Sabtu, 7 November 2026
SARANAN MOLEK
SARANAN
MOLEK UNTUK
ELAK KRISIS
PERLEMBAGAAN
AMIN
SELAMATKAN
MALAAYSIA
DARI HURU HARA
KHALAS
Tahanan rumah Najib: KJ gesa Peguam Negara cuti sementara
ALOR GAJAH: Peguam Negara, Mohd Dusuki Mokhtar digesa mengambil cuti serta-merta sementara siasatan polis berhubung laporan terhadap beliau berkaitan isu pelaksanaan pengampunan bersyarat bekas Perdana Menteri, Najib Razak dijalankan.
Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berkata langkah itu perlu bagi memastikan proses siasatan berlangsung secara telus dan berintegriti memandangkan Peguam Negara kini menjadi individu yang disiasat.
Katanya, beberapa laporan polis sudah dibuat terhadap Peguam Negara susulan kenyataan Jabatan Peguam Negara (AGC) berhubung penangguhan sementara pelaksanaan tahanan di rumah terhadap Najib.
"Beberapa laporan polis sudah dibuat termasuk daripada Pemuda UMNO Malaysia terhadap Peguam Negara.
"Prosesnya sekarang adalah Peguam Negara mesti mengambil cuti. Beliau sekarang ini adalah 'the subject of investigation' (subjek siasatan).
"Bila laporan polis dibuat, siasatan mesti dijalankan," katanya pada program sesi ramah mesra dengan penduduk bersama calon Barisan Nasional (BN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rembia Ahmad Norazril Abdul Aziz, di sini, hari ini.
Mengulas lanjut, Khairy berkata, beliau menjunjung titah Yang di-Pertuan Agong dan menghormati hak berperlembagaan Seri Paduka Baginda melalui Lembaga Pengampunan untuk memberikan pengampunan.
Peguam Negara juga adalah anggota Lembaga Pengampunan dan mempersoalkan mengapa perkara yang dibangkitkan dalam kenyataan AGC tidak dibangkitkan ketika mesyuarat lembaga berkenaan sebelum keputusan pengampunan bersyarat diberikan kepada Najib.
"Tempoh antara keputusan itu dengan kenyataan daripada Peguam Negara semalam adalah agak lama, berminggu-minggu.
"Ia hanya dibuat apabila duit yang diminta atau syarat yang ditetapkan RM50 juta dah ditunaikan atau dah diselesaikan.
"Tiba-tiba pula dikeluarkan kenyataan (penangguhan)," katanya.
Khairy berkata, isu berkenaan bukan perkara kecil kerana sudah mencetuskan reaksi serius daripada Istana Negara sehingga membawa kepada laporan polis.
"Ini bukan isu kecil. Peguam Negara, kalau ikut apa yang saya rasa bahawa satu proses yang telus yang pegang kepada nilai integriti, mesti mengambil cuti serta-merta sehingga siasatan diselesai," katanya.
Hari ini, media melaporkan UMNO di peringkat negeri dan bahagian akan membuat laporan polis berhubung penangguhan pelaksanaan perintah pengampunan bersyarat ke atas Najib.
Ketua Pemuda, Dr Muhamad Akmal Saleh dilapor berkata, laporan polis itu bagi membolehkan pihak berkuasa meneliti sama ada terdapat sebarang pelanggaran undang-undang dalam pelaksanaan titah dan perintah mahkamah.
Semalam, AGC menangguhkan sementara pelaksanaan tahanan di rumah terhadap Najib, bagi mendapatkan penjelasan lanjut berhubung interpretasi Perintah Pengampunan Bersyarat yang diperkenan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim.
Dalam satu kenyataan, AGC memaklumkan penangguhan itu dibuat susulan timbul persoalan perundangan berhubung tafsiran perintah bertarikh 18 September 2026, khusus mengenai kesan pembayaran denda RM50 juta terhadap baki hukuman penjara Najib bagi kes SRC International.
Semalam peguam Najib, Muhammad Farhan Shafee mengesahkan selesai menjelaskan denda RM50 juta yang dikenakan terhadap bekas pemimpin itu dalam kes penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd.
Pada 18 September lalu, Najib mendapat pengampunan bersyarat daripada Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim yang membolehkannya menjalani baki hukuman secara tahanan rumah sehingga 23 Ogos 2028.
KONA BARING
BILA AGONG
MURKA
ANWAR BIN
IBRAHIM BUAT
KONA BARING
KAH KAH KAH
KHALAS
Kuasa pengampunan Agong tidak boleh dipertikaikan - Anwar
SHAH ALAM : Anwar bin Ibrahim menegaskan kuasa Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berhubung isu pengampunan bersyarat bekas Perdana Menteri, Najib Razak tidak boleh dipertikai.
Beliau berkata, ini kerana keputusan berkaitan pengampunan Najib bagi kes SRC International Sdn Bhd (SRC) sudah dibuat berdasarkan titah Yang di-Pertuan Agong dan segala persiapan bagi melaksanakannya juga sudah dibuat.
"Persoalan yang berbangkit sekarang ialah kes kedua (1MDB), sama ada ia boleh dilaksanakan atau tidak.
"Kes itu akan dimuktamad oleh Peguam Negara dan badan kehakiman," katanya.
HALANG NAJIB PROJEK SAPA?
ADA YANG
TAK KENA
AMIN
DENDA DAH
DIBAYAR
TAPI TAK BEBAS
JENG JENG JENG
PASTI ADA PROJEK
DI BELAKANG INI
KHALAS
NAJIB KAKI HURU HARA
NAJIB TERSU
HURU HARAKAN
POLITIK NEGARA
KHALAS
Jika masih ada halangan, kenapa terima bayaran RM50 juta itu, soal anak Najib
KUALA LUMPUR – Nooryana Najwa Najib menzahirkan rasa kecewa susulan kenyataan Jabatan Peguam Negara (AGC) yang menangguhkan pelaksanaan tahanan rumah terhadap bapanya, Najib Razak.
Menurut beliau selepas pembayaran denda RM50 juta dibuat pada 12 tengah hari tadi dan perintah mahkamah diserah kepada pihak Penjara Kajang, keluarga dimaklumkan bahawa Najib akan pulang ke rumah di Langgak Duta, Kuala Lumpur sekitar jam 5 petang.
Tiada asas untuk Jabatan Peguam Negara terkeliru – Hasnal Rezua
KUALA LUMPUR – Kenyataan media Jabatan Peguam Negara (AGC) berhubung pelaksanaan tahanan rumah Najib Razak didakwa bertujuan meneruskan ketidakadilan terhadap bekas Perdana Menteri itu.
Ketua UMNO Bahagian Selayang, Hasnal Rezua Merican berkata, kenyataan AGC semalam disifatkan sebagai satu usaha untuk terus memenjarakan Najib tanpa justifikasi undang-undang.
Beliau berkata, perintah pengampunan bertarikh 18 September 2026 yang diperkenankan Yang di-Pertuan Agong difahami sebagai membolehkan Najib menjalani baki hukuman penjara secara tahanan di rumah sehingga 23 Ogos 2028, tertakluk kepada pembayaran denda RM50 juta.
Menurutnya, perkataan ‘tertakluk’ dalam perintah berkenaan difahami sebagai prasyarat pembayaran denda sebelum pelaksanaan tahanan di rumah.
Katanya, Jabatan Penjara Malaysia juga tidak pernah menunjukkan kekeliruan mengenai perkara itu apabila terus menahan Najib selagi denda berkenaan belum dijelaskan.
Langgan:
Catatan (Atom)



