Isnin, 28 April 2025
LAGI KES SCAM
Pakej melancong palsu: Bekas suami Kim Seri ditahan
JOHOR BAHRU – Polis Johor menahan bekas suami kepada pempengaruh media sosial yang dikenali sebagai ‘Kim Seri’ bagi siasatan kes menipu mangsa dengan menawarkan pakej pelancongan ke Korea Selatan.
Ketua Polis Johor M Kumar berkata warga tempatan berusia 41 tahun itu merupakan pemilik akaun syarikat Cikgu Kimchi Trading yang menggunakan syarikat berkenaan untuk menerima pembayaran daripada mangsa.
Beliau berkata tangkapan dilakukan pada 21 April lepas dan lelaki itu masih ditahan untuk siasatan lanjut bagi lapan lagi aduan di negeri ini bagi kes yang sama.
“Lapan kertas siasatan telah dibuka terhadap akaun terlibat membabitkan Johor Bahru Selatan, Kota Tinggi, Seri Alam, Iskandar Puteri, Muar dan Kluang serta akan dikemukakan kepada Timbalan Pendakwaraya untuk selanjutnya.
“Kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana kesalahan tipu. Polis Johor turut mendapati suspek juga terlibat dengan modus operandi yang sama di beberapa kontinjen (negeri) lain,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Sebelum ini, tular di media sosial mengenai beberapa individu didakwa menjadi mangsa penipuan agensi pelancongan milik pempengaruh tempatan yang menetap di Korea Selatan dengan jumlah kerugian hampir RM500,000.
Kim Seri atau nama sebenarnya Seri Azlina Mohamed Sani telah membuat permohonan maaf secara terbuka dan berjanji akan memulangkan wang pelanggan yang terjejas.- BERNAMA
JADIKAN MALAON
INI TIKUS CONTOH
AMIN
DENDA BERAT
UNTUK BAGI
LAIN TAKUT
AMIN
DAKWA
PENJARA
DAN
WAJIB DI ROTAN
AMIN
TERKINI - TER NOWW TER HOTT
Titah Adendum: Peguam Negara dibenar merayu keputusan Mahkamah Rayuan
PUTRAJAYA – Peguam Negara, Mohd. Dusuki Mokhtar mendapat kebenaran Mahkamah Persekutuan untuk merayu keputusan majoriti Mahkamah Rayuan yang membenarkan Najib Razak mencabar titah adendum.
Panel tiga hakim diketuai oleh Hakim Besar Malaya, Hasnah Mohammed Hashim membenarkan beliau mengemukakan tujuh persoalan undang-undang untuk dihujahkan dalam pendengaran rayuan kelak.
Mahkamah berpuas hati, persoalan undang-undang yang dikemukakan itu menyentuh isu kepentingan awam yang belum pernah didengar dan diputuskan oleh mahkamah tertinggi negara.
Keputusan sebulat suara itu turut dicapai oleh Zabariah Mohd. Yusof dan Hanipah Farikullah.
Mohd. Dusuki memohon kebenaran merayu dalam usaha mengetepikan keputusan majoriti 2-1 Mahkamah Rayuan yang mengembalikan semakan kehakiman berkaitan titah adendum ke Mahkamah Tinggi untuk perbicaraan.
Mahkamah tertinggi negara selesai mendengar penghujahan Mohd. Dusuki dan peguam Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili bekas Perdana Menteri pada 24 Mac lalu.
Pada 6 Januari lalu, panel tiga hakim Mahkamah Rayuan membenarkan bekas Perdana Menteri mencabar kewujudan titah adendum bagi membolehkan beliau menghabiskan baki hukuman penjara enam tahun dalam tahanan rumah.
Najib sedang menjalani hukuman penjara enam tahun sejak 23 Ogos 2022, selepas disabitkan kesalahan menyeleweng dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd, memfailkan petisyen untuk pengampunan diraja pada 2 September 2022.
Lembaga Pengampunan kemudiannya mengurangkan hukuman penjara Najib daripada 12 tahun kepada enam tahun, manakala denda dikurangkan daripada RM210 juta kepada RM50 juta.
BEBASKAN NAJIB
TANGKAP ZAHID
AMIN
MASUKKAN
ROSMAH KE DALAM
PENJARA SEKARANG
AMIN
BOSS KU ADA HARTA KARUN
BOSS KU
ADA HARTA
KARUN
KAH KAH KAH
AMIN
Unknown commented on
"BEBASKAN NAJIB - TANGKAP ZAHID"
Mungkin Bossku ada lagi harta karun simpan mana-mana, yang terjumpa dahulu mungkin hanya sedikit kah kah kah pasal ini juga mereka beriya sangat nak bebaskan kah kah kah apapun rasuah dengan mereka berpisah tiada isi dengan darah kulit dengan kacang kah kah kah
PAGI INI
PAGI INI
PAGI NI
SENIN 28 APRIL 2025
BULAN SHAWAL ADA LAGI KE?
PENIPUAN DI INTERNET
Tipu dan scam makin menjadi-jadi. Saban hari kita terbaca kes tipu berlaku. Malah pasti kita ada kenal sosok yang jadi mangsa scam. Gua sendiri ada kenal dua kawan rapat yang kena scam.
KENAPA KENA SCAM ?
Melabur. Mencari kekasih. Nak cepat kaya. Dan tidak meneliti iklan yang di baca. Juga mungkin TIDAK arif dalam hal ehwal komputer Internet – terusik dan tercolek – tertekan dan TERTIPU.
JALAN NAK SELESAI
Media kita – radio TV akhbar wajib terus menerus hebohkan berita SCAM Heboh lebih HEBOH dari JOM HEBOH.
Media sosial juga wajib main peranan sama untuk HEBOHKAN berita ini.
HUKUMAN BERAT untuk menipu di Internet – ROTAN SEBAT DAN PENJARA MINIMA 5 TAHUN.
TIPU JUAL TIKET SYURGA
Kes ini juga makin menjadi jadi- Ini hanya scam kepada Melayu/ Islam. Nak pergi Mekah kena tipu. Makin kerap berlaku.
HUKUMAN : wajib sama seperti SCAM INTERNET. Amin
CHINA MERAH
Negara ini mula kacau Filipina, Klim wilayah Filipina sebagai wilayah Chua Merah. Keadaan tegang.
ROME
Beribu mula beratur nak lawat makam Pope Francis yang baru di kebumi.
AMERIKA
Trump kecewa dengan Putin kerana Rusia terus menyerang Ukraine.
KOREA UTARA
Secara resmi Korea Utara akui telah hantar soldadu ke Rusia untuk sokong Putin. Soldadu Korea kini sama berperang di Ukraine.
INDIA-PAKISTAN
Soldadu dua negara ini mula tembak menembak. Apalah perang akan pecah atau hanya auta keling?
HOKKIEN
Pagi ini mendung. Langit pucat gelap. Matahari tidak kelihatan. KL &KL Sentral berkabus. Ujan kemarin.
Pagi sejuk ini How Wow bersuara dari pokok tinggi. Yang lain senyap kerana cuaca dak molek. Tapi Warga Asal tetap menyalak.
Gua rasa matahari akan sampai. Mungkin lambat.
Ketika gua mengetik di hutan hadapan flet jantan berkokok. Jantan muda suara tidak merdu. AMIN
BRO
SENYUM
SENYUM DI PAGI SENIN
Wangilah bunga tepi kolam
Banyak kumbang ikut menyeri
Jika suka merayap malam
Kerja tak siapa beban dicari
Wakil udang kepada belida
Wakil belida kepada buntal
Cerai laki jadi janda
Cari Mat Kulup jadi bantal.
LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI
SELAMAT BERKERJA
Ahad, 27 April 2025
Langgan:
Catatan (Atom)




