh 52 orang dan mencederakan 203 yang lain dalam tujuh pembunuhan keluarga dalam tempoh 24 jam yang lalu, menurut kementerian itu.

"Ramai lagi mangsa yang terperangkap di bawah runtuhan dan di jalan raya kerana penyelamat tidak dapat sampai kepada mereka," katanya.

Serangan Israel ke atas Semenanjung Gaza berterusan meskipun terdapat resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang menggesa gencatan senjata segera.

Tahun kedua genosid di Gaza ini semakin mendapat kecaman antarabangsa yang semakin meningkat, dengan pegawai dan institusi menyifatkan serangan dan sekatan penghantaran bantuan kemanusiaan, sebagai percubaan sengaja untuk memusnahkan penduduknya.

Pada bulan lalu, Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) mengeluarkan waran tangkap ke atas Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu dan bekas Menteri Pertahanan Yoav Gallant atas tuduhan jenayah perang dan jenayah terhadap kemanusiaan di Gaza.

Israel juga berhadapan dengan kes genosid di Mahkamah Keadilan Antarabangsa berikutan serangan yang dilancarkan ke atas Gaza. - BERNAMA-AA

ANGKA MATI

DI PALESTIN

TERUS MENINGKAT

AMIN

ARAB DAN UMAT

ISLAM TERUS

SENYAP

KAH KAH KAH

TAK BERANI

BERSUARA

TAKUT

 BLACKROCK

MARAH 

KAH KAH KAH

KHALAS

ZAFRUL KATAK ATAU CICAK


ZAFRUL INI

KATAK ATAU CICAK

KAH KAH KAH

KHALAS

ZAFRUL JUBO KUNING KE ?


ZAFRUL 

JUBO KUNING KE?

AMIN

Unknown commented on 
"GEROMBOLAN MULA 
MARAH BILA KENA KENCING"

Data dari mana nie? Khidmat zafrul cam taik kat miti...dulu cam pundek kimakzzz kat cimb...kakakakak..kalau jubo kuning boleh la..ada backup baik punya. Kalau tarak dia cam biasa je...sohai

MAHAKAYA MAHARASUAH

 


INI CHINA

MAHAKAYA

MAHARASUAH

KHALAS

Unknown commented on

 "SATU YANG BARU"

konspirasi reformasi madani terhormat 3R sakau47 plus 40 & thaksin sina wat de becoz kahkahkah teruskan

Unknown commented on 

"INI BUKAN KATAK BARU"

bukan katak tapi teungku noo melayu mudah picaya & teruja dengan nama gelaran kahkahkah

Unknown commented on 

"SATU YANG BARU"

Ini amat ketimbang thaksin itu cina thai..kimakzzzz mana akmal mana sang boikutt...kenapa tak amik punatsihat pelesitin, hamas atau hisbola?

PAGI INI


PAGI INI


SELASA 17 DISEMBER 2024
HEBOH TENTANG
TENGKU ZAFRUL 
NAK BERALIH PARTI
CERITA MASIH HEBOH
MACAM MACAM CERITA
DI DENGAR

SEMUA PASANG 
PANDANGAN 5 SEN
KAH KAH KAH
ZAFRUL BUKAN LOMPAT PARTI
KALAU LOMPAT PARTI SALAH
ZAFRUL TUKAR PARTI
KAH KAH KAH

RAFIZI SENYAP AJE
APAKAH RAFIZI SEDAR
MAT MOHONG BAWA ZAFRUL
MASUK DALAM PKR
UNTUK LAWAN RAFIZI
KAH KAH KAH

WOW
PELIK BERITA
MAT MOHONG LANTIK
MAHAKAYA
MAHA RASUAH JADI PENASEHAT
KAH KAH KAH
BUKAK MULUT MOHONG
BUKAK MULAT MOHONG
CAKAP ANTI MAHA KAYA
CAKAP ANTI RASUAH
TAPI YANG TERLIBAT RASUAH
ADA DI KIRI
ADA DI KANAN
DI KIRI ZAHID
DI KANAN THAKSIN
KAH KAH KAH

CANADA
TIMBILAN PERDANA MENTERI
LETAK JAWATAN
KERANA KES TRUMP
NAK  CUKAI CANADA

FILIPINA
MINAH FILIPINA
DI BEBAS DARI PENJARA
INDONESIA 
KES DADAH
DAH DI PENJARA HUKUM MATI
 SEMENJAK 2010

GERMAN
OLAF SCHOLZ
KALAH UNDI TAK PERCAYA
MAKA GERMAN AKAN
ADA PRU TAK LAMA LAGI


HOKKIEN
PAGI INI CERAH BASAH SEGAR
KL & KL SENTRAL CERAH
MATA HARI BELUM BERSINAR
LANGIT BIRU BERAWAN PUTIH

HA HA
HOW WOW BERLAGU
DI AWAL PAGI
TERKUKUR BERSUARA
DI SANA SINI
CHIP CHIP CHIP
PIPIT MENCARI REZEKI
TIONG BERSUARA
DALAM BELUKAR

CHIAP CHIAP CHIAP
MACAM SUARA AYAM
INI BURUNG APA?
BADAN TAK NAMPAK
SUARA DI DENGAR

HARI INI PASTI PANAS
TAK TAK DAH BERJEMUR
DI BALKONI
MALAM HUJAN
PASTI SEJUK SANTAI

BRO
SENYUM
SENYUM DI PAGI
SELASA

BRO
DIMANA PUN LU BERADA
LU BOLEH GUMBIRA
ENJOI DE MENJOI

BRO
DALAM HIDUP INI
AMALKAN
BERCAKAP BENAR
BUKAN MOHONG

BRO
TAK ADA PELITA
TAK ADA CERITA
AMIN

LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI

SELAMAT BEKERJA