Isnin, 22 September 2025

JANJI MULA DITABUR


Sabah kaji sediakan pendidikan tinggi percuma, subsidi pinjaman

Hajiji Noor hari ini mengumumkan kerajaan Sabah sedang mempertimbangkan untuk menyediakan pendidikan percuma kepada pelajar tempatan yang melanjutkan pelajaran di institusi pengajian tinggi kerajaan, iaitu Kolej Universiti Yayasan Sabah (UCSF) dan Kolej Teknologi Yayasan Sabah (KTYS).

Ketua Menteri Sabah itu berkata negeri itu juga bercadang untuk memperkenalkan dasar subsidi pinjaman khususnya pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan Yayasan Sabah bagi meringankan beban kewangan pelajar.

“Inisiatif ini akan memanfaatkan lebih 100,000 peminjam. Saya yakin dasar ini praktikal untuk dilaksanakan kerajaan negeri selaras dengan kedudukan kewangan kita pada masa hadapan.

“Ini membuktikan kesungguhan kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) untuk memastikan lebih ramai pelajar Sabah disokong sambil menjamin akses kepada pendidikan,” katanya ketika merasmikan Konvensyen Pelajar Sabah di Dewan KDCA di Penampang.

Hajiji berkata pendidikan dan pembangunan modal insan menjadi tumpuan kerajaan negeri sejak 2021, dengan lebih RM1.3 bilion diperuntukkan dan ia menjadi jumlah terbesar dalam sejarah Sabah.

“Antara lebih 14 inisiatif pendidikan yang diperkenalkan ialah bantuan sekali bayar RM600 untuk pelajar Sabah yang belajar di Semenanjung Malaysia, Sarawak dan Labuan di bawah program GRS-SubFly, serta RM300 di bawah inisiatif Sentosa untuk mereka yang belajar di dalam negara.

“Sabah juga memperuntukkan dana biasiswa tertingginya sebanyak RM136 juta pada tahun ini untuk memberi manfaat kepada ribuan pelajar, di samping menubuhkan Tabung Pendidikan Negeri Sabah (TPNS) untuk membantu pelajar menghadapi cabaran kewangan,” katanya.

Menurut Hajiji lagi inisiatif berkenan dapat dilakukan kerajaan ekoran pencapaian dari aspek pendapatan negeri yang meningkat hampir RM7 bilion pada tahun lalu.

Dia juga memberitahu Sabah sentiasa mengutamakan kebajikan dengan menjadikan skim Rumah Mesra percuma untuk isi rumah miskin dan inisiatif Sentuhan Kasih Rakyat (Syukur) — bantuan tunai RM300 bulanan untuk 12 bulan kepada 100,000 penerima mulai tahun ini – sebagai bukti.

Pada masa sama dia melahirkan keyakinan bahawa rakyat Sabah, khususnya 970,000 pengundi muda, akan membuat pilihan bijak pada pilihan raya negeri (PRN) ke-17 tidak lama lagi.

"PRN ke-17 penting kerana ia akan menentukan kesinambungan pembangunan Sabah di bawah GRS.

“Masa depan Sabah di tangan anda. Jangan sia-siakan peluang ini. Sabah tidak boleh ketinggalan lagi. Kita mempunyai potensi besar untuk menjadi sebuah negeri yang maju dan berjaya. Inilah masanya," katanya.

JANJI MULA

DITABUR

AMIN

TANDA PRN

AKAN SAMPAI

AMIN

KALI INI

TUKAR KERAJAAN 

AMIN

 RASUAH DAN

 ZARA PELURU

 KEMPEN

KHALAS

RAKYAT TAK PERCAYA PADA KERAJAAN



RAKYAT PERCAYA

PADA SOSIAL MEDIA

KERANA RAKYAT

TAK PERCAYA

 DENGAN

KERAJAAN

KHALAS

AMERIKA WAJIB PERANGI TALIBAN




'Kami bersedia perang selama 20 tahun lagi' - Afghanistan tolak ancaman AS tuntut Pangkalan Udara Bagram


KABUL: Pegawai Afghanistan menolak ancaman Amerika Syarikat (AS) untuk mendapatkan semula Pangkalan Udara Bagram, sekali gus menegaskan sebarang cubaan untuk kembali mewujudkan kehadiran tentera asing di negara ini akan ditentang habis-habisan, lapor Xinhua.

Timbalan Pertama Direktorat Perisikan Afghanistan, Mullah Tajmir Jawad, menekankan bahawa Kerajaan Afghanistan akan mempertahankan sistem sedia ada berhubung tuntutan AS untuk mengambil alih semula pangkalan udara strategik itu.

Malah, nada sama disuarakan oleh Menteri Pertahanan Afghanistan, Mohammad Yaqoob Mujahid.

"Jawapan kami: jika kamu tidak berundur dan mahu pangkalan, kami bersedia untuk berperang dengan kamu selama 20 tahun lagi," katanya kepada media.

Pengarah Politik Kementerian Luar Afghanistan, Zakir Jalaly, turut menolak idea kemasukan semula tentera AS dengan menegaskan rakyat Afghanistan 'tidak pernah menerima tentera asing di tanah air mereka', dan sebarang dialog dengan Washington mesti mengecualikan soal penempatan semula tentera.

Pangkalan Udara Bagram yang terletak kira-kira 50 kilometer di utara Kabul, pernah menjadi pusat operasi AS dan Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) sepanjang tempoh perang selama dua dekad.

Semalam di Washington, Presiden AS, Donald Trump, memberi amaran akan berlaku 'perkara buruk' sekiranya Afghanistan 'tidak menyerahkan semula Pangkalan Udara Bagram.'

"Jika Afghanistan tidak menyerahkan semula Pangkalan Udara Bagram kepada pihak yang membinanya, iaitu Amerika Syarikat, PERKARA BURUK AKAN BERLAKU!!!" tulis Trump dalam akaun Truth Social.

Pengunduran tentera AS dari Afghanistan pada 2021 menyebabkan Taliban mengambil alih pangkalan itu.

Dalam lawatannya ke Britain, baru-baru ini, Trump berkata, AS sedang berusaha mendapatkan semula pangkalan berkenaan.

Kenyataan itu menarik perhatian dan mencetuskan spekulasi sama ada AS bercadang untuk menghantar semula tenteranya ke Afghanistan.

Semalam, Trump memberitahu pemberita di Rumah Putih bahawa AS sedang berbincang dengan Afghanistan mengenai usaha menguasai semula pangkalan itu.

"Kita mahu ia dikembalikan. Kita mahu ia dikembalikan dengan segera, serta merta. Jika mereka tidak melakukannya, anda akan tahu apa yang saya bakal lakukan," katanya.

AMERIKA WAJIB

PERANGI TALIBAN

AMIN

BIAR SAMA SAMA

MUSNAH

KAH KAH KAH

AMERIKA RUNTUH

TALIBAN RAHAI

KHALAS

MADAFAKA SAKIT APA - MAKIN BERAT


MADAFAKA

SAKIT APA?

MAKIN BERAT

KHALAS

Unknown commented on
 "MADAFAKA SAKIT APA ?"

Manusia semakin rosak, semakin rosak akal, semakin rosak fikiran, semakin rosak akhlak, semakin rosak tamak haloba, semakin menjadi-jadi apabila DUIT menjadi kiblat menjadi fitnah hukum hakam dunia dikuasai sepenuhnya, apabila berkuasa lupa lama lupa kesusahan kepenatan lampau, manusia mudah lupa dunia bukan milik seseorang malah perlu dikongsi dengan pelbagai bangsa kaum agama, 

perbaiki diri sendiri dahulu sebelum bercakap pasal orang lain amin, itulah ajaran agama tak kira agama apa sekalipun, semuanya semakin taksub dengan bangsa agama ketuanan sendiri tidak sampai melupakan orang lain, selalunya ini dilakukan oleh golongan kurang pembelajaran ilmu kurang pemikiran otak, suka menghasut tidak menghabiskan pembelajaran penuh,. 

mencari jalan singkat seperti saudara TT kita yang mengaku ilmuwan dunia tetapi terus memainkan isu-isu lama baharu mengikut acuan pemikiran dia seorang kah kah kah, ingat anjing engkau masih menggunakan kubur bangsa lain amin, semoga hidup lama macam Mahathir Mohamad dan memikirkan penghujung jugak amin syukur alhamdulillah

TURUN DEMO 4 OKTOBER


TURUN DEMO

SABTU 

4 OKTOBER 2025

SOGO JAM 2 PTG

Unknown commented on 
"BANTUAN LUAR"

kena demo besar-besaran tolak ura dah pinda akta pengambilan tanah

tujuan asal APT 1960 adalah untuk " memproses pengambilan tanah dan membayar pampasan mencujupi"

"tiada undang2 yang boleh membuat peruntukan bagi mengambil atau menguna harta benda secara paksa dengan dengan tiada pampasan mencukupi"

"tiada seorang pun boleh dilucutkan hartanya kecuali mengikut undang2 dan tiada satu undang2 yang boleh membuat peruntukan bagi mengambil atau menguna harta benda secara paksa dengan dengan tiada pampasan mencukupi"

yang berlaku di sungai baru nampak seperti penduduk yang melawan dipaksa untuk keluar dan dirampas tanahnya sebelum mendapat pampasan yang "mencukupi"



PAGI INI


PAGI INI

PAGI INI

SENIN 22 SEPTEMBER 2025

NEW YORK AMERIKA


Minggu ini Persidangan Tahunan PBB bermula di New York. Kali ini agenda utama ialah Palestin. Banyak negara Eropah – UK, Canda. Australia, France dan Belgium akan mengiktiraf Palestin.

Tapi ini TIDAK ADA MAKNA APA- APA – pembunuhan berterusan. Angka mati bertambah. Gaza hancur. Tebing Barat banyak  wilayah di masuki oleh Zionis Yahudi.

PLO dan Mahmud Abas  yang kini menjadi SUB-KONTREKTOR untuk Israel hanya melihat. Delegasi PLO tidak di beri visa untuk masuk ke Amerika. Kesian KONTREKTOR tak dapat projek baru - KAH KAH KAH.

Yang penting IALAH HENTIKAN PEMBUNUHAN. Ini perlu di bincang. 

Dua Negara -  Tiga Negara TIDAK PENTING kerana Israel masih mendapat sokongan Amerika.

Palestin di JAJAH justeru hentikan PENJAJAHAN. Dirakan negara Palestin di mana Arab dan Yahudi boleh tinggal dalam negara Palestin yang sekular MERDEKA dan demokratik. Ini PIAGAM AL- FATAH sebelum pembelot seperti Mahmud Abas  masuk.

Awas !!! Para Globalis sedang merancang PERANG DUNIA – kali ini Rusia akan di jadikan musuh. Kalau dulu Hitler kini Putin. 

CIA, MI5 dam Mossad sedang bekerja sama dengan Intel Ukraine untuk memastikan Amerika terjerut sama dapam perang ini. Tanpa Amerika masuk  Eropah tidak ada kekuatan bala tentera.

Seminggu ini DRONE  Rusia di katakan  masuk ke wilayah Poland.. Masuk ke wilayah Estonia. Semua ini adalah OTEK-OTEK untuk bawa perang.

UK, German dan France sedang  menjadi juru jual perang. AMIN

AMERIKA
Chales Kirk – penyokong kuat Trump yang di tembak mati minggu dulu selamat di kebumikan di Arizona. Ribuan datang beri  penghormatan terakhir. Trump dan kabinet Trump hadir.

GERMAN
Jet pejuang German  ke udara bila di laporkan  Pesawat Jet Rusia melintas di Laut Baltic.

ISRAEL
Setanyahu akan datang ke Amerika dan menemui Trump. Israel menolak semua  resolusi PBB. Malah Zionis Israel Blackrock tidak akan menerima projek Palestin Merdeka.

FILIPINA
Demo – rakyat berdemo di Manila – melawan Kerajaan yang RASUAH. Jelas MUSIM BUNGA ASIA makin merebak.

MALI
Anak kembar 9 di Mali. Kini membesar berumur 4 tahun. Ini satu rekod dunia.

HOKKIEN
Pagi ini basah segar. Matahari dah keluar. Sinar terasa panas. KL & KL Sentral berkabus tebal- Kemarin hujan lebat. Di Pintu Masuk TUK TUK TUK suara amat kuat – ini bukan tuk tuk tuk kecil.

Sampai ke depan Pokok Ara – warga Hokkien dah marah. Gua naik ke wakaf dengan makanan, Ha ha. Ha – kali ini Emak datang dengan 4 ekor PUPPY – termasuk yang berwarna hitam. 

Kemana mereka hilang selama ini – Gua tak tahu mereka menumpang di hotel mana – kini datang kembali ke Wakaf.

Abah dan Emak datang juga  makan pagi ini.

Seperi biasa gua bersuara – PUCI PUCI PUCI – dua ekor Puppy datang berkejar. Mereka makan atas kubur. Tak Tak dan Ezi hanya memerhati. 

Pagi ini gua gumbira kerana Puppy Bulu hitam datang makan. 

Petang ini jika hujan maka malam akan sejuk santai. AMIN

BRO
SENYUM
SENYUM
DI PAGI SENIN

BRO
Dalam dunia ini bahagia ialah apabila kamu bercinta dan dicintai.

BRO
Lu bercita sekarang, jangan buang masa. Jangan tangguhkan cinta itu.

BRO
Jika cinta berakhir jangan risau lu  boleh buat cinta baru. Amin

LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI

SELAMAT BERCINTA