Rabu, 15 Oktober 2025

HANYA PMX YANG AKAN BERJAYA SELESAIKAN ISU PALESTIN- ISRAEL


HANYA PMX

YANG AKAN

 BERJAYA

SELESIAKAN

ISU 

PALESTIN-ISRAEL

KHALAS

Jelas sekali, calon paling sesuai untuk menggantikan Fadlina tak lain tak bukan — PMX. Siapa lagi yang lebih layak kalau bukan seseorang yang sudah pun memegang pelbagai jawatan penting serentak — Perdana Menteri, Menteri Kewangan, dan mungkin juga “penyelamat negara”? Dalam masa hanya tiga tahun sebagai Menteri Kewangan, beliau dikatakan berjaya memulihkan ekonomi, mengukuhkan nilai ringgit, mengurangkan hutang negara, dan ajaibnya memperbaiki kos sara hidup — semua ini sambil tenang tanpa riak.

Di peringkat antarabangsa pula, senarai pencapaian beliau makin panjang. Beliau diberi kredit kerana menyelesaikan konflik Thailand-Kemboja, dan kalau dah sampai tahap itu, kenapa berhenti? Isu Palestin-Israel pun katanya berjaya ditangani — keamanan dunia hanya perlukan satu kenyataan media dari PMX.

Dan jangan lupa — PMX juga pernah menjadi Menteri Pendidikan satu ketika dahulu. Sudah tentu, beliau dianggap sebagai yang terbaik dalam sejarah negara. Tanya sesiapa sahaja. Malah, ada yang kata segala yang disentuhnya terus bertukar jadi emas — Midas moden versi Malaysia.

Jadi, kalau kita sedang mencari pengganti, kenapa tidak serahkan sahaja semuanya kepada PMX? Pada tahap ini, ada apa-apa lagi yang beliau tak boleh buat?

JANGAN BELI UBAT MATI DARI INDIA



WHO keluar amaran terhadap 3 sirap ubat batuk tercemar buatan India


ANKARA: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) Isnin lalu mengeluarkan amaran berhubung tiga sirap ubat batuk tercemar yang dikeluarkan di India, serta menasihatkan pihak berkuasa kesihatan di seluruh dunia untuk segera memaklumkan kepada WHO sekiranya produk berkenaan ditemui di negara masing-masing, lapor Anadolu Ajansi (AA).

WHO mengenal pasti sirap yang tercemar itu sebagai kelompok khas produk Coldrif keluaran Sresan Pharmaceutical, Respifresh TR keluaran Rednex Pharmaceuticals dan ReLife keluaran Shape Pharma.

Amaran WHO itu dikeluarkan susulan penahanan seorang doktor di negeri Madhya Pradesh, tengah India, oleh pihak polis berhubung kematian sekurang-kurangnya 20 kanak-kanak yang dipercayai akibat penggunaan sirap ubat batuk tercemar.

Pada 8 Oktober, Organisasi Kawalan Piawaian Ubat Pusat India (CDSCO) melaporkan kepada WHO mengenai kehadiran bahan toksik dietilena glikol (DEG) dalam sekurang-kurangnya tiga jenis ubat cecair oral. Produk tercemar itu "dilaporkan digunakan oleh kanak-kanak yang terjejas," menurut agensi kesihatan itu.

"CDSCO mengesahkan yang pihak berkuasa negeri berkaitan mengarahkan pemberhentian serta-merta pengeluaran di tapak pengilangan terlibat dan menggantung kelulusan produk," katanya, sambil menjelaskan yang produk tercemar itu "menimbulkan risiko besar kepada pesakit dan boleh menyebabkan penyakit serius serta boleh membawa maut."

"Dietilena glikol adalah toksik kepada manusia apabila diambil dan boleh membawa maut," menurut WHO.

Sekurang-kurangnya 20 kanak-kanak maut di Madhya Pradesh dalam tempoh sebulan yang lalu, dipercayai akibat penggunaan tiga sirap ubat batuk yang mengandungi dietilena glikol (DEG), bahan toksik yang biasanya digunakan dalam pelarut industri.

Susulan kemarahan orang awam, kerajaan negeri Madhya Pradesh mengharamkan penjualan sirap Coldrif dan produk lain daripada pengilang yang sama.

Kementerian Kesihatan India turut mengeluarkan nasihat kepada doktor agar tidak memberi preskripsi ubat batuk dan selsema kepada kanak-kanak di bawah umur dua tahun.

Sirap Coldrif, yang dihasilkan di Tamil Nadu, didapati "sangat tercemar dengan bahan kimia toksik dietilena glikol" dan lesen pengilangnya, Sresan Pharmaceuticals dibatalkan, menurut laporan All India Radio. Pemilik syarikat turut ditahan.

Ini bukan kali pertama sirap ubat batuk tercemar dilaporkan. Sebelum ini, sirap ubat batuk buatan India turut dikaitkan dengan kematian puluhan kanak-kanak di beberapa negara lain, yang mendorong tindakan segera oleh pihak berkuasa.

BAHAYA UBAT 

MATI DARI

INDIA

AMIN

AWAS JAGA

JANGAN BELI 

KHALAS

TURUN BERDEMO JUMAAT 24/10/2025


TURUN TURUN

BERDEMO

JUMAAT

24/10/2025

TANDA IKLIM SEDANG BERUBAH


TANDA IKLIM

MAKIN BERUBAH

AMIN

BERITA BAIK UNTUK RAKYAT



Veteran Umno gesa calon diumum awal, amaran terhadap sabotaj

Veteran Umno menggesa kepimpinan parti mengumumkan calon Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) lebih awal bagi mengelak sabotaj dalaman serta memberi ruang kepada bakal calon turun padang membina keyakinan pengundi.

Setiausaha Veteran Umno, Mustapha Yaakub, dalam kenyataan medianya menyambut baik langkah presiden parti, Ahmad Zahid Hamidi, semalam yang memuktamadkan nama Setiausaha Agung, Asyraf Wajdi Dusuki sebagai calon parlimen Grik.

Pada Pilihan Raya Umum ke-15 lalu, Asyraf Wajdi kalah ditangan calon Perikatan Nasional, Fathul Huzir Ayob dengan majoriti 1,377 undi.

Dia mendapat 13,728 undi berbanding Huzir yang meraih 15,105 undi manakala calon PH, Tarmizi Mohd Jam memperolehi 5,799 undi,

ADS

Mengulas lanjut Mustapha mengingatkan agar pendekatan sama dilaksanakan di semua kawasan lain tanpa kelewatan.

“Veteran berharap ketetapan yang sama dapat dilakukan bagi kawasan parlimen yang lain lebih awal.

“Langkah itu bertujuan untuk mendedahkan bakal calon kepada pengundi dan memberi mereka masa yang cukup untuk turun padang bekerja. Selain itu ia dapat mengurangkan kesan sabotaj dalaman dari kumpulan yang tidak bersetuju dengan bakal calon itu.” katanya.

Menurut Mustapha, dalam keadaan biasa calon yang akan bertanding diumumkan namanya beberapa hari sebelum hari penamaan calon. Namun ini berisiko tinggi kerana tempoh kempen dua minggu terpaksa dihabiskan dengan pujuk memujuk kepada mereka yang tidak dinamakan.
ADS

Dia turut memberi amaran bahawa parti tidak boleh terus terperangkap dalam budaya politik warisan yang menjadikan Umno seolah-olah milik keluarga atau kelompok tertentu.

“Veteran berharap kepimpinan sedia ada disemua peringkat dapat menerima kenyataan bahawa pengundi mahukan perubahan. Mereka mahu Umno terus relevan.

“Mereka tidak mahu Umno menjadi harta pusaka yang hanya boleh difaraid dan diwarisi dalam keluarga,” katanya.

Bekas ahli parlimen dari Kelantan yang berpengalaman luas itu turut mengingatkan bahawa Umno ialah milik 3.6 juta ahlinya, dan bukan milik segelintir pemimpin atau waris politik.

Justeru, katanya, kepimpinan di semua peringkatperlu berlapang dada menerima hakikat bahawa rakyat menuntut pembaharuan sebenar.

Dalam nada sama, Veteran Umno mencadangkan agar lebih ramai agamawan dan profesional yang memenuhi kriteria “Wali” – watak, amanah, loyal dan integriti – diketengahkan sebagai calon.

Langkah ini, katanya, penting untuk mengembalikan kepercayaan rakyat terhadap Umno sebagai parti progresif dan dinamik, bukan sekadar bergantung kepada nostalgia masa lalu.

INI BERITA

AMAT BAIK

UNTUK RAKYAT

AMIN

GEROMBOLAN

KETUANAN MELAYU

GADUH SAMA

SENDIRI

AMIN

MALAYSIA AKAN

SELAMAT TANPA

UMDAP

KHALAS

ADA BARUA ISRAEL BARU DI GAZA


ADA BARUA BARU

BUDAK SURUHAN

ISRAEL

AMIN