Jumaat, 17 Oktober 2025

GENCATAN SENJATA MULA RETAK


Israel, Hamas saling tuding jari cuba sabotaj gencatan senjata


TEL AVIV: Isu pertukaran mayat tebusan Israel dan tahanan Palestin mendorong Israel menangguhkan pembukaan semula pintu sempadan Rafah di Gaza dengan Mesir bagi membolehkan kemasukan bekalan bantuan kritikal.

Setakat ini, regim Zionis itu tidak menetapkan sebarang tarikh pembukaan lintasan yang boleh menjadi nadi utama penyampaian bekalan makanan dan ubat-ubatan kepada penduduk Gaza yang kebuluran selepas perang dua tahun

Sebaliknya, kedua-dua pihak saling menuding jari berhubung pelanggaran dan cubaan mensabotaj gencatan senjata diusahakan Amerika Syarikat (AS) selaku pengantara.

Pertikaian berhubung pemulangan mayat tebusan oleh Hamas mengancam untuk menggagalkan gencatan senjata dan elemen lain yang belum diselesaikan, termasuk pelucutan senjata dan masa depan pentadbiran Gaza.

Jurucakap kerajaan Israel, Shosh Bedrosian, berkata pihaknya kekal komited kepada perjanjian itu dengan menunaikan kewajipannya dan menuntut Hamas memulangkan mayat 19 tebusan yang tidak diserahkan.

Hamas sudah menyerahkan 10 mayat, namun Israel mendakwa satu daripadanya bukanlah mayat seorang tebusan.

Hamas berkata, pihaknya kekal komited kepada perjanjian Gaza dan akan menyerahkan semua baki mayat tebusan.

Bagaimanapun, katanya pemulangan mayat itu mungkin mengambil masa kerana sesetengahnya tertimbus di dalam terowong yang musnah akibat serangan Israel dan yang lain tertimbus di bawah runtuhan bangunan yang dibom Israel.

Hamas berkata penyerahan lebih banyak mayat di Gaza, memerlukan kemasukan jentera berat dan peralatan penggali ke dalam kawasan Palestin yang disekat Israel.

Semalam, seorang pegawai kanan Hamas menuduh Israel melanggar gencatan senjata dengan membunuh sekurang-kurangnya 24 penduduk Palestin yang dituduh menjadi tali barut Israel sepanjang perang dua tahun.

Katanya, satu senarai pelanggaran sudah diserahkan kepada penyelaras. Tentera Israel tidak segera memberi maklum balas terhadap tuduhan melanggar gencatan senjata itu.

Orang ramai di Gaza melaporkan melihat dron dan pesawat pejuang di atas selatan Jalur Gaza dengan bunyi tembakan kedengaran dari semasa ke semasa.

Israel berkata fasa seterusnya daripada pelan 20 perkara itu adalah untuk menamatkan perang dan mensyaratkan Hamas melepaskan senjata serta kuasanya, yang sehingga kini ditentang oleh kumpulan itu.

Sebaliknya Hamas melancarkan tindakan keselamatan di kawasan bandar yang ditinggalkan oleh pasukan Israel, menunjukkan kekuatannya melalui pelaksanaan hukuman secara terbuka dan pertembungan dengan puak bersenjata tempatan.

Menerusi satu hantaran, Trump mengulangi ugutan terhadap kumpulan itu.

"Jika Hamas terus membunuh orang di Gaza, yang bukan sebahagian daripada perjanjian, kita tidak akan ada pilihan selain masuk dan membunuh mereka," katanya.

Apabila ditanya mengenai perkara itu, Trump berkata: "Jika mereka berkelakuan baik, bagus.

"Jika mereka tidak berkelakuan baik, kita akan mengurusnya," katanya.

Beliau menambah bahawa tindakan itu tidak akan membabitkan pasukan AS, tetapi akan dijalankan di bawah naungan AS.

Seramai 20 tebusan Israel yang masih hidup dibebaskan Isnin lalu, sebagai pertukaran bagi ribuan rakyat Palestin yang dipenjara di Israel. - REUTERS


TURUN TURUN

TURUN

AMIN

JIKA TUNJUK

PERJUANGAN

KITA

AMIN

TERUSKAN HIDUP


TERUSKAN

HIDUP

AMIN



Unknown commented on
 "KENALI PEMBELOT PALESTIN"

Kena akui setiap kita masing-masing mempunyai tahap IQ tahap pemikiran tahap kesihatan tahap semuanya berbeza, tetapi kualiti minimum pasti ditetapkan? Lagi buruk apabila yang tidak ada kualiti diberi peluang pekerjaan atas alasan keluarga sanak saudara kroni anak menakan? Ini semakin berlaku dalam perkhidmatan awam, jadi mana nak dapat kualiti yang dapat kerja semuanya jenama penternak kerang dan pesawah padi kah kah kah


Unknown commented on 
"JENAYAH DALAM NEGARA MAKIN MENINGKAT NAIK"

Sabtu Ahad curi umum pergi tengok kawasan kawasan padat dengan aktiviti, lihat kalau boleh jumpa sesiapa penguatkuasaan? Geng tarik kereta sampai dahulu sebab komisen, tetapi kalau menteri nak sampai seluruh negeri turun menjemput mencium tangan menjaga keselamatan amin semakin nampak perangai orang kita sekarang kah kah kah

JAGA KESIHATAN DIRI DULU


JAGA KESIHATAN

DIRI DULU

AMIN

Unknown commented on 
"KENALI PEMBELOT PALESTIN"

Cerita tiada penghujungnya, jaga kesihatan jaga makan minum jaga anak beranak jaga pendapatan jaga diri dahulu amin semoga hidup lama macam Mahathir Mohamad amin kah kah kah

PAGI INI


PAGI INI



PAGI  INI

JUMAAT 17 OKTOBER 2025

REVOLUSI BOLSHEVIK


LENIN DAN REVOLUSI
Hari ini ialah hari kemenangan REVOLUSI  BOLSHEVIK RUSIA.  Pad 17 Oktober 1917 – Lenin , Trotsky dan kawan-kawan dari Parti Komunis Rusia berjaya menjatuhkan kerajaan  feudal Czar Nicholas. 

Revolusi   Bolsheviks mengajukan garis Marxist pertama dalam dunia.  Rakyat Rusia, soldadu Rusia kaum tani Rusia bangun melawan kaum feudal Rusia. 

Inilah REVOLUSI PETAMA dalam dunia di mana buruh – tani – soldadu dan pelajar bangun melawan kerajaan yang zalim. Dari Revolusi Bolsheviks inilah muncul revolusi yang lain dalam dunia.

Dari Revolusi ini muncul ideologi MARXIST-LENINIST  yang membuka Revolusi China dan gerakan Revolusi di Vietnam – di Indonesia – di Tanah Melayu .

Hari ini adalah HARI  RAYA untuk kaum Marxist Sedunia. 

Idea dan pandangan Karl Marx di terjemahkan oleh Lenin. Sosok yang bernama Lenin ini  mengembang dan menambah  lagi ilmu perjuangan kaum buruh dan tani. 

Dari pengalaman di Rusia  muncul banyak  Parti Komunis dalam dunia ini. Hampir tiga suku umat  dunia adalah hasil pengaruh  17 Oktober. Hari ini  tradisi Bolsheviks telah di ambil oleh Gen Z dengan kibaran Bendera Luffy. Amin

SEKOLAH APA DAH JADI?
Seminggu ini ada kes bunuh , ada kes rogol berlaku di sekolah. Kesian Menteri Pelajaran kena tibai – Untuk gua  ini tak betul. 

Jenayah bukan disebabkan oleh  Menteri – jenayah ini lahir dari sistem budaya kita – Budaya sedang berubah – di ubah oleh INTERNET – justeru cara lama – cara dulu untuk pembelajaran tidak lagi berupaya melawan arus INTERNET.

MEDIA SOSIAL kini   lebih berkuasa cari Ibu Bapa. AI  lebih berkuasa dari TUHAN. Ini lah ledakan perubahan yang sidang kita hadapi.

Pembunuhan rogol  di sekolah HANYA MANIFESTASI dari perubahan pembudayaan yang di bawa oleh INTERNET dan MEDIA SOSIAL.

Jangan salahkan Menteri Fadhlina – biar dia terus berada dengan jawatan – ini molek untuk kita jadikan DIA peluru untuk menembak Madafaka.  Kalau Fadhlina berhenti adalah satu kerugian besar . Adalah lebih baik dapat musuh yang bodoh lagi bebal – senang buat kerja MENGHASUT. Amin

AMERIKA
Trump kata dia talipon Putin. Ini kerana hari Jumaat ini Zelensky dari Ukraine akan datang jumpa Trump. Malaon ini nak minta senjata dari Trump.

GAZA
Gencatan senjata goyah. Isreal marah kerana mayat tawanan masih  belum semuanya di pulangkan. Hamas berkata mayat masih di cari dalam runtuhan bangunan.

PAKISTAN
Gencatan senjata – gaduh antara DUA ISLAM – sedang  berjalan. Menteri luar Pakistan mahu rundingan berjalan dengan Taliban di Kabul.

GAZA
Dalam masa 24 jam yang lalu soldadu Isreal telah bunuh 24  orang Arab Palestin  - walau  pun ada gencatan senjata.

SIAM
Bom meledak di Narathiwat – 10 orang cedera.

INDONESIA
Panas bukan main panas kini melanggar  kawasan Jawa dan Nusa Tenggara. 

HOKKIEN
Pagi ini basah segar – kemarin hujan. Langit berawan putih. Matahari belum muncul. KL & KL Sentral berkabus nipis.

Gua terdengar suara Tekukur dan suara Tiong – tertiba muncul Siti dan  Jantan Baik-  dua ekor ini dah datang sambut gua – agak jauh dari wilayah Pokok Ara.  Gua menuju ke  Wakaf – ramai Puppy mula turun untuk bersama makan.

Sesudah memberi makan – gua berjalan terus – Siti mengekor – dia tahu ada  spesial Friskies – Berjalan pulang gua nampak Tiong juga melompat lompat diatas makam mencari nasi. Yang lain DAH KENYANG – menjalar atas jalan.

Tak Tak dan Ezi makin selesa dengan Warga  Hokkien.

Hari ini jika petang hujan. Malam sejuk santai seperti kemarin.

BRO
SENYUM
SENYUM
DI PAGI JUMAAT

BRO
Sosok paling penting untuk menepati janji  ialah diri lu sendiri.

BRO
Jangan hanya bercakap – turun berdemo. Jalan hanya berkata – lakukan. Jangan hanya berjanji -  tunaikan.

BRO
Cara terbaik untuk menepati janji ialah jangan memberi janji. Amin

LAKUKAN SEKARANG
LAKUAKN HARI INI

SELAMAT BERJUMAAT


Khamis, 16 Oktober 2025

KENALI PEMBELOT PALESTIN


KENALI

PEMBELOT

PALESTIN

AMIN

HAMAS GAGAL DI KALAHKAN


HAMAS  GAGAL

DI KALAHKAN

KHALAS