Jumaat, 18 September 2026

HARGA MINYAK NAIK LAGI


BERITA BAIK

HARGA MINYAK

NAIK LAGI

AMIN

NGA KOR MENG LETAK JAWATAN

NGA KOR MENG

LETAK JAWATAN

DAP KELUAR

 KERAJAAN

KHALAS

SEMUA SENANG DI BERESKAN


SEMUA HUTANG

SAP SAP SUI

KAH KAH KAH

MUDAH SELESAI

MUDAH DIBERES

AMIN

BIK MAMA BUAT

KONSERT BOGEL

KAH KAH KAH

PASTI RAMAI 

TOK ARAB KAYA

MAT AFRIKA

PEMINAT GEMUK

AKAN BERI DANA

KAH KAH KAH

KANG KANG

JANGAN TAK

KANGKANG

KHALAS



Najib, keluarga berdepan liabiliti kewangan lebih RM21 bilion


KUALA LUMPUR: Najib Razak dan ahli keluarganya berdepan tindakan kewangan melebihi RM21 bilion membabitkan kes jenayah, tuntutan saman dan perintah berhubung cukai.

Jumlah terbesar adalah melalui sabitan kes jenayah 1Malaysia Development Bhd (1MDB), apabila Mahkamah Tinggi mengenakan denda RM11.38 bilion selepas didapati bersalah atas empat tuduhan salah guna kuasa dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram.

Najib turut diperintahkan membayar RM2.08 bilion sebagai jumlah yang boleh dituntut semula berkaitan pertuduhan pengubahan wang haram berkenaan, bagaimanapun beliau sudah mengemukakan rayuan terhadap sabitan dan hukuman terbabit.

Bekas Ahli Parlimen Pekan itu juga diperintahkan Mahkamah Tinggi pada 31 Mac lalu membayar ganti rugi AS$1.3 bilion (RM5.25 bilion), kepada syarikat SRC International Sdn Bhd melalui saman sivil difailkan syarikat pelaburan strategik itu.

Bagaimanapun, beliau berjaya menangguhkan pelaksanaan penghakiman sementara rayuannya didengar dan diputuskan Mahkamah Rayuan.

Najib juga berdepan tuntutan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) sebanyak RM1.69 bilion bagi tunggakan cukai pendapatan tambahan dan penalti untuk tahun pentaksiran dari 2011 hingga 2017.

Prosiding kebankrapan terhadap beliau bagaimanapun digantung sementara menunggu penyelesaian rayuan cukainya di hadapan Pesuruhjaya Khas Cukai Pendapatan.

Dalam kes jenayah penyelewengan dana SRC International pula, Najib dikehendaki membayar denda RM50 juta berikutan pengurangan denda asal sebanyak RM210 juta oleh Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan.

Beliau juga dikehendaki membayar RM50 juta bagi pengampunan bersyarat yang membenarkannya menjalani baki hukuman di bawah tahanan rumah bersabit kes jenayah SRC International.

Sementara itu, isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor, berdepan denda RM970 juta yang dikenakan susulan sabitan dalam tiga tuduhan rasuah membabitkan projek hibrid solar bagi 369 sekolah luar bandar Sarawak bernlai RM1,25 bilion.

Sabitan dan hukuman berkenaan kini dalam proses rayuan.

Dalam kes sivil pula, Rosmah diperintahkan membayar RM67.46 juta kepada syarikat barang kemas berpangkalan di Lubnan, Global Royalty Trading SAL, bagi 43 barangan kemas yang tidak dikembalikan.

Beliau sudah merayu terhadap penghakiman itu dan memperoleh penangguhan bersyarat sementara menunggu rayuan, bagaimanapun ia adalah liabiliti sivil peribadi dan bukan kepada kerajaan.

Anak lelaki Najib, Datuk Mohd Nazifuddin, juga berdepan tuntutan cukai RM37.6 juta oleh LHDN bagi tunggakan cukai pendapatan tambahan.

Prosiding kebankrapan terhadapnya turut digantung sementara menunggu keputusan rayuan cukainya.

NAJIB BEBAS. DARI PENJARA KAJANG


NAJIB BEBAS

DARI

 PENJARA KAJANG

AMIN

INI KEPUTUAN MESYUARAT DAP MALAM INI


DEMI KESTABILAN

NEGARA MAKA

DAP AKAN TERUS

BERSAMA PH

DALAM 

KERAJAAN

AMIN

HIDUP DAP

HIDUP MADANI

KAH KAH  KAH 

APA LAGI 

DAP MAHU

KHALAS


DAP adakan mesyuarat CEC tergempar esok, putuskan kedudukan dalam Kabinet?


KUALA LUMPUR – DAP dijangka mengadakan mesyuarat tergempar Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) esok, dengan sumber parti mendakwa pertemuan itu akan membincangkan kedudukan parti dalam Kabinet Kerajaan Perpaduan.

Menurut sumber tertinggi DAP, mesyuarat berkenaan dijadualkan berlangsung di ibu pejabat DAP pada jam 3 petang esok dan dijangka menjadi medan untuk kepimpinan parti membincangkan perkembangan terbaharu susulan keputusan Lembaga Pengampunan membenarkan  Najib Razak menjalani baki hukuman secara tahanan di rumah.

“Mesyuarat tergempar akan diadakan esok jam 3 petang. Selepas itu, keputusan berhubung kedudukan DAP dalam kerajaan dijangka diumumkan,” kata sumber.

Sumber itu mendakwa, keputusan berkenaan dibuat selepas rata-rata pimpinan DAP menyatakan kekecewaan terhadap perkembangan terbaharu membabitkan Najib, yang dilihat bercanggah dengan prinsip yang selama ini dipegang parti.

Menurutnya, pendirian DAP terhadap isu Najib bukan perkara baharu dan telah dibangkitkan sejak Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, apabila pimpinan parti memberi amaran mengenai kemungkinan wujud usaha untuk mengeluarkan Najib daripada penjara.

“Dari awal lagi, termasuk ketika PRN Johor, DAP sudah bercakap mengenai perkara ini. Apa yang dibimbangkan ketika itu hari ini menjadi kenyataan,” ujarnya.

Sumber sama berkata, keputusan DAP itu akan disampaikan kepada Pengerusi PH merangkap Perdana Menteri,  Anwar bin Ibrahim, pada mesyuarat ‘top 3’ PH di Pejabat Perdana Menteri (PMO) petang ini, yang dijadualkan pada kira-kira jam 5.30 petang.

Turut dijangka hadir dalam pertemuan itu ialah Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah),  Mohamad Sabu dan Menteri Besar Selangor,  Amirudin Shari.

Difahamkan, rata-rata Menteri dan Timbalan Menteri daripada DAP juga sudah mula mengemas pejabat masing-masing hari ini, dipercayai susulan keputusan yang sedang dibincangkan berhubung kedudukan parti dalam kerajaan.

Sumber itu mendakwa, perkembangan keputusan tahanan rumah Najib menyebabkan pimpinan DAP merasakan tiada lagi alasan untuk parti terus kekal dalam Kabinet sekiranya pendirian serta prinsip yang dipegang sejak sekian lama tidak dapat dipertahankan.

“Rata-rata pimpinan kecewa. Secara prinsipnya, mereka sudah membuat keputusan bahawa tidak ada sebab untuk terus berada dalam Kabinet,” dakwanya.

Mesyuarat CEC esok dijangka menjadi penting bagi menentukan bentuk keputusan yang akan diambil DAP, termasuk sama ada parti akan mengumumkan secara rasmi penarikan diri daripada Kabinet dan kedudukannya dalam Kerajaan Perpaduan.

Bagaimanapun, setakat ini belum ada pengesahan rasmi daripada Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke, atau kepimpinan tertinggi parti berhubung dakwaan mesyuarat tergempar dan keputusan untuk keluar Kabinet itu.

Perkembangan itu menyusul keputusan Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan hari ini yang memperkenankan pengampunan bersyarat kepada Najib untuk menjalani baki hukuman secara tahanan di rumah sehingga 23 Ogos 2028, tertakluk kepada syarat yang ditetapkan.

Jika benar mesyuarat CEC berlangsung seperti yang didakwa sumber, perhatian esok akan tertumpu kepada keputusan rasmi DAP dan sama ada parti itu benar-benar akan mengambil langkah meninggalkan Kabinet Kerajaan Perpaduan. -

MAT BURUT TAK BERANI TOLAK UMNO


MAT BURUT

TAK AKAN BERANI

TOLAK UMNO

KAH KAH KAH

DAP TAK AKAN

KELUAR 

KERAJAAN

KERANA NAJIB

DI BEBAS

AMIN

RAKYAT TUNGGU

HIMPUNAN UMMAH

KHALAS



Mesyuarat PH petang ini dijangka bincang kedudukan BN dalam Kerajaan Perpaduan


KUALA LUMPUR: Pakatan Harapan (PH) akan mengadakan mesyuarat Majlis Presidennya pada petang ini bagi membincangkan beberapa isu berkaitan perkembangan politik semasa.

Difahamkan, mesyuarat yang akan dipengerusikan Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim itu akan diadakan di Pejabat Perdana Menteri, Putrajaya pada jam 5.30 petang.

Mesyuarat berkenaan, antara lain dijangka menyentuh mengenai kedudukan Barisan Nasional (BN) dalam Kerajaan Perpaduan, susulan kenyataan Pengerusi BN yang juga Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, dalam ucapan penggulungan pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2026 minggu lalu.

Dalam ucapannya, Ahmad Zahid mencabar mana-mana pihak yang mahu parti itu menamatkan kerjasama dalam Kerajaan Perpaduan supaya membubarkan Parlimen bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16) atau mengusulkan undi tidak percaya di Dewan Rakyat.

Isnin lalu, Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke, dilapor mencadangkan kepada Anwar supaya mengadakan mesyuarat Majlis Presiden PH dengan segera bagi membincangkan perkembangan politik semasa.

Loke dilaporkan berkata, mesyuarat itu wajar diadakan sebaik Anwar pulang daripada lawatan rasminya ke luar negara bagi meneliti perkembangan dan beberapa kenyataan politik yang dibuat kebelakangan ini yang disifatkan tidak baik dari segi kepastian dan kestabilan politik negara.