Sabtu, 6 September 2008
AGONG YAKIN BN – PM ABDULLAH PERJELAS URA- URA PEMBANGKANG TUBUH KERAJAAN 16 SEPT – Utusan Melayau
PUTRAJAYA 5 Sept. Cubaan pakatan pembangkang menyebarkan khabar angin mengenai pembentukan kerajaan baru melalui tindakan lompat parti telah pun dimaklumkan kepada Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin.
Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, khabar angin mengenai pembentukan kerajaan oleh pakatan pembangkang pada 16 September itu ditimbulkan ketika beliau menghadap Seri Paduka baru-baru ini.
Menurut Abdullah, Tuanku Mizan menyatakan rasa gembira dan yakin dengan kewibawaan kerajaan Barisan Nasional (BN) dalam menguruskan pentadbiran negara dan membaiki kualiti hidup rakyat pelbagai kaum.
Abdullah memberitahu, beliau menyembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong bahawa kerajaan BN mempunyai tanggungjawab dan mendapat sokongan padu daripada rakyat untuk meneruskan agenda pembangunan negara.
Betulaaaa….. apalah pembangkang ni nak buat sibuk tak tentu hala….. kah kah kah…. nah tengok PM kita dah mengadu hal…. Nanti dia merajuk dia lari gi perth….sapa yang susah? Siapa yang malu? Emak dan kaum keluarga dia juga….kah kah kah.
Apalah pembangkang ni….. buat YB semua lari ke Australia…. yang ni PM kita mengadu pada Agung atau tidak? … ni gua tak tahu….gua takut PM merajuk tak nak makan sapa yang susah?
Apalaaaa peembangkang ni….. ganggu pembanguanan negara…. barang dah lama tak bangun-bangun……ni baru nak bangun kena ganggu…. betol potong stim kah kah kah.
Labels:
16 September,
abudullah badawi,
agong,
Tukar Kerajaan,
UMNO
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
3 ulasan:
Ada ke tanye Agung..bukan Agung yang kene baya minyak kete mahal,ayam mahal,sluar dalam mahal..bukan Agung yang kena bersempit2 poket nak sambut raya nanti..
dia pun ada ngadu kat agong jeanne ganas you..
Huh, aku langsung tak caya dolah cerita kat agong. apa dia cakap kita mana tau, kalaau dia fuc* pun kita mana tau, kaleh kaleh dia kata dia dah brief agong semua OK. sebijik macam bos aku dulu dalam tentera, dia kata dah jumpa panglima. panglima kata OK dan panglima arah buat itu buat ini seterusnya kami semua kena la buat keroja, lepas tu dia pi jumpa panglima lagi dia brief lagi kata dia dah take charge kami dengan cemerlang sekali lepas tu dia balik semula kat kami kata panglima suruh buat itu ini, kami pun kalut lagi, buat je la- sedia berkorban, sentiasa diangkasa raya, etc. macam sial. dia dapat menegak, kita orang dapat menggostan.padahal panglima dengar,nganggok, dah. Paklah, kamu jangan nak kautim aku, nanti aku tanya dia sendiri baru tahu...aku kamceng woit, selalu race kuda dalam hutan dengan dia...
Navy pencen
Catat Ulasan