Jumaat, 10 Mac 2023

TAKUT KE JALAN RAYA



MUHYIDIN BANGUN

MELAWAN

TAPI TAKUT

KE JALAN RAYA

KAH KAH KAH

MUHYIDIN CAKAP BETUL



Agensi siasatan diperguna untuk tujuan politik, kata Muhyiddin

MUHYIDDIN Yassin mendakwa tuduhan salah guna kuasa dan pengubahan wang haram ke atasnya hari ini menunjukkan agensi penguatkuasaan dipergunakan bagi tujuan politik kerajaan.

Ini kerana kerajaan membuat keputusan pendakwaan ke atasnya lebih awal sebelum siasatan dilengkapkan agensi antirasuah, dakwanya selepas dihadapkan ke mahkamah hari ini.

Katanya, keputusan pendakwaan itu dibuat Jabatan Peguam Negara sebelum kenyataannya direkodkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM).

Beliau mendakwa diberitahu demikian sewaktu keterangan diambil SPRM semalam.


“Bagaimana keputusan untuk mendakwa telah dibuat sedangkan keterangan saya mengenainya belum diambil?

“Mereka hanya menggunakan agensi penguatkuasa sebagai alat untuk mencapai tujuan politik mereka.

“Jelas, pendakwaan ke atas saya adalah satu bentuk pemangsaan politik yang terancang. Jelas, pendakwaan ke atas saya adalah satu bentuk pemangsaan politik yang terancang,” katanya.

Pada sidang media selepas dihadapkan ke mahkamah pagi ini, beliau turut meminta semua penyokong Bersatu dan PN untuk tidak turun ke jalanan bagi mempertahankannya.

“Kepada ahli Bersatu, penyokong PN dan rakyat seluruhnya, saya amat menghargai sokongan anda semua.

“Saya tidak akan mengajak saudara dan saudari turun ke jalanan untuk mempertahankan diri saya. Bertenang dan berilah peluang kepada saya untuk membela diri melalui proses undang-undang.”

Terdahulu, Muhyiddin mengaku tidak bersalah bagi empat tuduhan salah guna kuasa dan dua tuduhan pengubahan wang haram berjumlah RM232.5 juta.

Presiden Bersatu itu dituduh menerima rasuah dari empat sumber berkaitan program Jana Wibawa yang dicetuskan sewaktu beliau menjadi perdana menteri.

Beliau didakwa menerima RM200 juta, RM1 juta, RM19.5 juta dan RM12 juta dalam bentuk suapan kepada parti Bersatu sebagai sekutunya.

Bagi empat tuduhan salah guna kuasa, Muhyiddin didakwa menyalahgunakan kedudukan sebagai perdana menteri dan presiden parti Bersatu antara tempoh 1 Mac, 2020 hingga 20 Ogos, 2021.

Muhyiddin, 76, didakwa berbuat demikian bagi mendapatkan RM232.5 juta daripada tiga syarikat dan seorang individu.

Bagi tuduhan pertama, beliau didakwa menggunakan kedudukannya untuk mendapatkan RM200 juta dari Bukhary Equity Sdn Bhd untuk partinya.

Untuk tuduhan kedua, beliau didakwa melakukan kesalahan serupa untuk mendapatkan RM1 juta dari Nepturis Sdn Bhd.

Beliau berdepan tuduhan serupa bagi tuduhan ketiga, melibatkan jumlah RM19.5 juta dari Mamfor Sdn Bhd.

Tuduhan keempat juga serupa, melibatkan jumlah RM12 juta dari ahli perniagaan bernama Azman Yusoff.

Tuduhan dibuat mengikut Seksyen 23(1) Akta SPRM 2009 di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.

Bagi dua tuduhan pengubahan wang haram, beliau didakwa menerima RM120 juta hasil aktiviti haram dari Bukhary Equity Sdn Bhd dari 25 Februari, 2021 hingga 8 Julai, 2022.

Tuduhan mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram dan dibaca bersama Seksyen 87(1) akta sama. – 10 Mac, 2023.
 

WOIT APA

YG MUHYIDIN

CAKAP NI ADA

KEBENARAN

AMIN

TU PASAL DARI

DULU NGO DESAK

SPRM BUKAN

DI BAWAH 

PENGARUH MENTERI

AMIN

SPRM BOLEH

DIJADIKAN ALAT

BUNUH 

MUSUH POLITIK

AMIN

DULU MASA

NAK JATUHKAN

DATUK HARUN

BSN - BADAN

PECEGAH RASUAH

DI GUNAKAN

AMIN

KALAU SEKARANG

SPRM TAK DIUBAH

BILA  HADI JADI PM

ANWAR PULAK 

KENA DAKWA

JENG JENG JENG

POLITIKUS NI

MACAM MAT REMPIT

BILA DI TAHAN POLIS

MACAM MACAM

BOLEH CARI SALAH

AMIN

KHALAS

TARIK DARJAH GELARAN


TARIK  DARJAH

GELARAN

AMIN

Unknown commented on
 "SAPA MEMIKUL KAVADI ?"

Tarik balik tan sri, datuk seri, datuk dari orang orang tidak hormat institusi raja sultan, apa guna bagi pingat kepada golongan mudah lupa ini, kah kah kah jangan juga bagi kepada penyamun, pencuri wang rakyat kah kah kah boleh tak, tak payah pakai semua pingat panggilan buang masa kah kah kah

RAFIZI CAKAP BENAR



Semua pihak kena percaya kepada sistem perundangan – Rafizi

PUTRAJAYA – Semua pihak perlu memberi kepercayaan penuh kepada sistem perundangan, pihak berkuasa termasuk Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk mengendalikan kes membabitkan  Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli berkata, kerajaan  kekal dengan prinsip untuk tidak campur tangan terhadap terhadap sistem perundangan sekalipun ia membabitkan pihak kerajaan.

“Saya tidak mahu masuk campur malah ketika menjadi pembangkang, saya terima kes demi kes daripada whistleblower (pemberi maklumat) yang mana saya harus harus bercakap dan hampir membayar harga yang mahal.

“Sekarang sebagai kerajaan, sangat penting untuk saya tidak dekat.. untuk memastikan dari perspektif kerajaan supaya kita elak sebarang campur tangan.

 “Dalam hal ini, biar proses itu berjalan termasuk proses mahkamah, beri kepercayaan penuh kepada sistem kita, perundangan dan SPRM,” katanya ketika sidang media selepas Sesi libat urus Menteri Ekonomi bersama Ketua-ketua Jabatan Peringkat Negeri di sini hari ini.

Menteri Ekonomi itu berkata demikian bagi mengulas berkenaan siasatan SPRM terhadap  Muhyiddin Yassin berkaitan berkaitan projek Jana Ekonomi Pemerkasaan Kontraktor Bumiputera Berwibawa (Jana Wibawa).

Sebagai rekod, Muhyiddin yang juga Pengerusi PN dan Ahli Parlimen Pagoh akan didakwa di Mahkamah Sesyen pagi esok.

Beliau dijangka berdepan enam pertuduhan membabitkan empat salah guna kuasa dan dua kesalahan pengubahan wang haram.-



RAFIZI CAKAP

 BENAR

AMIN

ADA PIHAK 

TAK CAYA

MAHKAMAH

AMIN

BUAT FITNAH

TABUR CERITA

KARUT

AMIN

ADA CERITA

TENTANG NAJIB

AKAN DIBEBAS

SEBELUM RAYA

AMIN

ADA CERITA

47 KES ZAHID

AKAN LUPUS

AMIN

SEMUA INI 

CERITA NAK 

BURUKKAN PMX

 AMIN

RAKYAT SEMUA

TAHU MUSTAHIL

NAJIB AKAN BEBAS

AMIN

MUTAHIL 47 TUDUAHN

ZAHID AKAN

LUPUS

KECUALI....

KECUALI APA....

JENG JENG JENG

KHALAS

MOKHTAR SENIK TAK LAYAK



MOKHTAR SENIK

TAK LAYAK

KHALAS



panglimo potaseh commented on
 "MOKHTAR SENIK BOLEH
 MELAMAR"

Mokhtar Senik pong tak layak berlakong di Jepong sebab pipit nye berukurang setengah drp enam inchi .. kahkahkah

MUHYIDIN BUKA CERITA DI GOMBAK


Tuduhan palsu untuk kurangkan sokongan kepada PN

GOMBAK: Gelombang besar yang telah melanda negara hingga menyebabkan sokongan besar dan kuat terutama orang Melayu kepada Perikatan Nasional (PN) telah menyebabkan ketakutan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN).

Pengerusi PN, Muhyiddin Yassin berkata, kerana itu tuduhan-tuduhan palsu yang tidak berasas dibuat untuk menjatuh atau menumbangkan pemimpin-pemimpin PN kerana jika tidak dilakukan boleh memberi ancaman besar terhadap mereka.

“Dan tidak mungkin akan dapat mempertahankan negeri-negeri yang ada di bawah PH pada hari ini kerana semua enam buah negeri ini insyaAllah akan kita menangi dan kita kuasai dalam PRN yang akan datang,” ujarnya.

Beliau berucap pada majlis ceramah selepas Solat Hajat Keselamatan Negara dan Solidariti Menentang Kezaliman di Markas Tarbiyyah PAS Pusat, Taman Melewar, di sini sebentar tadi.

Tegas beliau, tindakan tuduhan tersebut adalah secara terpilih melibatkan para pemimpin PN yang dijadikan sebagai satu strategi untuk menjatuhkan dan mengurangkan sokongan orang Melayu termasuk bukan-Melayu kepada PN.

Ahli Parlimen Pagoh itu turut menceritakan perjalanan siasatan dilakukan selama lebih 8 jam sejak pukul 11:15 pagi tadi sehingga beliau dibebaskan sekitar jam 8 malam di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Putrajaya.

Menurutnya ada pegawai terbabit yang mengakui ‘speechless’ kerana sedar tuduhan tersebut terburu-buru kerana adanya ‘arahan daripada pihak atasan’ di mana disifatkan beliau sebagai tindakan tidak berperikemanusiaan terhadapnya.

“Ini satu detik permulaan yang sangat penting dalam sejarah kita. Kita berjuang bersama-sama atas platform yang sama untuk menegakkan kebenaran dan menentang kemungkaran. Ini menjadi teras perjuangan kita sejak PAS ditubuh, sejak BERSATU tertubuh.

“Tak lain dan tak bukan inilah asas perjuangan kita dan akan terus kita perjuangkan sehingga kita berjaya. Prestasi mereka, walaupun berapa bulan seperti sudah ada tiga empat tahun di Parlimen. Semua formula tapi tak ada penyelesaian. 

“Formula-formula untuk menyelesaikan masalah negara belum selesai. Isu dan masalah kos sara hidup, inflasi, janji yang tak pernah disentuh ditunaikan tak pernah dilaksanakan. Menunjukkan apa? Itu satu kelemahan yang agak ketara, kegagalan mereka.

“Terbukti jelas bila mana Perdana Menteri tidak dapat menunjukkan keupayaan prestasi untuk menjaga kebajikan rakyat dalam negara kita,” ujar beliau yang dilihat tetap bersemangat dalam usia 76 tahun itu. 

WOIT

DALAM PERANG

PERTAHANKAN

DIRI DENGAN

MENYERANG

AMIN

INI ASAS

STRATIJI NAK

BERLAWAN

AMIN

JANGAN AWAL2

UMUM NAK SERANG

MACAM HADI BUAT

KAH KAH KAH

TU PASAL PMX

TERUS SERANG

KAH KAH KAH

KHALAS